Sekitar Majlis Penyampaian Sijil Tadika Delima Ilmu

Acara amek report card Hannah was on Saturday. And acara Penyampaian Sijil ni pulak on the next day, Ahad.

Berpuluh-puluh minit jugak la nk kejutkan anak dara sunti saya ni bangun awal pagi Ahad tu. Liat sungguh! Maklumla nk kena ada kt sekolah sepatutnya jam 7.15pagi. Setelah acara pujukrayu-tak-jalan, maka mama gunakan acara menjerit-bak-petir baru la budak ni nak bangun. Dan lastly dalam kol 7.45am baru la dia keluar rumah. Dah merajuk dgn mama taknak mama hantar. Last-last Papa je yang hantar dia ke sekolah. :D

Then Papa balik semula amek Mama, Hadif dan Hilda. Tu pon dah jam 8.40am baru keluar rumah. Tau tau je la nk siapkan sorang demi sorang nih.

Masa kami sampai, anak-anak yang lahir bulan Oct-Dec tengah nyanyi lagu Allah Selamatkan Kamu sambil berdiri depan kek. Abes lagu semua pon tiup kek. Masa ni saya tak sempat nk tengok aksi Hannah tiup kek.
Terusla carik kerusi di bawah khemah utk duduk



Lepas je acara nyanyi-tiup lilin, persembahan terus dimulakan. Start dengan  persembahan anak-anak 6tahun bersolat Dhuha.

Dan kemudian persembahan-persembahan lain dari anak-anak 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun berselang-seli.
Layan gambar lah ye. Of course la Papa banyak amek gambar anak dia :)



Hadif tak ketinggalan. Jumpa kawan dia main cak-cak kerusi plak.


Adik Hilda plak belum reti nk bertegur sapa dengan kawan-kawan sebaby. Padahal ramai jugak geng-geng baby yg datang.


Hannah lagi.



Yang bertiga baju merah ni memang geng Hannah. Dari kiri Biha, tengah Sara, dan kanan Hannah. Geng gosip sampai kena tegur dengan cikgu. Kata cikgu, bila dorang jumpa dalam kelas, kadang-kadang sampai terlupa nk belajar. Asek potpotpet je. Geng dia semua amek watak si rama-rama.



Dah abes buat persembahan rama-rama terus datang kt mama mintak susu. Lapar katanya. Memang dia belum breakfast lagi time keluar dari rumah tadi. Kat tadika, tak pasti ada diberi breakfast atau belum. So dalam kol 10am++ tu memang dia mintak jugak susu nk minum.



Persembahan terakhir dari anak-anak 6tahun. TERIMA KASIH CIKGU!

Selingan :)


Dan selepas saje acara persembahan, adalah acara penyampaian hadiah.
Hannah naik pentas 3 kali sebab dia dapat 3 hadiah.

Hadiah birthday, hadiah utk semua pelajar 4 tahun, dan hadiah pelajar terbaik dalam kelas.


Yang bestnya, geng rama-rama yang berdua pon dapat hadiah pelajar terbaik ni jugak. Sebab Hannah dapat no 1, Sara dapat no 2 dan Biha dapat no 3 dalam kelas :) Masing-masing dapat hamper.
Hilda yang dh tak tahan mengantuk. Dah dapat makan bubur, dapat nenen. Dah kenyang dia lentok kt Papa.


Dan ini lah dia antara hadiah yang Hannah dapat. Hadiah mcm medal tu dia dok simpan dalam beg sekolah je.
Yang dalam kotak berbalut tu, dh selamat masuk dalam bekas pensel dan kotaknya masuk tong sampah. Eheh!! Dapat pensel 2B la katakan hihi!

Congrates sayang Mama. Tahun depan keep up the good work ok. Belajar rajin rajin. Jadi anak yang bijak dan berguna kepada masyarakat nnt.


4 words from u:

ayukhairy said...

TAHNIAH!!!!!!!!!!

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. tahniah untuk hannah yg bijak dan mama papanya juga.. seronok tgk aksi anak2 yg membesar ni.. mcm2 kerenahnya.. cantiknya baju hilda tu.. suka tgk..

MyKhalish Journey said...

congrats hannah. really proud of u ;)

amirah said...

waa...pandainya dia..tahniah hannah...next year dpt byk2 hadiah lagi ek..lydzar, baju hilda beli kat vietnam ke?? sebab kita pun beli..hehehe..comel sgt..

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®