Assalamualaikum. Hari ni cerita pasal breastfeeding dan cerita EBM pulak yer. Dah lama takdek entry update pasal perjalanan BF Hilda.
Alhamdulillah, kalau ikutkan Lilypie ticker, saya dh berjaya harungi perjalanan breastfeeding dengan Hilda selama 9bulan 2minggu 2hari tanpa sebarang formula milk. Hehe kalau tengah pregnant, memang dh lahir lagi sorang hamba Allah dibumi ni :)
Sekarang istilah bertukar kepada fully breastfeed sebab Hilda dh mula makan since 6bulan bukan exclusive breastfeed lagi dah. Alhamdulillah syukur Ya ALLAH atas rezeki susu mama yang telah Kau kurniakan kepada kami. Semoga perjalanan ini terus smooth sailing sehingga target saya tercapai iaitu 2tahun penyusuan tanpa susu formula.
Dan ini gambar EBM Hilda setakat pagi tadi. Memenuhi hanya satu bahagian rak daripada 2 tingkat freezer kecil saya. Stok adalah dari bulan November dan Disember. Berapa botol ntah saya tak kira.
Yer, ia semakin berkurang daripada 1-2bulan yang lepas. Kalau sebelum ni, memang hanya botol susu atau milk-pack sahaja yang ada dalam freezer ni. Nampaknya bulan ni, ayam ikan fries burger dah boleh masuk dah.
Saya perasan stok bulan Oktober saya sangat cepat habis. Sebabnya stok tak banyak. Maklumlah memang ada harinya hasil perahan yang saya bawa balik hanya banyak ini.
Gambar EBM dizaman susu merudum Hadif |
Dalam bulan sepuluh memang saya guna hampir kesemua fresh EBM yang saya dapat untuk kegunaan esok hari.
Dan saya tersedar, sepatutnya saya tak guna cara itu. Selepas itu saya mula rotatekan semula penggunaan frozen EBM dan fresh EBM. Saya juga tambah sesi mengepam dirumah. 1 sesi bertandem-pumping sambil tengok Tentang Dhiya, 1 sesi lagi tandem-pumping atau power-pumping sebelum azan Subuh berkumandang. Dan akhirnya stok untuk bulan November dapat dikumpul walaupon hanya 1-2 botol satu hari.
Kadangkala memang terbit rasa gusar dan risau dihati kalau hasil perahan terus menerus macam dalam gambar 'kenangan' tu. Saya perlu terus POSITIF dan berusaha utk tetap mengadakan supply.
Lagipon Hilda adalah seorang good-eater. Dia sangat suka makan. Bubur nasik berlauk bersayur memang hidangan harian utk breakfast dan lunch. Biskut rusk dan buah sebagai kudapan. Kismis sambil tengok tv. Minum air masak pon dia tak tolak cuma sekarang suka sembur-sembur air dari cawan.
Insya allah mama akan tetap teruskan perjuangan yang belum selesai nih!
Hihihi ape ke hal nya nihhh?? |
10 words from u:
yeyyy..tahniah..takpe, janji ade stock jgn takde langsung..:-)
sama2 lah kita berusaha ye.baby na pun lalu makan...biskut2 kakak dhiya pun dia sebat.
wah byknye..
srnok tgk hasil EBM kawan2 yg byk ni..
caiyok caiyok mama lydzar..semoga dipermudahkan urusan penyusuan ni...
chaiyok2...tak lama lg byk la tu....hehe...
wah...tahniah....saya hanya berusaha untuk susukan adam sampai dia 2 tahun.....sangat malas untuk buat stock...heh heh heh ...apa punya ibu da
caiyyok!!
Jgn give up..
bubur nmpk lazat..;)
CAIYOK2...MOGA DIPERMUDAHKAN PERJALANAN LYDZAR YE..TIBA2 MCM RINDU PLAK...HEHE
ALHAMDULILLAH...masih lg teruskan penyusuan..mudah-mudahan berjaya
nak berjuang semula lepas ni..hihihi
Post a Comment