Kaedah Perancang Keluarga : Implanon

Alhamdulillah dah berjaya pakai 'susuk' a.k.a IMPLANON. Perasaan adalah sangat lega sekarang :)
Kalau tak setiap bulan berdebar menantikan cik period datang menjengah atau tak.



Implanon ialah kaedah kontraseptif yang mudah pulih untuk jangka masa panjang. Ia berbentuk seperti sebatang lidi yang kecil yang boleh dipasang dibawah kulit di bahagian lengan dekat badan anda.
Implanon dipasang di bawah kulit di bahagian pertengahan lengan. Gambar rajah menunjukkan posisi Implanon (garisan bertitik)

   


  Apakah kebaikannya?
  • Anda terlindung dari kehamilan selama 3 tahun.
  • Pengguna tidak perlu melakukan apa-apa.
  • Implanon tidak menggangu kehidupan sex anda.
  • Kesuburan anda kembali dengan cepat selepas Implanon dikeluarkan.
  • Cepat dan mudah untuk dipasang dan dikeluarkan.
Saya buat di UMRA, Seksyen 13, Shah Alam petang semalam.

So berkonsultasi lah sekejap. Doktor maklumkan yang akan ada sedikit gangguan pada hormon dalam masa 3-6bulan bergantung pada badan si pemakai. Kesannya, period akan terganggu. Sama ada menjadi semakin panjang, menjadi kerap atau pun tiada period langsung. Jadi harusslah selepas ni saya start makan GLA Complex Shaklee untuk regulatekan hormon saya semula. :)

Lepas sedikit consultation dengan Doktor, proses pemasangan pon berlangsung.
Doktor minta saya stretchkan sket lengan supaya dia dapat tentukan lokasi Implanon akan diletakkan. Dan bila dah jumpa kawasan, dia pon tanda dengan cecair kaler kuning ni.


Jom tengok video 'susuk' dipasang.
Abaikan perbualan kami dengan Doktor tu. Doktor malu malu sebab dia berpakaian kasual saje. Kesahnya nnt saya cerita diakhir entry :)


Kawan-kawan tanya : SAKIT tak?
Jawapan saya : Rasa macam kena toreh sket lah. Tak dibius so pedih masa dia mula masukkan jarum, tp in just one minute dah setel dah.

Ni dia kesan lubang jarum. Saya rasa agak ngeri tengok lubang nih. So sampai pagi ni ia masih tertutup dengan plaster lagi.


Selesai masalah saya. Hihi! So HM bertiga takkan dapat Junior dalam masa 3 tahun nih..
semoga Implanon saya ni tak jadi rare case dimana si pemakai terpregnant juga lahh..amin!

Abes!

Eh belum, saya nk cerita juga pasal Doktor berpakaian kasual tadi.

Masa saya register nama dikaunter pendaftaran dan beritahu saya nk pasang Implanon, staf bertugas dikaunter bagi tau tak boleh pasang sekarang sebab Doktor yg responsible utk pemasangan Implanon tiada. Huhu saya mula rasa angin puting beliung nak datang. Then saya bagitau staf tu yang saya dah call sebelum datang utk dapatkan kepastian. Si pengangkat telefon dengan ceria bagitau saya boleh datang petang tu.

Staf kt kaunter tadi minta saya tunggu sementara dia check dengan Doktor bertugas. Dan kali kedua dia panggil saya dan minta saya datang keesokan pagi. Waktu ni, serius saya rasa mcm nak jerit je kt staf tu. Tapi nasib baik dapat dikawal. Maybe bukan salah dia. Saya pun tak tau siapa yang entertain call saya tu.

Masih bernada marah, saya minta dari dia if ada any feedback form. Saya nak buat komplen pasal miscommunication dan informasi tak tepat yang diberi. Dan saya diberikan sekeping kad tertera no telefon.

Memang geram lah kan. Nak datang utk pasang Implanon ni perlukan komitmen. Kena tunggu waktu period, saya kena mintak permission dari bos utk keluar dan suami jugak macam tu. Takkan lah 2-3kali saya nk keluar atas satu tujuan yang tak setel disebabkan oleh info yang tak tepat ni.

Saya duduk sebelah suami, dan suami cadangkan saya call hospital/klinik lain. Lepas call DEMC (takbole buat petang tu sbb Gynae dah balik), saya memang bercadang nk dial no yang staf tadi bagi. Tapi tiba-tiba staff tadi panggil saya semula.

Kata dia : Puan, boleh tunggu dalam 15minit tak. Doktor akan datang.
Kata saya : OK boleh. Saya memang nk buat jugak hari ni.

Lega. Doktor on the way dari Gym di Subang Parade. Sebab tu lah dia sgt kasual bert-shirt dan bershort saje.

Waktu periksa blood pressure sementara menunggu Doktor sampai, bacaan BP saya agak tinggi. Nurse kt dalam tu nampak cemas.

Kata nurse : Puan, kenapa BP puan tinggi ni?
Kata saya : Memang la tinggi, tadi saya tengah marah kat luar (sambil cerita ringkas kes kt luar tadi)
Kata nurse : OOOO..takper kita check lagi sekali.

Second check, bacaan BP dh normal :)



35 words from u:

Anonymous said...

hahaha...momma Lydzar marah2,tp mamasue yg dok baca ni dok gelak sorg2...

Sidratul Muntaha said...

so far
takmo proceed lgi sbb ade family history breast cancer
tpi iud tak thulah
for time being mmg nak natural dulu

Unknown said...

@MAMASUE apa yg mamasue gelakkan tu? :D

Unknown said...

@Sidratul Muntaha hehe saya mmg dh takmo natural planning :D

amirah said...

kalo x sakit bleh la cuba pasni..hehe

[leily.laily] said...

oo, gitu yer..
ngeri plok tgk lubang tu..
sy dlu makan marvellon aje..
tkt nk pakai benda alah ni.. heheh,
tgk jarum dh pucat lesi.. huhuhu

Madam iEeDaZ said...

amboi mommalydzar nak psg implanon tu pun setia dgn pbjv..xbukak² ID card tu yer..:p

Eliss said...

nampak ngeri jugak lubang tu erk. lagi besar dari jarum masuk drip tu kan. skang tengah merancang utk baby lagi..hrp2 cepat laa...

Iela Fazielah said...

kisahnyer.... xsanggup nak tgk video..tgk lubang tu pun akak rs ngeri... tp kira ok la.. pasang xsmapai semint.. harap2 semua ok.... selamat merancang keluarga..hehe

Unknown said...

@amirah cubalah ami :) sakit sket saje. bukan tak sakit langsung hihih

Unknown said...

@♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ Doktor suruh palingkan muka dari jarum tu, tp saya nk tengok cemana dia buat. so tengok gak le hehehe. kalau ok makan ubat, then proceed la. saya jenis tak disiplin. sokmo terlupa

Unknown said...

@ieedaz @ mama_isha hehehe..sebab pegi lepas keje kan..tak dan pon nk bukak2 id tu...hihi

Unknown said...

@e.l.i.s.s.m.i.e haah mmg jarum dia besar. good luck eliss..semoga cepat peknen :)

Atia Adina said...

tengok kesan lubang tu terus rasa....sampai bila2 pun aku tak kan guna implan...ngeri....sakit sikit jer eh????kaedah suntik kat punggung tu pun saya buat 3 kali jer....sakit....

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. lega dah pasal yer setelah bermacam dugaannya.. utk 3 tahun ni takdelah berdebar2 setiap bulan lagi.. he..he..

ummi husna said...

huhu...kalau i kat situ, mau naik sampai ke kepala marahnya. sbb kita dh prepare elok-elok, org x appreciate.

takut gak tgk lubang ituuu..hehe.

mekchu said...

mekchu ni pulak jenis berdebar kalau period datang.. kenapa ko dtg? mcm tu.... rasanya mekchu tak akan ada pengalaman mcm tu :(

Unknown said...

@Atia Adina Sebab dh nekad nk pasang kan, rasa sakit sket tu mcm tahan aje lahh. :D

Unknown said...

@Hanis Azla tu la kak. dugaan salah info dari bulan lepas lagi. geram je..apepon keluar dari klinik dgn senyuman

Unknown said...

@ummi husna tu la kan. sebab bukan senang kita nk lari2 asek nk ke klinik aje. kang bos pelik plak, awk ni sakit apa asek appointment dgn doktor je hihih

Unknown said...

@mekchu sebab mekchu nak peknen lagi, sebab tu berdebar dan tak suka if period dtg :) saya ni...cukupcukup la tu hihihih

mummyrinazone beauty said...

arituh dah nak buat sangat tapi last2 tak jadi sbb takot..amek pill jer2 nnt baru pk semula nak g buat atau x

Unknown said...

@wan nurul hezrina hehe kalau dh disiplin makan pil, maybe takperlu pasang implanon dah. saya ni selalu lupa :)

Anonymous said...

Sya guna implan tp x kuar haid

Xira / Ady said...

Sy dh nk buka ni dh 3 tahun...dulu masa pasang duduk kat Damansara Damai Medical Centre. Skrg dh pindah Shah Alam, nk tahu lah kalau di UMRA, nk bukak berapakah RM? Dulu pasang RM660

JERSLIN OIL SERIBU SATU RAHSIA said...

Baru aje buat smlm kat lppkn ....harga rm 320..ok la sbb sbl ni pun dah pakai...ni kali ke 4..,

Anonymous said...

berapa ye bayar utk implanon kat hospital umra ni? kalau nak buat boleh buat appointment melalui call je ke?

Unknown said...

Nk tye pas bslin ble leh psg implanon ni?

Unknown said...

@Anonymous kena call utk buat appointment dulu dear. masa ni umra caj saya rm590

Unknown said...

@Abu Bakar Nurazua hai Nurazua, boleh pasang after delivery. just make sure buat appointment masa tgh period so that doc boleh terus pasang. kalau blom period, doc kata tak boleh pasang lagi

Unknown said...

Salam
Nak tanya bila mkn Gla ada possibility x ter'pregnant' ms pakai implanon ni?

IERA KHASIERA said...

Thanks to Google sbb finally I've this awesome blog! Hehe.. So, bulatkan hati.. Nk pegi chocok susuk next week. Haha.. Sis, if x prnh amik aper perancang bleh trus amik Implanon kn? Sbb I've heard ader yg kena try amik suntikan dulu b4 proceed with Implanon..

IERA KHASIERA said...

Thanks to Google sbb finally I've found this awesome blog! Hehe.. So, I da bulatkan hati, mau pegi chocok susuk next week. Hehe.. Sis, if x prnh amik perancan bleh trus psang implanon kn? Sbb I heard ader yg ckp kena try amik suntikan dulu bru bleh proceed with implanon.. Huhu..

IERA KHASIERA said...

Kali ke-4? Caya lah.. Hehe..

Unknown said...

@Siti Aaidah alhamdulillah, implanon saya dh expired. at the same time mmg saya makan gla.

dengan izin dan kuasa Allah, implanon ni berkesan utk jarakkan kehamilan :)

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®