Craving??

Last two weeks saya senaraikan list of craving yang saya nk. Targetnya by end of that week, saya dapat makan lah apa yg ada dalam senarai tu. Sekali sampai ke minggu ni pon tak dapat. Hehe sorry lah, walaupon tak pregnant saya memang craving.

1) Prosperity burger McDonalds 2) Roti Nan Cheese dan Ayam Tandoori 3) Chocolate Indulgence by Secret Recipe. 

Ada yang kata craving ni disebabkan oleh kekurangan nutrisi pada makanan yang diidamkan. Betul ke?

Ketidakseimbangan gula dalam darah, biokimia otak, kekurangan nutrien dan sensitiviti makanan seolah-olah menjadi kuasa pengarah individu untuk cenderung kepada makanan tertentu.  - Dr Briffa -

Mungkin betul. Kekurangan makanan kurang berkhasiat kot saya ni HaHa!! Asek makan makanan berkhasiat je, kadang-kadang rasa nk bertukar selera juga. Owhh tapi kalian jangan terikut-ikut lah ye.

So malam tadi, saya ajak suami pegi carik food list number two. Hmm sebab memikirkan kebarangkalian food list number one dah tiada. Ada ke takdek eh sekarang, Maklumlah dh abes CNY..kan?

Saya mintak dia dapatkan info dari kawan-kawan dia yang tau kedai mana yg boleh serve best food. Wiki-Fadh-ea namanya. Kawan suami saya yang namanya Fadh ni memang luas pengetahuannya. Kalau tanya anything, mesti dia boleh jawab. Especially pasal road-map how to go, dan juga tempat-tempat makan.

Tapi tak dapat respon. Maybe Fadh busy. Jadinya suami pon bawak ajelah kami ke kedai mamak tempat kami selalu breakfast. Memang ada menu yang saya inginkan. Suami pulak order Chicken Chop.

Setelah beberapa puluh minit menunggu, akhirnya sampai la Roti Nan Cheese dan Ayam Tandoori saya.

credit pic : Blog Buih

Owh tp menu saya tak serupa gambar diatas. Saya tak snap gambar hidangan saya.

Beria si tukang masak meminta maaf kepada suami dengan slang dia. Saya tak berapa tangkap apa yg dia katakan. Rupanya dia minta maaf sebab ayam tu ada sket hangus. Saya try makan, hukhuk rasa hangus lebih daripada rasa ayam marinated. Saya mintak suami rasa ayam tu. Dan dengan segera dia panggil si tukang masak, mintak ayam ditukar kepada yang lain.

Pinggan ayam tandoori hangus diambil kedapur dan si tukang masak, masak ayam yang baru utk saya. Dan pinggan kedua barulah boleh diterima tekak dan lidah utk dimakan.

Hmmm overall food disitu hanya dapat 1 bintang saja. Walaupon satu bintang, makanan tetap perlu dihabiskan. Ramai orang lepak kt situ sebab connection Wi-Fi nya LAJU.

Dan nak masuk kereta time nak balik, baru kawan suami respon dan bagitahu ayam tandoori dekat Restoran Hakim Seksyen 7 Shah Alam adalah sedap.... tak tau la bila pulak nk kesana.


7 words from u:

Hanis Azla said...

bila dah teringin dapat pula yang kurang mmg angin sikit kan lydzar.. akak pun selalu teringin mcm2.. he..he.. nak layan dgn tidak aje selera tu..

amirah said...

kat restoran hakim sedap?? kat ampang ada satu gak..sedap roti nan dia..nan cheese la lydzar..baru ngancam..bertambah2 kurang khasiatnya..hehe..tapi baru je gi mekdi aritu..ada jela lagi burger prosperity..

L said...

hehhe. suker3.. sedapnyer roti nan ngn ayam tandooooooori!!!! wifi laju plak.. huhu

jom hayati sekejap.=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/amanahnyer-sahabat-rasulullah.html

.: Ain aka Ibu Qaisara.. :. said...

lydzar, nan cheese ayam tandoori yg selalu aku makan dan pada aku sedap adalah kat mamak kat alam sentral tu..ground floor, ngadap hotel quality tu..pada aku torbaik dah.. huhuhu..

eh, ni apesal craving ngalahkan mak buyong neh? :p

Iela Fazielah said...

kalau nan tandoori... kat restoren Al-Azwad rmh akak ni mmg best... tp SR choc indulgence tu boleh dpt senang tu....

wahida said...

nan cheese yg hebat adalah kat RMSY beriyani kat medan tuanku...
aku pernah buat n3 pasal nan cheese ni...ramai follower aku dah pegi dan semua pun kata sedap..try lah!!

ni n3 aku tu:

http://wahidayatulaswa.blogspot.com/2011/01/cheese-naan-best-in-town.html

Eliss said...

saya memang suka makan Nan Cheese dan Ayam Tandooritu di hakim seksyen 7 lama tu..dekat unisel tu. yang kat mamak lain x best lagi setakat ni saya try di shah alam :p

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®