Down with fever

Ini alkesah semalam.

Saya amek EL sebab Hilda monyok semacam je pagi tu. Badan dedar, dan dia cirit birit.
So pagi semalam, siapkan Hannah dan Hadif macam biasa. Dorang tetap kena pegi TDI sebab mama nk fokus jaga Hilda dan ada kerja SOHO-K3S nak kena siapkan alang-alang dh berada kt rumah tu.

Since cik Hilda dah poopoo bak air, so dia pon dimandikan jugaklah pagi-pagi tu. Selalunya tinggal dia sorang je yang busuk-masyam time keluar dari rumah. Haha masyam pon mama LIKE sangat!

Sepanjang pagi after hantar kakak-abang ke TDI, Hilda nak melekap je. Layan sebab memang itu la tujuannya berEL. Berdirect-feeding sahaja dan nampak dh kurang dia punya cirbir tu. Maklumla berdirect-feeding ni memang mengurangkan risiko dalam penyediaan susunya. Manalah tau kan, punca dia cirit birit adalah dari cara handling EBM tu. If direct feeding, ianya sentiasa hygenic, suam-suam suhu terbaik dan direct dari ladang hehe!

Alhamdulillah, sepanjang berada dirumah dia dh tak cirit birit.. Suhu pon dh turun. Boleh bermain walaupon sekejap sekejap je. Yang lamanya melepek kt kaki mama dan mintak duduk kt riba.

Dari pagi cuba suap dia makan bubur nasi, tp dia tak berminat. Dah pukul 9.30mlm lepas dia nap sekejap, barulah dia nk makan beberapa sudu bubur.


Lebih kurang jam 3 petang, masa saya tengah solat, handphone berbunyi. Saya abaikan saja. Rupanya dari cikgu TDI. Lepas solat baru saya return call. Rupanya cik abg Hadif pon tak sihat. Muntah kata cikgu. So saya pun bersiap-siap utk ambil dan bawa Hadif ke klinik. Virus dah tersebar kt abang rupanya.
Cikgu dah siap tepekkan coolfever. Thanks cikgu! Macam biasa obat-obat standard yg dibawa pulang :
PCM250, ubat selsema dan antibiotik.

Habis di klinik kembali ke TDI, jemput kakak pula.

Episod gamat pening kepala mama bermula, bila 3 beradik dah bergabung. Huhu macam-macam kerenah anak-anakku. Kakak-abang ada je isu nak berebut. Bila bergaduh dan  kalah mula la menjerit mintak Papa yang masih outstation. Adik pulak tetap nk duduk kt riba mama. Masa ni memang tarik nafas panjang aje lah mama.

Sekarang Hannah dan Hadif agak manja dengan Papa. Maklumla kalau mama marah dorang lari kt Papa mintak pujuk. Mama pon memang jarang nak layan bila dorang ribut-ribut bergaduh ni hihi. So bila bergaduh, Papa lah yang dorang carik. Lagi satu bila mama tidur awal, Papa aje lah yang melayan dorang kt ruang tamu.

Lepas Magrib, dedua HM yang tak sihat ni dah tertidur. Tinggal la kakak merayu-rayu mama tolong siapkan homework dia.


Macam biasa if tinggal sorang dengan anak-anak yang demam, terpaksa lah bangun beberapa kali sepanjang malam. Pastikan suhu badan dorang tak tinggi dan layan permintaan mintak susu dorang. Mujur juga dedua budak ni tak muntah or berak-berak dah.

Dan hari ni, saya rasa mengantuk yang amat. Sekian

8 words from u:

Cho Zila said...

alkesahnyer kalaau anak demam memang tak senang hati... moga cepat sembuh sayang....

Madam iEeDaZ said...

Alalaa..tomei nyer time tido tu..sepesen je style tidonye.. diaorg dah ok belom?

amirah said...

itulah ibu merangkap doktor namanya kan..huhu..tapi musim demam tal lydzar? aritu lalu depan kinik kanak2..penuh amatttt

Hanis Azla said...

Semoga mereka semua cepat sembuh.. jaga anak demam time suami outstation mmg lebih sikit kerjanya dari biasakan.. tp asalkan anak2 boleh cepat sihat, takpelah kita berkorban sikit.. take care lydzar..

Atia Adina said...

semoga semuanya cepat sihat....mencabar eh jaga 3 org anak tanpa papanya

adianiez AIDA said...

aduhai. memang risau anak2 tak sihat. aida pun sedang alami. tambahan pula nurin da sekolah. sian dia... sabo ye. moga anak2 lydzar cepat sembuh...


nota kaki : klik sini & jom join simple giveaway – hadiah voucher KFC yg best

Eliss said...

aduhai kesian pulak menengoknya. skang musim jugak yer budak demam ni. cuaca tak menentu.

Iela Fazielah said...

alahai.... mmg penatkan... budak x sihat n papanyer takde.....

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®