Macam yang saya dh cerita hari tu, saya nk buat sikit review pasal gadget penyusuan terbaru saya. Unimom Allegro.
Sebenarnya saya beli another pump ni, utk memudahkan saya mengepam dirumah. Saya belum pernah citerkan kot, stok susu untuk Hilda semakin menyusut. Daripada penuh sampai EBM boleh terjatuh kebawah dari 2 rak freezer tu, skarang ni hanya tinggal 1 rak atas yang penuh, dan rak yang bawah hanya separuh.
Saya maklum, penghasilan susu akan selari dengan permintaan dari si peminum. Sejak saya period beberapa bulan lepas, memang saya bermasalah sket nk collect amount yang banyak utk satu sesi perahan. Daripada 6oz drop ke 3oz persesi. Waktu sedang menses lagi lah sukar, 2.5oz saje!
Dan selari jugak dengan keadaan Hilda yg tidur nyenyak diwaktu malam. Saya pon naik syok gak tidur tanpa gangguan. Kadang-kadang dh jam 5pagi, baru dia terjaga dan mintak susu. Kalau sebelum ni, setiap 2-3 jam dia akan menyusu. Dah nampak kurangnya demand di situ.
Sejak bulan lepas, bila saya dh mula boleh letakkan beberapa bekas berisi lauk ayam/ikan, baru saya perasan yang ruangan utk EBM Hilda dah makin luas. Wahhh! Nampak sangat juga lah, stok susu dah makin susut.
Mungkin ada PRO nya disitu, Mama kena masak selalu, dh takdek alasan takde tempat nak letak lauk hihi!
Saya dh serik jadi pam-hari-ni-untuk-esok waktu menyusukan Hadif. Jadi saya wajib sedar segera dan ambil langkah meningkatkan bekalan stok EBM. Dan alhamdulillah, ada rezeki saya sikit berbisnes Shaklee, dapatla saya spend duit utk beli pam baru.
Hah!!
Kata makan vitamin Shaklee, takkan susu tak meriah kot!
Mak tak sentap kalau ada yang terpikir / berkata macam ni.
Saya nak tekankan, Vitamin Shaklee bukan lah utk memperbanyakkan susu, tp ia memperlengkapkan badan saya dengan nutrien yang sepatutnya saya ambil setiap hari mengikut piramid makanan. Bila badan saya complete-nutrien, badan sihat maka lebih mudahlah susu dihasilkan. Kalau nk banyakkan susu, kena lah pam lebih kerap.
Kami tak kata Vitamin Shaklee utk memperbanyakkan susu, cuma kebetulan je ramai yang amek vitamin ni bagitau susu dia semakin banyak :D BONUS la tu kan. So lepas ni kena bear in mind, Set B adalah SET UTK IBU MENYUSU, bukan SET BANYAKKAN SUSU.
Haha sori melalut panjang dari tajuk asal.
Okeh, here we go!
Unimom Allegro ni memang amatlah ringan dan kecik saje saiznya. So ia memudahkan saya bawa ia kemana-mana. Electric dan battery-operated. Perlukan 4biji bateri saiz AA any brand. Saya suka sebab saya dh bawak Allegro pegi seminar Euphoria Shaklee kt Hotel Singgahsana. Berbekalkab 4biji bateri Energizer, dapatla saya membuat dua sesi perahan sepanjang berseminar.
Set ni adalah single pump, tp if beli another set of breastshield, ia boleh menjadi double pump. Dalam set breastpump ini juga disertakan sekali dgn filter. Filter berfungsi utk menghalang susu daripada termasuk kedalam tube dan mesin breastpump.
Cuba dengar bunyi dia apabila sedang beroperasi.
Grrrrrrr grrrrrr grrrrrr...vibrating. Hihi.
Saya selalu tergelak sambil mengepam sebab terasa geli hati dengan bunyi dan gegaran dari pam ni.
Beberapa kali suction (ikut level), then stop. Continue. Stop. Continue and stop. Ini lah yang dipanggil mimic baby's suction.
Pam ni ada 7 level. Saya bermula dengan level 1, after 2-3minit saya tukar ke level 2, dan bila let down reflect dah sampai saya terus tukar ke level 4 atau 5.
Selalunya saya buat tandem pumping sambil tengok Tentang Dhia sebaik sahaja sampai rumah. Relax-relax kt sofa dan saya prefer guna bateri. Hasilnya anak kenyang, mama boleh relax layan cerita faveret, dan dapat stok EBM satu botol tanpa perlu duduk dekat dgn soket letrik.
Hasil? Alhamdulillah, kalau saya relax riang ria bertandem pumping, saya akan dapat 4-5oz dalam masa 20minit. Tapi kalau saya agak stress, hasil agak less lah :D Dan bila larat, saya akan bangun pula ditengah malam untuk buat power pumping. Alhamdulillah, sekarang botol-botol susu dah mula memenuhi semua ruang yang ada.
So itu lah dia serba ringkas review pasal Unimom Allegro sambil diselang seli dgn cerita topik lain. Jangan maraaaah
Nak Berniaga Tapi Tak Tahu Bagaimana Nak Mula?
-
Zaman ekonomi mencabar sejak tahun 2014 ni memaksa ramai orang mula
mengintai peluang untuk dapatkan pendapatan sampingan atau side income.
Dah cukup berj...
5 words from u:
kalau aku pun mesti sambil mengepam sambil gelak...hehe...
kejap je hilda nak capai setahun umor... masalah yg sama everytime nak hasilkan susu.. tp xpe... harap lepas ni susu meriah balik...tp akak dah tgk pump unimom kat mothercare aritu.. mmg comel... tp mahal gak ek... RM300++..
best gak ek allegro ni..ingat nak beli pam baru gak..spectra tu nak letak kat opis je
rs mcm nak beli jgk la..hehe..mcm la byk duit sgt sy ni..tp yg bagus sbb dia blh pakai battery,xpyh la nk cr soket kn..ada rezeki lbh nnt insyaallah nk beli jgk la..
pam ni bkn utk heavy duty nyer kan.
alhamdulillah dh penuih balikpeti
eheh kdg2 sbb anak tak bangun malam tu yg leka sampai kita2 sekali tido sampaipagi huhuhu
Post a Comment