Semalam saya tak mencoret kt sini. Sebab macam biasa BLUR haha!
Hari ni 12 Jan 2012, genaplah umur Hannah Marissa 4 tahun 1 bulan. Tapi kt tadika, dia adalah pelajar 5 Tahun.. Nasiblah si anak yg lahir dihujung tahun. Saya tak lah treat dia as a 4year old child pon. Sebab dia tetap kena bersaing dgn anak-anak yg memang dh 5 tahun.
Alhamdulillah, sejak masuk tahun baru ni, dia dh lebih berdikari. Kejayaan terbaru adalah berjaya poopoo di toilet. Kalau tahun lepas dia mintak dipakaikan pampers pastu dia nyorok dalam bilik, bila dh setel dia kata
"MAMA..DAHHHH"
Tapi sekarang ayat MAMA..DAHHH ni cuma disebut bila dia dh setel urusan ditoilet. Start dari masuk toilet, panjat utk duduk di toilet bowl dia boleh buat sendiri dah. Alhamdulillah, senang keje mama. Jimat RM Papa takyah allocate pampers utk dia dah.
Anak dara sulung ni jugak dh boleh diharap menyapu serbuk-serbuk biskut adik bongsu dia sepahkan kt lantai. Dengan sendiri pegi amek penyapu dan penyodok dari yard, then dia sapu dari kawasan bersepah sampan depan pintu. Saya ingat saya perlu sapu sekali lagi, rupanya dh tak perlu sebab memang bersih disapunya.
Anak dara sulung juga dah boleh diminta tolong masukkan baju kotor kedalam washing machine. Kalau boleh dia nk tekan-tekan button kat machine dan masukkan sabun. Tapi mama belum bagi green lite lagi. Bila kain dah siap dibasuh, dia dipanggil utk tolong sangkutkan baju dia kt ampaian umbrella. Bab sangkut menyangkut ni pon si boy-boy-boy pun takmau ketinggalan. So sila sangkut baju masing-masing ye. Walaupon pergerakan agak perlahan, pekerjaan agak lambat disiapkan tapi saya happy dorang sudi membantu.
Self-confidence Hannah juga semakin baik. Tak malu-malu dengan orang baru yang dia jumpa, malah sangat aktif bila dibawa kemana-mana. Contoh terbaik adalah waktu saya bawa ke diner kompeni hujung tahun lepas. Dia boleh bermain bersama kawan-kawan baru tanpa perlu saya temankan.
Selera makan juga semakin baik. Tak perlu lagi paksa memaksa dia makan. Badan pun dah nampak semakin berisi.
Dan yang paling saya tak tahan nk tersenyum setiap kali teringat, saya rasa Hannah ada crush kt seorang budak laki ditadikanya. Kalau bercerita tentang budak tu, dia memang sangat bersemangat dan senyum juga lebar ke telinga. Pernah satu hari, saya tengah angkut beg-beg dorang masuk ke kereta, parent si budak lelaki sampai..dan budak lelaki tu pon keluar menuju ke parents dia, Hannah terus bereaksi agak pelik tak mau masuk dalam kereta. Muka memang berseri-seri tersenyum. Saya toleh, rupanya budak lelaki itu. Patutla Hannah bereaksi begini!! Hahaha!!
Hannah oh Hannah...
Papa kata Hannah ada tahi lalat dekat gigi. Hihihih!!! |
11 words from u:
oklah tue .. satu penacapaian baik ;-)
hahahaha...hannah hannah..nak bg mama menantu cepat2 ek.. : )
sonok anak dara makin besar...boleh dh tolong2 masak sok..hehe
dah bijak ini budak..lydzar,nak tanya pam unimom allegro yg beli aritu ok tak?so far camna perkhidmatan dia..skema lak ayat sy.. hehe..
uikk tecik2 dah pandai ye ehehhe
eh....kecik2 dah pandai dah anak dara ni.....
comel aje aksi hannah.. beruntunglah budak lelaki tu.. ada awek cun dah berkenan.. he..he..
@*azni* azni..i like the pump :) so far ok dan meet my requirement. very soft suction and hasil not bad..lebih kurang macam yg saya dapat ngn spectra :)
anak dara yang makin membesar!
bagusla.... dia sgt rajin... akak gak masih sikit2 kasi syfqah involve dlm keje rmh mcm sidai bj ke.. sbb dia sidai xcantik....tp dia nak tlg..taik lalat kat gigi tu means karies ea???
@Iela Fazielah dia sidai memang tak berapa cantik lagi kak. tp takper practice make perfect :)
haah karies..sebab gigi hannah teruk sket. takleh tolong dah. tunggu gigi kekal tumbuh aje lah utk gigi cantik nnt
Post a Comment