PBJV 2011 Diner : Sekilas sebelum

Layan kan jer lah ye. Mood makan free sudah mari hahaha!!




Tengah pikir cara pakai tudung dan cara mekap sendiri nih..


Breastfeeding : Stok Simpanan EBM untuk Hilda Marissa

Assalamualaikum. Hari ni cerita pasal breastfeeding dan cerita EBM pulak yer. Dah lama takdek entry update pasal perjalanan BF Hilda.

Alhamdulillah, kalau ikutkan Lilypie ticker, saya dh berjaya harungi perjalanan breastfeeding dengan Hilda selama 9bulan 2minggu 2hari tanpa sebarang formula milk. Hehe kalau tengah pregnant, memang dh lahir lagi sorang hamba Allah dibumi ni :)

Sekarang istilah bertukar kepada fully breastfeed sebab Hilda dh mula makan since 6bulan bukan exclusive breastfeed lagi dah. Alhamdulillah syukur Ya ALLAH atas rezeki susu mama yang telah Kau kurniakan kepada kami. Semoga perjalanan ini terus smooth sailing sehingga target saya tercapai iaitu 2tahun penyusuan tanpa susu formula.

Dan ini gambar EBM Hilda setakat pagi tadi. Memenuhi hanya satu bahagian rak daripada 2 tingkat freezer kecil saya. Stok adalah dari bulan November dan Disember. Berapa botol ntah saya tak kira.


Yer, ia semakin berkurang daripada 1-2bulan yang lepas. Kalau sebelum ni, memang hanya botol susu atau milk-pack sahaja yang ada dalam freezer ni. Nampaknya bulan ni, ayam ikan fries burger dah boleh masuk dah.

Saya perasan stok bulan Oktober saya sangat cepat habis. Sebabnya stok tak banyak. Maklumlah memang ada harinya hasil perahan yang saya bawa balik hanya banyak ini.

Gambar EBM dizaman susu merudum Hadif

Dalam bulan sepuluh memang saya guna hampir kesemua fresh EBM yang saya dapat untuk kegunaan esok hari.

Dan saya tersedar, sepatutnya saya tak guna cara itu. Selepas itu saya mula rotatekan semula penggunaan frozen EBM dan fresh EBM. Saya juga tambah sesi mengepam dirumah. 1 sesi bertandem-pumping sambil tengok Tentang Dhiya, 1 sesi lagi tandem-pumping atau power-pumping sebelum azan Subuh berkumandang. Dan akhirnya stok untuk bulan November dapat dikumpul walaupon hanya 1-2 botol satu hari.

Kadangkala memang terbit rasa gusar dan risau dihati kalau hasil perahan terus menerus macam dalam gambar 'kenangan' tu. Saya perlu terus POSITIF dan berusaha utk tetap mengadakan supply.
Lagipon Hilda adalah seorang good-eater. Dia sangat suka makan. Bubur nasik berlauk bersayur memang hidangan harian utk breakfast dan lunch. Biskut rusk dan buah sebagai kudapan. Kismis sambil tengok tv. Minum air masak pon dia tak tolak cuma sekarang suka sembur-sembur air dari cawan.


Insya allah mama akan tetap teruskan perjuangan yang belum selesai nih!

Hihihi ape ke hal nya nihhh??



Dia semakin bijak berkata-kata

Situasi 1 :
Lepas dia dimarah, sambil duduk tepi sofa atau sebalik pintu. Muka tunduk kelantai dan bersuara sayu
Kata-kata dia : "Tak baik marah orang .. "

Situasi 2 :
Mama panggil masuk bilik dan suruh tidur sambil pesan esok kena bangun awal.
Kata-kata dia : "Kakak, jom tidur, nanti mama bising..."

Situasi 3:
Sambil pegang kepala dia.
Kata kata dia : "Abang dah tak botak kan mama??... "


Anak bujang mama makin petah bercakap.. Suara halus tak macho langsung. mama suka ajuk ke'halus'an suara dia tapi mama tetap sayang dia banyak banyak. 

Back to WORK!

Assalamualaikum..

Selamat kembali ke opis kepada saya :) Syok kan cuti lama-lama nih. Walaupon tiadalah vacation atau kemana-mana tempat yang menarik sgt pon, tp as long berulit dengan anak-anak dan suami pun dh cukup menyeronokkan.

Dan dalam tempoh cuti 4hari yg nenek dok tanya kenapa tak balik kampung ni,  sebenarnya kami ada jugak la keluar jalan-jalan berlima-beranak. Sabtu jenguk nenek dekat Kajang, keluar makan malam dengan family maklong-paklong kt San Francisco Pizza Bangi, Ahad meronda Sungai Wang carik baju utk mama tp hampa sebab mama ni tak reti nk pilih baju apa sebab baju idaman yg macam dh post dalam entry sebelum ni tak dijumpai. Isnin pegi Giant Kota Damansara beli groceries sambil sempat layan HM Sr main motor RM4/10minit kt playground. Dan hari Selasa, sesi mama jalan berduaan dengan papa setelkan urusan maintenance Apartment Cahaya Permai yang bakal bertukar hak milik tak lama lagi. Tak lupa sambung sesi carik baju dekat The Summit Subang. Dan akhirnya dengan bantuan dan idea dari suami setelah penat kaki dia berjalan sane sini dalam mall, saya beli jugak lah sehelai baju disitu.

So dengan ini officially, gambar baju pink yang telah dipost dalam entry terdahulu tidak menjadi milik saya, sebab memang tak jumpa baju serupa itu. So kita pakai apa yg dh beli semalam aje lah. Nak tau baju apa?? Tungguuuuu entry selepas Diner nnt :)

Suka jugak tengok fesyen baju yang ada dekat Sg Wang tu cuma malangnya, saya rasa saya dh grow older matang utk berfesyen seperti itu :D Banyak fesyen ala ala remaja chinese kan. Dahla harga baju memang murah. Best! Rm15, RM25..LAI LAI LAI!!

Dan hari ni, sambil-sambil buat kerja opis, baca blog, berfacebook, berbisnes Shaklee , saya nk carik idea utk pakaian anak-anak pulak :D


Cuti lagi

Gambar kawen saya dan suami yg tergantung di rumah. Dan kaitan gambar itu dgn saya adalah saya juga berada dirumah. Cuma tak tergantung saja lah. hihi

Hari ni saya amek my last Annual leave. huhu. Tinggal satu hari ni je tahun 2011. Since dh cuti hari ni maka tiada lah leave bring forward ke tahun 2012. Saya mmg mcmni, sokmo la fully utilize cuti saya since dh kawen dan beranak pinak. Standard la utk kaum ibu. Most of the leave adalah Emergency leave masa anak anak tak sihat.

Mama cuti but HMs masih kena pegi sekolah sbb mama ada byk hal nk pegi setelkan :-)

Published with Blogger-droid v1.7.4

Diner : The Idea

Assalamualaikum dan selamat pagi!

Sebelum virus blur merebak hari ni, baik saya cepatcepat mengarang kt Dashboard nih. Layan jap gambar tuan rumah. 


Nampak ceria je hari ni dengan kaler hijau. Even cermin pon hijau!! 

Orang kata, bukan saya kata sebab saya jarang amek port pasal warna ni ahaks! :: 

Warna Hijau : Warna penyembuh, keseimbangan kasih sayang, kesihatan, kecantikan, kegembiraan dan pemikiran yang tegas

HIJAU - ini warna tenang.kalau korang jenis yg kelam kabut kan,cube pakai hijau ni lebih sikit.mudah2an lebih tenang.warna hijau juga tandanya romantik,cemburu,banyak kerenah tp baik hati.tp,sygnya selalu terlepas peluang.
Saya dh dapat idea pakaian ke diner opis nanti. Lupa nk bgtau tema tahun ni RETRO.Berialah saya google fashion tahun 60an, 70an dan 80an. Terjumpalah website nih. http://www.fashion-pictures.com/

Ala-ala gambar kt bawah  ni. Yang kaler pink tu. Tapi ofkos la nk carik yg labuh sampai buku lali. Simple je kan. Orang lain kompom merelip dengan retro party dress nya. Hehe. So idea dh ada, so wiken nnt boleh la hunting kt memana kedai baju. Doa doa adalah kedai yg jual baju macam ni.


Pastu saya berangan nk pakai topi macam ni jugak. Sweetkan. Bunga kecik kt topi ni. Hihi. Tapi kompom tak sempat makan lagi dh kena letak topi kt tepi. Biasalah kan, alangkan kristal-kristal kecik kt tudung saya ni ada orang beria nk tolong kopekkan, lagikan pulak kalau ada bunga besar kt kepala mama.

  
Hmmm taktau la boleh ke idak bertopi tu. Verangan saje dulu!!


Virus Blur

Saya rasa memang minggu ni saya agak blur bila menatap Dashboard ni. Asal hadap terus blur, asal blur hadap Dashboard. Apo kono eh jangg!! Huhu!

Padahal sepatutnya memang ada benda saya nk coretkan kt sini utk tatapan dan kenangan.

1- Cerita jumpa Nutritionist sabtu lepas.
2- Cerita makan steamboat kt Kelip-kelip.
3- Cerita Hilda dh goodgirl tak nangis meraung melalak time mama buat kerja.
4- Cerita pening kepala carik baju diner company.

Hehehe!



Prosante : Produk Penjagaan Rambut

Ada sesapa pernah dengar nama Prosante ni? Rasa-rasa macam tak ramai je kot yg pernah dengar. Kalau saya tak join Shaklee, saya pon tak tau apokobondo eh Prosante ni.

Sebenarnya Prosante ni nama kepada rangkaian produk penjagaan rambut. Dalam set ni ada shampu, conditioner dan jugak serum. Ada beberapa jenis dan saya baru je membeli dua produk ni : Revitalizing Shampoo dan Lightweight Conditioner. Dan pagi tadi buat first timenya saya guna.

Bau dia best :D Saje nk compare bau sebab saya penah guna shampu B***** tp tak boleh blah sebab saya tak tahan bau dia. Of course la nk yang wangi-wangi sket, sebab rambut memang dekat sangat dengan hidung. SO kalau asek terbau (after shampoo) sesuatu yang kita tak suka, boleh bikin jiwa ini kacau! Haha!


Haaa ni lah dia koleksi terbaru produk Shaklee selain vitamin yang saya dh start guna. (selain lagi adalah Basic H dan Herbal Blend).

Saya bertukar daripada shampu R****** sebab ia tak dapat bantu problem scalp-fall like snow-fall saya (kelemumur jatuh macam salji ~ade kot!)  :D 

Nanti saya review lagi pasal shampu ni. Soon saya akan tambah lagi satu iaitu Nourishing Scalp Treatment.




Motif?

Takdek.

HEHE baru perasan semalam tak update blog ni. Hari ni pon blur taktau nk update ape? Sebenarnya ada cerita, tp bahan karangan blom cukup. So tunggu nnt la baru update.

So hari ni tayangan gambar tuan empunya rumah sedang blur. Hihi.

Dengan soalan. KORANG APA KHABAR? Yang keje gomen tu mesti SEMUASIHATSELALU kan? Maklumla berkepuk-kepuk uwang dalam poket ni. HIHI

JOM LABUR sket uwang korang pada kesihatan diri dan keluarga. IKLAN macam biasa, jom sihat bersama Kedai TripleS! Macam macam set saya ada sediakan :-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Abang Botak : Before and After

Terus terang mama cakap, mama prefer abang ada rambut! Lenkali takmo la buat style ABANG BOTAK dah ye.



Time botak terserlah kurusnya budak sorang nih!


9 MO Hilda Marissa

Salam...

Terlupa plak saya nk update cerita cik Hilda Marissa ni on 13hb Dec aritu. The day she turned 9 months. Semakin membesar dan bertambah umurnya day by day. Mama dia je dok terasa forever young Huhu!

Alhamdulillah, motor skill development : dah pandai panjat dan berdiri pegang sofa/ rak TV dan meniti sepanjangnya. Panjat je tau, turunnya belum tau. Ntah berapa kali dia tergolek jatuh sebab tak reti nak landingkan kaki and tangan dia ke lantai.




Dah pandai tepuk amai-amai sambil tepuk tangan sendiri juga. Juga dah boleh melambai lambai sambil sebut  Ta-Ta..

Paling suka bila tengok dia sambut Mama kt taska. Dan sambut Papa balik kerja kt rumah. Tersengih lebar nampak gusi je tak nampak gigi sebab belum ada gigi sebatang pon lagi!!

Sangat suka makan. Sekarang dh mintak cikgu kt taska bagi dia makan 2 kali. Pagi dan petang. Malam time kami diner, dia akan diberi baby bite atau biskut rusk. Stok memang wajib ada. Kalau tak kesian pulak tengok dia memerhatikan je orang makan.

Dalam 2 minggu lepas kan saya ada cerita peel dia yg tak boleh ditinggal tu.   Alhamdulillah sejak awal minggu ni dia dh OK sket dah. Dah boleh berkompromi dan bagi mama peluang buat kerja sendirian. Boleh ditinggalkan diruang tamu tanpa tangisan KUAT. Tapi kang tak sampai 5minit, dia dh ada kt kaki mama. Yang penting dia tak menangis lagi la.

Haaaa ni video dia temankan mama memasak lunch kt dapur last Saturday.





Breastfeeding : Unimom Allegro Review

Macam yang saya dh cerita hari tu, saya nk buat sikit review pasal gadget penyusuan terbaru saya. Unimom Allegro.

Sebenarnya saya beli another pump ni, utk memudahkan saya mengepam dirumah. Saya belum pernah citerkan kot, stok susu untuk Hilda semakin menyusut. Daripada penuh sampai EBM boleh terjatuh kebawah dari 2 rak freezer tu, skarang ni hanya tinggal 1 rak atas yang penuh, dan rak yang bawah hanya separuh.

Saya maklum, penghasilan susu akan selari dengan permintaan dari si peminum. Sejak saya period beberapa bulan lepas, memang saya bermasalah sket nk collect amount yang banyak utk satu sesi perahan. Daripada 6oz drop ke 3oz persesi. Waktu sedang menses lagi lah sukar, 2.5oz saje!

Dan selari jugak dengan keadaan Hilda yg tidur nyenyak diwaktu malam. Saya pon naik syok gak tidur tanpa gangguan. Kadang-kadang dh jam 5pagi, baru dia terjaga dan mintak susu. Kalau sebelum ni, setiap 2-3 jam dia akan menyusu. Dah nampak kurangnya demand di situ.

Sejak bulan lepas, bila saya dh mula boleh letakkan beberapa bekas berisi lauk ayam/ikan, baru saya perasan yang ruangan utk EBM Hilda dah makin luas. Wahhh! Nampak sangat juga lah, stok susu dah makin susut.
Mungkin ada PRO nya disitu, Mama kena masak selalu, dh takdek alasan takde tempat nak letak lauk hihi!

Saya dh serik jadi pam-hari-ni-untuk-esok waktu menyusukan Hadif. Jadi saya wajib sedar segera dan ambil langkah meningkatkan bekalan stok EBM. Dan alhamdulillah, ada rezeki saya sikit berbisnes Shaklee, dapatla saya spend duit utk beli pam baru.

Hah!!

Kata makan vitamin Shaklee, takkan susu tak meriah kot!
Mak tak sentap kalau ada yang terpikir / berkata macam ni.

Saya nak tekankan, Vitamin Shaklee bukan lah utk memperbanyakkan susu, tp ia memperlengkapkan badan saya dengan nutrien yang sepatutnya saya ambil setiap hari mengikut piramid makanan. Bila badan saya complete-nutrien, badan sihat maka lebih mudahlah susu dihasilkan. Kalau nk banyakkan susu, kena lah pam lebih kerap.

Kami tak kata Vitamin Shaklee utk memperbanyakkan susu, cuma kebetulan je ramai yang amek vitamin ni bagitau susu dia semakin banyak :D BONUS la tu kan. So lepas ni kena bear in mind, Set B adalah SET UTK IBU MENYUSU, bukan SET BANYAKKAN SUSU.

Haha sori melalut panjang dari tajuk asal.

Okeh, here we go!

Unimom Allegro ni memang amatlah ringan dan kecik saje saiznya. So ia memudahkan saya bawa ia kemana-mana. Electric dan battery-operated. Perlukan 4biji bateri saiz AA any brand. Saya suka sebab saya dh bawak Allegro pegi seminar Euphoria Shaklee kt Hotel Singgahsana. Berbekalkab 4biji bateri Energizer, dapatla saya membuat dua sesi perahan sepanjang berseminar.

Set ni adalah single pump, tp if beli another set of breastshield, ia boleh menjadi double pump. Dalam set breastpump ini juga disertakan sekali dgn filter. Filter berfungsi utk menghalang susu daripada termasuk kedalam tube dan mesin breastpump.

Cuba dengar bunyi dia apabila sedang beroperasi.


Grrrrrrr grrrrrr grrrrrr...vibrating. Hihi.
Saya selalu tergelak sambil mengepam sebab terasa geli hati dengan bunyi dan gegaran dari pam ni.
Beberapa kali suction (ikut level), then stop. Continue. Stop. Continue and stop. Ini lah yang dipanggil mimic baby's suction.

Pam ni ada 7 level. Saya bermula dengan level 1, after 2-3minit saya tukar ke level 2, dan bila let down reflect dah sampai saya terus tukar ke level 4 atau 5.

Selalunya saya buat tandem pumping sambil tengok Tentang Dhia sebaik sahaja sampai rumah. Relax-relax kt sofa dan saya prefer guna bateri. Hasilnya anak kenyang, mama boleh relax layan cerita faveret, dan dapat stok EBM satu botol tanpa perlu duduk dekat dgn soket letrik.

Hasil? Alhamdulillah, kalau saya relax riang ria bertandem pumping, saya akan dapat 4-5oz dalam masa 20minit. Tapi kalau saya agak stress, hasil agak less lah :D Dan bila larat, saya akan bangun pula ditengah malam untuk buat power pumping.  Alhamdulillah, sekarang botol-botol susu dah mula memenuhi semua ruang yang ada.

So itu lah dia serba ringkas review pasal Unimom Allegro sambil diselang seli dgn cerita topik lain. Jangan maraaaah


WW : Abang Botak

Rambut baru si abang
Published with Blogger-droid v1.7.4

Happy 4th BIRTHDAY dear HANNAH MARISSA

Semalam 12.12.2011, marks another year ahead for my dear dotter Hannah Marissa.

Dah 4tahun dah umurnya. Alhamdulillah, mama masih berpeluang menjaga dan memberi kasih sayang pada si cantik Hannah. Semoga mama sentiasa berpeluang untuk menjaga anak ini membesar sehingga tiba tanggungjawab orang lain pula utk menjaganya.


SURAH ALI-IMRAN AYAT 38
رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.
So since semalam pon cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, mama ajak la papa bawak anak-anak keluar. Plan asal nk ke Midvalley, tp parking amatlah penuh. Sampai pulak time lunch hour, so memang tak dapat la nk menyusup masuk ke parking Midvalley tu. Papa suggest tukar destinasi. So dipersetujui kita tukar haluan ke arah One Utama plak.

Memang dari awal lagi mama plan nk bawak HMs main kt Megakidz Midvalley tu. Tapi tak tercapai la nampaknya. Then keluar je dari lif kt OU tu, terus ternampak dengan Startship Galactica. Haaa! Boleh la! Ajak dorang main kt sini pon best kot.



So lepas solat Zohor, terus masuk ke sini. Mama bawak Hannah dan Hadif ke dalam. Papa tinggal kt luar dengan Hilda. Seriously, Mama pon over enjoy masuk kt sini. Maklumla zaman mama kecik-kecik dulu, tak pernah merasa apa-apa outdoor fun and games macam ni. So dh tua baru dapat merasa. Aci jelah dia nk excited pon kan! Hihi!

Layan gambar kt dalam tu sket. Tak dapat snap byk sebab dorang ni asek la berlari sane sini. Kalau ada pon, byk gambar yg goyang.







Abes main dalam kol 5.45pm. Kalau ikutkan HMs Sr ni takmo keluar lagi. Nak main lagi. Tapi mama dok teringat kt cik adik Hilda kt luar tu. Dah la tak bawak bekal biskut or any baby food. Stok EBM pon tak bawak jugak. Mama takut dia lapar je. So pujuk jugak la dorang utk keluar.

Dah abes main, kami solat asar dan terus balik menuju kedai kek plak.

Ni la kek pilihan Hannah. Asalnya dari rumah dia mintak kek angry bird, bila sampai kedai dia pilih kek ni pulak. Sebab nya ada bendera Malaysia. Ohhhh sangat patriotik ini budak!

Potong kek kat rumah je sambil makan nasik kukus ayam goreng berempah. Very simple one. Insya allah kalau ada rezeki dan kesempatan, date 12.12.12 mama nk plan majlis utk birthday Hannah.


Last sekali, MAMA LOVE LOVE LOVE HANNAH!!!


Euphoria Shaklee Beginner Class

Alhamdulillah. Dah setel satu program pembakar semangat penambah ilmu saya dlm bisnes Shaklee.

Modul yg lengkap, Input yg jelas, dan penyampaian yg bersahaja dari pihak penganjur. Seronok dan bersyukur kerana terbuka pintu hati saya utk attend despite of beberapa plan yg tak menepati target. Takpe lah.

Mostly yg hadir adalah kaum ibu yg mahu mengubah nasib diri sendiri, tak kurang juga para suami yg memberi sokongan penuh, dibakar lg dgn kehadiran anak anak kecil perangsang jiwa ibu utk lebih maju. Agak riuh rendah dgn suara anak anak tp itu bukan penghalang utk semua fokus pada sesi 'coaching' yg diberikan.

Insya allah saya akan cuba aplikasikan semua ilmu yg telah diperturunkan. Doakan saya berjaya memajukan bisnes yg saya terajui ini.

Ada yg berminat tak nk join saya. Mencari pendapatan sampingan tanpa perlu kerap keluar mencari prospek, tanpa perlu meninggalkan anak anak. Hanya bekerja dari depan laptop or PC. Tapi nk hidup senang depan laptop, bukan dgn cara main game, dan syok syok baca blog gosip tau. Kalau mcmtu, dari mana pulak duit nk datang :-)

Just drop me an email lydzar@gmail.com atau PM di Facebook saya Lydzar Rusman.


Published with Blogger-droid v1.7.4

Perfume baru Avon

Jalan-jalan Giant ingatkan nak ushar sandal. Sekali lekat pulak kt booth Avon kt tengah-tengah tu. Singgah la kejap tengok apa yang best.

Tersangkut pulak kt perfume sebab perfume murahan saya yg lama dh tinggal paras permukaan botol je. Spray 2-3 jenis, tp tak tau nak pilih yang mana. Last-last panggil Yun tolong advise. So belilah yang ni atas khidmat nasihat pengguna perfume Avon dizaman dulu kala. Thanks Yun!


Tak sangka perfume Avon dh murah skg. Sebotol ni RM23.30

Kakak ejen Avon ni suruh sign up member for free. No harm to my purse, so sign up ajela. Dapat jugak starter kit bisnes Avon nih :)

Jap lagi nk jamu mata tengok apa lagi yang best. Ngeh ngeh!!



Published with Blogger-droid v1.7.4

Breastfeeding : Shopping new gadget

Salam pagi Khamis yg ceria!

Saya lebih ceria apabila parcel yang saya dok tunggu-tunggu akhirnya tiba di opis.

"Kak, Kangaroo akak dah sampai" bgtau cik adik manis receptionist. Dengan pantas la saya turun mendapatkan barang yang Kangaroo saya bawak dalam poketnya itu. Ihiks!

So kali ni, inilah dia barang shoppingan saya:


Sekotak Unimom Allegro, seketul breastshield Spectra dan set valve head dan membrane Medela. Lagi dua barang tu free-gift dengan pembelian Unimom Allegro. Sehelai nursing ponco dan sehelai sleeping bra.

Harga untuk Unimom Allgero tanpa free gift adalah RM299.
Saya hanya perlu membayar RM338 bagi Unimom Allegro ini  utk mendapatkan freegift bernilai RM80. Berbaloi bagi saya, lebih lebih lagi saya belum pernah ada nursing poncho.
  1. a RM10 One Baby World Voucher 
  2. 1 pc of Autumnz Sofia Sleep Bra worth RM29.90
  3. 1 pc of Autumnz Nursing Poncho worth RM43.90

Kenapa saya beli Spectra breastshield dan Medela set of valve? Actually they fit well to each other.

Sebab bila saya kira-kira, satu set breastshield Spectra adalah RM66.50 selepas diskaun. Saya tak memerlukan tubing, sebab dah ada 3, jadi saya carik option supaya ianya boleh menjadi loose item. Bila saya loose kan Spectra accesories harganya adalah RM53.20. Breastshield - RM28.50, valve -RM16.15 dan membrane- RM8.55

Dan apabila saya gabungkan 2 barang ini pula, breastshield Spectra + Medela set of valve,  harganya hanya RM50.50. Jimat la kan? Haha takper kalau anda nk kata saya berkira walaupon beza hanya RM2.70. Sebab ianya masih penjimatan bagi saya :)






Dan ini adalah bakal bestfriend baru saya.

Ringan, kecil, murah dan mudah dibawa kemana-mana adalah kriteria yg saya cari. Berharap agar ia akan dpt berbakti kepada saya dalam misi breastfeeding saya.


Maka bermula hari ini, tak perlu lagi saya usung Specra3 saya balik kerumah. Lega!!!

Saya tak sabar nk gunakan Allegro utk sesi kedua sekejap lagi. Nantikan review dari saya ya!!

Sekitar Majlis Penyampaian Sijil Tadika Delima Ilmu

Acara amek report card Hannah was on Saturday. And acara Penyampaian Sijil ni pulak on the next day, Ahad.

Berpuluh-puluh minit jugak la nk kejutkan anak dara sunti saya ni bangun awal pagi Ahad tu. Liat sungguh! Maklumla nk kena ada kt sekolah sepatutnya jam 7.15pagi. Setelah acara pujukrayu-tak-jalan, maka mama gunakan acara menjerit-bak-petir baru la budak ni nak bangun. Dan lastly dalam kol 7.45am baru la dia keluar rumah. Dah merajuk dgn mama taknak mama hantar. Last-last Papa je yang hantar dia ke sekolah. :D

Then Papa balik semula amek Mama, Hadif dan Hilda. Tu pon dah jam 8.40am baru keluar rumah. Tau tau je la nk siapkan sorang demi sorang nih.

Masa kami sampai, anak-anak yang lahir bulan Oct-Dec tengah nyanyi lagu Allah Selamatkan Kamu sambil berdiri depan kek. Abes lagu semua pon tiup kek. Masa ni saya tak sempat nk tengok aksi Hannah tiup kek.
Terusla carik kerusi di bawah khemah utk duduk



Lepas je acara nyanyi-tiup lilin, persembahan terus dimulakan. Start dengan  persembahan anak-anak 6tahun bersolat Dhuha.

Dan kemudian persembahan-persembahan lain dari anak-anak 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun berselang-seli.
Layan gambar lah ye. Of course la Papa banyak amek gambar anak dia :)



Hadif tak ketinggalan. Jumpa kawan dia main cak-cak kerusi plak.


Adik Hilda plak belum reti nk bertegur sapa dengan kawan-kawan sebaby. Padahal ramai jugak geng-geng baby yg datang.


Hannah lagi.



Yang bertiga baju merah ni memang geng Hannah. Dari kiri Biha, tengah Sara, dan kanan Hannah. Geng gosip sampai kena tegur dengan cikgu. Kata cikgu, bila dorang jumpa dalam kelas, kadang-kadang sampai terlupa nk belajar. Asek potpotpet je. Geng dia semua amek watak si rama-rama.



Dah abes buat persembahan rama-rama terus datang kt mama mintak susu. Lapar katanya. Memang dia belum breakfast lagi time keluar dari rumah tadi. Kat tadika, tak pasti ada diberi breakfast atau belum. So dalam kol 10am++ tu memang dia mintak jugak susu nk minum.



Persembahan terakhir dari anak-anak 6tahun. TERIMA KASIH CIKGU!

Selingan :)


Dan selepas saje acara persembahan, adalah acara penyampaian hadiah.
Hannah naik pentas 3 kali sebab dia dapat 3 hadiah.

Hadiah birthday, hadiah utk semua pelajar 4 tahun, dan hadiah pelajar terbaik dalam kelas.


Yang bestnya, geng rama-rama yang berdua pon dapat hadiah pelajar terbaik ni jugak. Sebab Hannah dapat no 1, Sara dapat no 2 dan Biha dapat no 3 dalam kelas :) Masing-masing dapat hamper.
Hilda yang dh tak tahan mengantuk. Dah dapat makan bubur, dapat nenen. Dah kenyang dia lentok kt Papa.


Dan ini lah dia antara hadiah yang Hannah dapat. Hadiah mcm medal tu dia dok simpan dalam beg sekolah je.
Yang dalam kotak berbalut tu, dh selamat masuk dalam bekas pensel dan kotaknya masuk tong sampah. Eheh!! Dapat pensel 2B la katakan hihi!

Congrates sayang Mama. Tahun depan keep up the good work ok. Belajar rajin rajin. Jadi anak yang bijak dan berguna kepada masyarakat nnt.


 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®