Breastfeeding : Shopping new gadget

Salam pagi Khamis yg ceria!

Saya lebih ceria apabila parcel yang saya dok tunggu-tunggu akhirnya tiba di opis.

"Kak, Kangaroo akak dah sampai" bgtau cik adik manis receptionist. Dengan pantas la saya turun mendapatkan barang yang Kangaroo saya bawak dalam poketnya itu. Ihiks!

So kali ni, inilah dia barang shoppingan saya:


Sekotak Unimom Allegro, seketul breastshield Spectra dan set valve head dan membrane Medela. Lagi dua barang tu free-gift dengan pembelian Unimom Allegro. Sehelai nursing ponco dan sehelai sleeping bra.

Harga untuk Unimom Allgero tanpa free gift adalah RM299.
Saya hanya perlu membayar RM338 bagi Unimom Allegro ini  utk mendapatkan freegift bernilai RM80. Berbaloi bagi saya, lebih lebih lagi saya belum pernah ada nursing poncho.
  1. a RM10 One Baby World Voucher 
  2. 1 pc of Autumnz Sofia Sleep Bra worth RM29.90
  3. 1 pc of Autumnz Nursing Poncho worth RM43.90

Kenapa saya beli Spectra breastshield dan Medela set of valve? Actually they fit well to each other.

Sebab bila saya kira-kira, satu set breastshield Spectra adalah RM66.50 selepas diskaun. Saya tak memerlukan tubing, sebab dah ada 3, jadi saya carik option supaya ianya boleh menjadi loose item. Bila saya loose kan Spectra accesories harganya adalah RM53.20. Breastshield - RM28.50, valve -RM16.15 dan membrane- RM8.55

Dan apabila saya gabungkan 2 barang ini pula, breastshield Spectra + Medela set of valve,  harganya hanya RM50.50. Jimat la kan? Haha takper kalau anda nk kata saya berkira walaupon beza hanya RM2.70. Sebab ianya masih penjimatan bagi saya :)






Dan ini adalah bakal bestfriend baru saya.

Ringan, kecil, murah dan mudah dibawa kemana-mana adalah kriteria yg saya cari. Berharap agar ia akan dpt berbakti kepada saya dalam misi breastfeeding saya.


Maka bermula hari ini, tak perlu lagi saya usung Specra3 saya balik kerumah. Lega!!!

Saya tak sabar nk gunakan Allegro utk sesi kedua sekejap lagi. Nantikan review dari saya ya!!

9 words from u:

Unknown said...

Rindunya waktu2 buat stock susu utk baby dulu... Tapi sempat fully breastfeed 8 bulan lebih je... Pastu terpaksa campur... huhu

**seronok tengok mommy2 yang shopping barang2 utk breastfeeding... ^_^

Unknown said...

saya guna spectra3 jgk tp kat opis je pam..kat umah tak pam sbb tak larat nak angkut spectra tu..

Unknown said...

@~~*Lady Salwa*~~ alhamdulillah dia masih disusukan walaupon hanya 8 bulan. nnt kalau ada baby lg, pulun BF dia sampai dia besar tau. chayo3!

Unknown said...

@*azni* tu la, sebab dh tak larat nk angkut spectra3 balik la saya beli allegro ni. skg ni kena pam jugak kt rumah sebab nk up kan stok dalam peti ais tu. makin hari da makin kurang aje

ayukhairy said...

wahhhhhhh..pam baru ye? selamat mengepam ye

Iela Fazielah said...

xsabar tunggu review pasal allegro tu...

Unknown said...

@ayu thanks ayu :) cabaran masih perlu diteruskan!!!

Unknown said...

@Iela Fazielah baru sekali guna tadi. tunggu nnt saya buat entry khas ye kak

Mek Rose said...

mcm bes je pam tuu
nnti riveiew k! shopping click2 ni mmg bes sedar2 akaun dah surut..ehehe

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®