Teman baru saya : StyloMama

Salam Jumaat semua!!

Terasa stylo je menggendong cooler bag baru StyloMama ni. Peewittt!!

Seronok jugak dok belek-belek stok cooler bag kt AUB semalam. Hukhuk mokcik boleh belek coolerbag je, nak belek 'JURULATIH' belum sampai serunya lagi.

Kat atas rak tu ada few brands, termasuk brand yang saya dh pernah ada : MLO dan Autumn. So saya cuma belek brand yang saya belum ada. Last-last 2 beg finalist yang masuk peringkat akhir pemilihan adalah jenama StyloMama nih. Menarik sebab ada yang berwarna PINK, tapi saya prefer hitam sebab hitam itu menawan dan tak nampak kotor bila dibawa utk acara lasak.

Acara lasak : acara redah hujan sambil transfer anak-anak dan segala beg dari kereta ke area teduhan. Ofcourse nanti terpaksa letak beg kat lantai, maka kebolehan utk beg itu comot adalah tinggi kalau dia berwarna selain hitam!!


Dan akhirnya Stylo Mama Era Cooler Bag menjadi pilihan. Harga RM69.90

Harap-harap cooler bag yang ni boleh berkhidmat sampai habis tempoh penyusuan Hilda Marissa. Jangan ada internal damage mcm yang sebelum ni sudah.

Cooler bag yang sebelum ni saya tak dibuang lagi. Yang tu saya guna utk ganti  Hailey cooler bag ke taska Hilda. Sebab cooler bag Hailey tu dah comot. Tak serupa beg dah. Comot sangat dan layak dibuang disamping zip dia dah rosak..

So kepada Stylo Mama Era Cooler Bag : SELAMAT BERKHIDMAT!!!







Published with Blogger-droid v1.7.4

7 words from u:

Eliss said...

semoga terus berbakti beg tu :)

Hanis Azla said...

selamat berstylo yer lydzar yg sylo..

amirah said...

pasni stylo mylo la mama lydzar..

ayukhairy said...

stylo ye pilihan lydzar..hehe..selamat mengguna ye

mummyrinazone beauty said...

semoga begtuh meningkankan lagi semangat nak bf yerk..caiok caiok=)

wahida said...

selamat berkhidmat wahai cik beg!!

Iela Fazielah said...

akak br nak soping beg ni.... persediaan awal..huhu

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®