Craving??

Last two weeks saya senaraikan list of craving yang saya nk. Targetnya by end of that week, saya dapat makan lah apa yg ada dalam senarai tu. Sekali sampai ke minggu ni pon tak dapat. Hehe sorry lah, walaupon tak pregnant saya memang craving.

1) Prosperity burger McDonalds 2) Roti Nan Cheese dan Ayam Tandoori 3) Chocolate Indulgence by Secret Recipe. 

Ada yang kata craving ni disebabkan oleh kekurangan nutrisi pada makanan yang diidamkan. Betul ke?

Ketidakseimbangan gula dalam darah, biokimia otak, kekurangan nutrien dan sensitiviti makanan seolah-olah menjadi kuasa pengarah individu untuk cenderung kepada makanan tertentu.  - Dr Briffa -

Mungkin betul. Kekurangan makanan kurang berkhasiat kot saya ni HaHa!! Asek makan makanan berkhasiat je, kadang-kadang rasa nk bertukar selera juga. Owhh tapi kalian jangan terikut-ikut lah ye.

So malam tadi, saya ajak suami pegi carik food list number two. Hmm sebab memikirkan kebarangkalian food list number one dah tiada. Ada ke takdek eh sekarang, Maklumlah dh abes CNY..kan?

Saya mintak dia dapatkan info dari kawan-kawan dia yang tau kedai mana yg boleh serve best food. Wiki-Fadh-ea namanya. Kawan suami saya yang namanya Fadh ni memang luas pengetahuannya. Kalau tanya anything, mesti dia boleh jawab. Especially pasal road-map how to go, dan juga tempat-tempat makan.

Tapi tak dapat respon. Maybe Fadh busy. Jadinya suami pon bawak ajelah kami ke kedai mamak tempat kami selalu breakfast. Memang ada menu yang saya inginkan. Suami pulak order Chicken Chop.

Setelah beberapa puluh minit menunggu, akhirnya sampai la Roti Nan Cheese dan Ayam Tandoori saya.

credit pic : Blog Buih

Owh tp menu saya tak serupa gambar diatas. Saya tak snap gambar hidangan saya.

Beria si tukang masak meminta maaf kepada suami dengan slang dia. Saya tak berapa tangkap apa yg dia katakan. Rupanya dia minta maaf sebab ayam tu ada sket hangus. Saya try makan, hukhuk rasa hangus lebih daripada rasa ayam marinated. Saya mintak suami rasa ayam tu. Dan dengan segera dia panggil si tukang masak, mintak ayam ditukar kepada yang lain.

Pinggan ayam tandoori hangus diambil kedapur dan si tukang masak, masak ayam yang baru utk saya. Dan pinggan kedua barulah boleh diterima tekak dan lidah utk dimakan.

Hmmm overall food disitu hanya dapat 1 bintang saja. Walaupon satu bintang, makanan tetap perlu dihabiskan. Ramai orang lepak kt situ sebab connection Wi-Fi nya LAJU.

Dan nak masuk kereta time nak balik, baru kawan suami respon dan bagitahu ayam tandoori dekat Restoran Hakim Seksyen 7 Shah Alam adalah sedap.... tak tau la bila pulak nk kesana.


AJL26 Awan Nano yang punya

Saya tengok AJL26 malam tadi sipi-sipi je dari meja makan sambil mem'packing' trial pek Set Breastfeeding. Ada sesapa nk order tak??? Offer beli 2 OFF RM15 nih. Hari ni last day tau!! Eh Eh sorry terpromote plak HAHA!!

Tapi time Awan Nano berkumandang saya dh setel kerja dan tengok sambil berbaring peluk hero saya. Hero kecik yang manja tu tau, bukan hero yang besar :D Lagu Awan Nano ni lah persembahan yang terakhir saya tengok sebelum heroin kecik saya menjerit dari dalam bilik mintak temankan dia tidur. So bergegasla saya ke bilik dan peluk dia pulak. Alang-alang dah kt bilik tu, terus la saya tertidur juga tak sempat dh nak tengok apa kesudahan AJL26.

Ayat terakhir saya dengan suami pasal AJL26 ni, "Sempoi giler Hafiz, tak yah susah-susah beli baju merelip"

Masa suami dah angkut Hannah masuk ke bilik, dia yang sampaikan keputusan penuh AJL26 ni. Hehe live update jugak la kan. 

Saya memang tak sangka lah Awan Nano yang menang. Sebab saya memang tak konsentret tengok. Tapi ending persembahan dia memang touching. Bila masuk part yang berkisah tentang ibu, ayah atau keluarga..of course la touching kan.

Owhh lagi satu persembahan dengan ending yang best adalah persembahan Alyah. Huhuhu landing kepala kt dada Remi Ishak lagi!!!


credit pic : Malaysiandigest
Papepon TAHNIAH Hafiz!!!

Cerita-cerita pasal persembahan lain, kawan-kawan google aje lah yer. Memang byk blog updates :)


Teman baru saya : StyloMama

Salam Jumaat semua!!

Terasa stylo je menggendong cooler bag baru StyloMama ni. Peewittt!!

Seronok jugak dok belek-belek stok cooler bag kt AUB semalam. Hukhuk mokcik boleh belek coolerbag je, nak belek 'JURULATIH' belum sampai serunya lagi.

Kat atas rak tu ada few brands, termasuk brand yang saya dh pernah ada : MLO dan Autumn. So saya cuma belek brand yang saya belum ada. Last-last 2 beg finalist yang masuk peringkat akhir pemilihan adalah jenama StyloMama nih. Menarik sebab ada yang berwarna PINK, tapi saya prefer hitam sebab hitam itu menawan dan tak nampak kotor bila dibawa utk acara lasak.

Acara lasak : acara redah hujan sambil transfer anak-anak dan segala beg dari kereta ke area teduhan. Ofcourse nanti terpaksa letak beg kat lantai, maka kebolehan utk beg itu comot adalah tinggi kalau dia berwarna selain hitam!!


Dan akhirnya Stylo Mama Era Cooler Bag menjadi pilihan. Harga RM69.90

Harap-harap cooler bag yang ni boleh berkhidmat sampai habis tempoh penyusuan Hilda Marissa. Jangan ada internal damage mcm yang sebelum ni sudah.

Cooler bag yang sebelum ni saya tak dibuang lagi. Yang tu saya guna utk ganti  Hailey cooler bag ke taska Hilda. Sebab cooler bag Hailey tu dah comot. Tak serupa beg dah. Comot sangat dan layak dibuang disamping zip dia dah rosak..

So kepada Stylo Mama Era Cooler Bag : SELAMAT BERKHIDMAT!!!







Published with Blogger-droid v1.7.4

Cooler bag dah koyak


Baru sgt pakai cooler bag ni. Rasanya blom sampai 6bulan lagi. Tapi cuba tengok apa dh jadi dgn keadaan dalaman cooler bag ni. Internal damage! Bahagian atas dah koyak. bahagian depan pon rabak!

Kalau tengok luar, cantik je lagi. Maybe material dalam dia ni memang cepat rosak. Takkan la saya guna lasak sangat kot. Lagipon memang khas utk simpan susu perahan je takpernah buat simpan air lain hatta air dalam tin.

Brand apa ni??? Saya takmau cerita direct kat sini. Kalau rajin sila la google saya punya cerita online shopping dan shopping item yang pernah dibuat tahun 2011 :D
Hahaha bajet korang rajin la nk menggodek blog saya nih.

Cooler bag yang sebelum ni, bahagian dalamnya masih OK. Yang tak OK cuma tali pemegang beg saje. Dah nak putus. Dan ada bahagian tertetas kt jahitan luaran cooler bag tu. Thats why la saya beli yang baru. Lama jugak saya pakai cooler bag MLO tu. Beli tahun 2008, dan saya tamatkan perkhidmatannya tahun 2011. Sket pon tak koyak kat dalam tu.

Tak perlah, memandangkan hari ini sudah hari gaji, maka petang nnt saya nak singgah ke kedai About Umi & Baby kt Subang Galaxy tu. Sambil-sambil letak stock Set Breastfeeding saya kt situ, boleh la belek-belek cooler bag yang ada jual kt sana. Kali ni beli off-line. Boleh la check directly kualiti cooler bag yg ada.



Published with Blogger-droid v1.7.4

Cuti Tahun Baru Cina

Hari ni sungguh pantas membelah jalanraya menuju ke opis. Keluar dari post office Kg Melayu Subang setelkan penghantaran vitamin jam 8.40am, patah balik hantar Hadif ke taska yang merengek ajak mama pegi kedai (dia ikut ke post office) dan terus ke Kota Damansara.. jam 9.05am dah sampai opis. Best sangat la kalau hari hari macam ni.

Maklumlah memang ramai lagi yang terus cuti-cuti Malaysia sempena cuti Tahun Baru Cina.

Long festival weekend haritu, saya tahap kesihatan saya sedikit diuji. Diserang diarhea tiba-tiba tak tau sebab makan apa. Bermula jam 4pagi hari Sabtu. Berlarutan sampai la kt rumah parents saya kt kampung. Baru semalam saya rasa badan saya sihat betul.

Saya ingat dh memadai dan boleh sembuh dengan makan pil Chi Kit Tek Aun. Petua dari geng-geng Shaklee supaya ambil Fiber Plan Unflavoured tak tercuba sebab saya tak simpan stok Fiber. Nasib baik gak takdek kejadian asek-asek kena berenti carik toilet sepanjang 7jam perjalanan balik dari Subang ke Chini. Tapi terpaksa menahan rasa sakit badan. Sakit sungguh rasanya sendi-sendi badan sepanjang dalam kereta. Hari Ahad terpaksa pergi Kuantan demi mencari klinik yang buka time public holiday. Lepas makan ubat dari klinik, memang saya rasa khayal dan mau tidur sepanjang masa. Kesian Hadif, asek kena marah sebab kacau mama tidur hihi!

Sebenarnya Hannah dan Hadif pon alami simptom yang sama cuba lepas makan ubat dorang dah OK. Mama dorang je yang masih berlarutan.

Sempat timbang berat badan masa singgah di Giant Kuantan, berat saya turun 4kg lepas diarhea selama 2 hari! Hihi yang ni saya take as positive. Hari ni pakai seluar jeans pon terasa loose aje.
Terima kasih diarhea ku!!!

ps: Nnt saya share tips diarhea dengan produk Shaklee ye :)


Tagline penutup Buletin 1.30

Masih teringat-ingat akan tagline penutup Buletin 1.30 hari rabu lepas waktu menjaga Hilda demam.

"Kurangkan penggunaan gadget ketika sedang berkumpul bersama ahli keluarga. Lebihkan perbualan santai dan bergurau bersama-sama yg tersayang"
~ayat tidak 100% sama..~

It is so true!!

Update ringkas terakhir di hari Jumaat sebelum cuti festival Chinese New Year.
Selamat bercuti kepada semua. Have a safe journey and have a cheerful holiday.
Esok saya nk balik kampung, sangat tak sabar menunggu esok!!!

Sorry gambar tiada kaitan dengan entry tp saje nk tepek jugak!


Bayi susu ibu

Arrgghhhh comelnya senyuman baby susuibu ni. Just like senyuman my babysusumama sapa lagi kalau bukan Hilda Marissa :)

Gambar credit to FB post



Cuba baca bebetul setiap penerangan pada anggota badan bayi ni. Hampir pada setiap organ ada tertulis perkataan 'KURANG'. Kurang yang membawa maksud bagus malah terbaik utk bayi ini.
Kurang berjangkit penyakit, kurang mendapat jangkitan, kurang alahan..etc etc -Sila baca sampai habis.

Sebab itu lah saya beria sangat nak breastfeed my babies. Kesedaran dah timbul lama since pregnantkan Hannah lagi. Alhamdulillah sekarang pengetahuan semakin bertambah dan dapat diapply pada anak-anak yang sedia ada. Cuma cabarannya tu lah, kena sanggup hadapi with laugh and tears!

So kepada si bujang yang merancang utk berkawen, si preggie yang bakal melahirkan malah ibu-ibu yang belum berkesempatan breastfeed baby anda sebelum ini yang baru 1st time singgah di blog ini, saya syorkan sangat anda tingkatkan ilmu anda tentang breastfeeding. BREASTFEEDING is GREAT!

Sumber informasi adalah sangat merata-rata a.k.a bersepah di laman web sekarang ni. Sambil sambil anda blogwalking melawat blog gossip OhBulan!, tak salah kalau singgah barang 20minit ke blog-blog penyusuan. Semoga ia memberikan manfaat kepada anda. Type saje kt Google search dengan keyword breastfeeding ye!



Down with fever

Ini alkesah semalam.

Saya amek EL sebab Hilda monyok semacam je pagi tu. Badan dedar, dan dia cirit birit.
So pagi semalam, siapkan Hannah dan Hadif macam biasa. Dorang tetap kena pegi TDI sebab mama nk fokus jaga Hilda dan ada kerja SOHO-K3S nak kena siapkan alang-alang dh berada kt rumah tu.

Since cik Hilda dah poopoo bak air, so dia pon dimandikan jugaklah pagi-pagi tu. Selalunya tinggal dia sorang je yang busuk-masyam time keluar dari rumah. Haha masyam pon mama LIKE sangat!

Sepanjang pagi after hantar kakak-abang ke TDI, Hilda nak melekap je. Layan sebab memang itu la tujuannya berEL. Berdirect-feeding sahaja dan nampak dh kurang dia punya cirbir tu. Maklumla berdirect-feeding ni memang mengurangkan risiko dalam penyediaan susunya. Manalah tau kan, punca dia cirit birit adalah dari cara handling EBM tu. If direct feeding, ianya sentiasa hygenic, suam-suam suhu terbaik dan direct dari ladang hehe!

Alhamdulillah, sepanjang berada dirumah dia dh tak cirit birit.. Suhu pon dh turun. Boleh bermain walaupon sekejap sekejap je. Yang lamanya melepek kt kaki mama dan mintak duduk kt riba.

Dari pagi cuba suap dia makan bubur nasi, tp dia tak berminat. Dah pukul 9.30mlm lepas dia nap sekejap, barulah dia nk makan beberapa sudu bubur.


Lebih kurang jam 3 petang, masa saya tengah solat, handphone berbunyi. Saya abaikan saja. Rupanya dari cikgu TDI. Lepas solat baru saya return call. Rupanya cik abg Hadif pon tak sihat. Muntah kata cikgu. So saya pun bersiap-siap utk ambil dan bawa Hadif ke klinik. Virus dah tersebar kt abang rupanya.
Cikgu dah siap tepekkan coolfever. Thanks cikgu! Macam biasa obat-obat standard yg dibawa pulang :
PCM250, ubat selsema dan antibiotik.

Habis di klinik kembali ke TDI, jemput kakak pula.

Episod gamat pening kepala mama bermula, bila 3 beradik dah bergabung. Huhu macam-macam kerenah anak-anakku. Kakak-abang ada je isu nak berebut. Bila bergaduh dan  kalah mula la menjerit mintak Papa yang masih outstation. Adik pulak tetap nk duduk kt riba mama. Masa ni memang tarik nafas panjang aje lah mama.

Sekarang Hannah dan Hadif agak manja dengan Papa. Maklumla kalau mama marah dorang lari kt Papa mintak pujuk. Mama pon memang jarang nak layan bila dorang ribut-ribut bergaduh ni hihi. So bila bergaduh, Papa lah yang dorang carik. Lagi satu bila mama tidur awal, Papa aje lah yang melayan dorang kt ruang tamu.

Lepas Magrib, dedua HM yang tak sihat ni dah tertidur. Tinggal la kakak merayu-rayu mama tolong siapkan homework dia.


Macam biasa if tinggal sorang dengan anak-anak yang demam, terpaksa lah bangun beberapa kali sepanjang malam. Pastikan suhu badan dorang tak tinggi dan layan permintaan mintak susu dorang. Mujur juga dedua budak ni tak muntah or berak-berak dah.

Dan hari ni, saya rasa mengantuk yang amat. Sekian

Resepi lobak putih goreng campur

Ni lauk diner saya malam td. Memang dh lama tak makan sayur lobak putih ni.

Aritu sibuk berdikusi pasal makanan penambah susu dgn geng geng Ladybos saya. Dan dh berhari hari plak saya dok cari lobak putih tapi tak jumpa kt kedai runcit berhampiran. Baru semalam bertemu jodoh ngn lobak putih kt MyMydin Subang Bestari ni.

So ini dia resepi simple saya.

Bahan-bahan:
Lobak putih
Celery
Ayam dipotong kecil
Satu inci Halia dihiris halus
Sebiji Bawang merah dihiris
Seulas Bawang putih dihiris
Sebiji Cili padi
Garam dan gula secukup rasa.

Cara masak:
Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga wangi. Masukan secubit gula.
Masukkan ayam dan air, tunggu sehingga ayam masak.
Masukkan cilipadi, lobak putih dan celery
Garamkan secukup rasa dan tunggu sebentar sehingga sayur masak.
Siap dan bolehla makan.

Hehehe. Sedap juga. Hilang rasa tawar dan payau lobak putih. Berbau harum gabungan celery dan halia. Habisla semangkuk ni saya makan sorang.
Published with Blogger-droid v1.7.4

My Super-Men

Hari ni nk tepek gambar my super-heroes are my SUPER-MEN plak. Uppss seb baik dorang tak pakai costume!




Hehe sempat lagi bagi senyuman kt mama.

Dah siap tolak kereta yg double-park belakang Alza kami, SuperMen pakai baju bola ni pon masuk kereta.
Bila tanya Abang penat tak? "Penat la" jawab dia.

Haha macam iyer sangat la dia yg tolak. Padahal konpom kudrat Papa yg gerakkan kereta tu.



Aksi Si Comel

Mama dera, Suruh Hilda berdiri tp bersandar kt sofa tu. Mula mula senyum manis je.

Buat aksi comel pandang kamera.
Aksi sexy plak..hahaha!

Layan lagi.. gelak gelak takut sebab dia rasa nk terjatuh dah tu. Taktau nk pegang apa.


Abang dan kakak datang bagi moral support. Tak jatuh la dik..tengok kitorang..boleh diri sambil angkat tangan lagi..Tak jatuh pun!!!

Akhirnya tangan kiri berjaya pegang sofa kt belakang tu..




13 Jan : Happy 10th Months Hilda Marissa

Salam Jumaat semua!

Salam hari ceria penuh berkat. Saya bermood gembira sebab sedang berbaju baru ~kt opis ramai kawan  kata baju ni cantik hihi~ dan tentunya sebab Hilda dah genap pun 10 bulan hari ni. Alhamdulillah.

Syukur Ya Allah, masih murah rezeki Hilda dalam perjalanan fully-BF nya. Tak mudah tapi juga tak sukar berjuang dalam perjalanan ini. Selagi semangat, azam yang tinggi dan usaha tanpa henti Insya Allah kami terus berada dilandasan dan akhirnya bertemu dipuncak kejayaan. Jauh lagi perjalanan : 14bulan lagi! Phewww!

Saya teringin nk cuba resepi E-Me-Fi dari Mommylna. Katanya boleh boost penghasilan susu. Bila dia cuba, terus engorge katanya lagi.



Sedikit update tentang perkembangan Hilda.

-masih seorang yang good eater. Suap apa saja, konpom telan (no salt/ no sugar )
-current weight tak pasti sebab dah lama sgt tak pegi timbang berat dia.
-masih lagi meniti sambil pegang sofa / meja TV
-masih belum ada gigi
-dah boleh menyuap sendiri dengan baik fruit-cube/slices.
-dh boleh pegang botol sendiri utk menyusu.
-suka menjerit kuat bila marah
-masih menangis bila bangun pagi tapi mama takdek disisi
-pandai senyum bila mama acukan kamera kearah dia.
-patuh arahan mama bila mama tak bagi main bawah ampaian baju.


I love u my dear Hilda. My comel and always comelsss dotter!



Hannah Marissa : Milestone

Salam semua!


Semalam saya tak mencoret kt sini. Sebab macam biasa BLUR haha!


Hari ni 12 Jan 2012, genaplah umur Hannah Marissa 4 tahun 1 bulan. Tapi kt tadika, dia adalah pelajar 5 Tahun.. Nasiblah si anak yg lahir dihujung tahun. Saya tak lah treat dia as a 4year old child pon. Sebab dia tetap kena bersaing dgn anak-anak yg memang dh 5 tahun.


Alhamdulillah, sejak masuk tahun baru ni, dia dh lebih berdikari. Kejayaan terbaru adalah berjaya poopoo di toilet. Kalau tahun lepas dia mintak dipakaikan pampers pastu dia nyorok dalam bilik, bila dh setel dia kata 
"MAMA..DAHHHH"


Tapi sekarang ayat MAMA..DAHHH ni cuma disebut bila dia dh setel urusan ditoilet. Start dari masuk toilet, panjat utk duduk di toilet bowl dia boleh buat sendiri dah. Alhamdulillah, senang keje mama. Jimat RM Papa takyah allocate pampers utk dia dah.


Anak dara sulung ni jugak dh boleh diharap menyapu serbuk-serbuk biskut adik bongsu dia sepahkan kt lantai. Dengan sendiri pegi amek penyapu dan penyodok dari yard, then dia sapu dari kawasan bersepah sampan depan pintu. Saya ingat saya perlu sapu sekali lagi, rupanya dh tak perlu sebab memang bersih disapunya. 


Anak dara sulung juga dah boleh diminta tolong masukkan baju kotor kedalam washing machine. Kalau boleh dia nk tekan-tekan button kat machine dan masukkan sabun. Tapi mama belum bagi green lite lagi. Bila kain dah siap dibasuh, dia dipanggil utk tolong sangkutkan baju dia kt ampaian umbrella. Bab sangkut menyangkut ni pon si boy-boy-boy pun takmau ketinggalan. So sila sangkut baju masing-masing ye. Walaupon pergerakan agak perlahan, pekerjaan agak lambat disiapkan tapi saya happy dorang sudi membantu. 

Self-confidence Hannah juga semakin baik. Tak malu-malu dengan orang baru yang dia jumpa, malah sangat aktif bila dibawa kemana-mana. Contoh terbaik adalah waktu saya bawa ke diner kompeni hujung tahun lepas. Dia boleh bermain bersama kawan-kawan baru tanpa perlu saya temankan.


Selera makan juga semakin baik. Tak perlu lagi paksa memaksa dia makan. Badan pun dah nampak semakin berisi.


Dan yang paling saya tak tahan nk tersenyum setiap kali teringat, saya rasa Hannah ada crush kt seorang budak laki ditadikanya. Kalau bercerita tentang budak tu, dia memang sangat bersemangat dan senyum juga lebar ke telinga. Pernah satu hari, saya tengah angkut beg-beg dorang masuk ke kereta, parent si budak lelaki sampai..dan budak lelaki tu pon keluar menuju ke parents dia, Hannah terus bereaksi agak pelik tak mau masuk dalam kereta. Muka memang berseri-seri tersenyum. Saya toleh, rupanya budak lelaki itu. Patutla Hannah bereaksi begini!! Hahaha!!


Hannah oh Hannah...


Papa kata Hannah ada tahi lalat dekat gigi. Hihihih!!!




Jawapan

Jawapan kepada gambar semalam.

Gambar 1 : Sekinchan Ikan Bakar
Amirah dgn kak Haniz Azla, awak berdua betul! Tapi Amirah jawab dengan lebih pantas, jadi Amirah sila bagi no akaun maybank anda kt emel saya.

Gambar 2: D'Arab Cafe.
Ida, awak jawab hampir betul tp tak berapa tepat sebab saya nak nama restoran. jadinya nnt saya bagi awak freegift satu ye. Hehe! 

Yang ni lagi satu makanan yang saya first time ever rasa. PATCHI.

Sedap! Dapat free, lagi la bertambah2 sedap rasa sedapnya tu hihi.




Wishlist Checked dan Simple Kuiz

Salam pagi Isnin!

Jom jamu mata jap dengan gambar makanan.

Ni yang berdua ni adalah my tekak wishlist. Alhamdulillah dah berjaya masuk ke tekak, perut dan dotdotdot!!

Jom buat kuiz jap. Kat mana saya mendapatkan makanan-makanan ini. Kalau ada pemenang yang tepat bagi mana-mana gambar saya bagi hadiah ok! Dan peneka yg pertama yg teka dgn betul je la akan dapat hadiah ni.

Gambar pinjam. :D

Klu : Seekor ikan siakap bakar ini sahaja berharga RM59. Gulppp! Terkojut jantung den tengok harga ikan ni masa dapat bil. Tapi diampunkan sebab SEDAP!!


Klu : Gambar atas ni bukan pinggan saya. Ni pinggan suami saya. Nasik sedap, ayam sedap..harga berpatutan. Sepinggan ni harganya RM13++. Menu saya pon berkisarkan nasi dan ayam. Tapi harga pinggan saya murah sket RM11++.

So boleh mulakan tekaan dengan mengkomen dibawah entry ini. Jam 6petang karang saya check jawapan. Esok saya umumkan pemenang yang berjaya meneka dengan tepat.

Hadiah dia??? RM10 transferable ke akaun anda :)

pssstt : Pagi tadi pon saya dapat RM10 sebab menjawab soalan kuiz by HSE Department waktu Weekly Corporate Day.
Soalan : Apakah 3 jenis hazard yang terdapat dirumah. Hehe yg ni korang takyah ler jawab :P

Dine Out : Movenpick Marche

Salam Jumaat semua:!

Ni kisah our dine-out. Sesekali memang kami akan makan-makan kt luar perabis duit. Haha!
So kali ni, kami makan dekat Movenpick Marche, The Curve, Mutiara Damansara. Dah lama jugak aim since makan kt Bubba Gump dulu. Then masa cuti new year aritu, saje post kt wall FB tanya suggestion for lunch. Ada sorang kawan, suggest Marche ni. So  apalagi, jom kita try! Tapi kami datang for diner lah.

Area lobi The Curve memang masih meriah dengan decoration Krismas. Penuh ruangan tu dengan pokok-pokok dan lampu-lampu. MERIAH! Snap gambar dgn anak-anak dulu.



Dah sampai depan pintu Marche.

 

Nampak long queue jugak tp tetap beratur kot-kot masih ada seat kosong untuk kami. Yup memang ada :)




So register, dan saya diberi 2 keping Marche Passport. Pinjam gambar passport blogger lain, sebab saya terlupa nk snap kami punya. Jangan sampai hilang Passport ni tau! Kalau hilang denda adalah RM200.

credit picture : Vianlee
Kami dibawa masuk kedalam restoran dan carik meja yang sesuai utk kami berlima. Dapatla duduk kt meja bawah signboard Marche nih. Luas jugak restoran ni. Kt dalam tu siap ada playground. Nasib baik jugak lokasi playground dengan meja kami jauh. So attention anak-anak tak teralih ke playground tu dan dorang tak perasan pon ada playground tu!!


Everybody pose dulu before mama meronda carik makan.






Seriously saya tak pernah google lagi kekdah dan cara makan kt sini. So agak blur memula tu. Rupanya saya perlu bawak Marche Passport tu ke booth-booth makanan. Buat order, staff akan cop passport tu dan saya perlu tunggu dalam masa 5-10minit bergantung pada menu yang saya order. Lepas 5-10 minit tu, pergilah collect makanan yang dh siap disediakan.

Drinks

Grilled menu
Dalam masa nk order tu, saya teliti juga menu dan harga yang di display. Kalau sukak-sukak hati mintak itu ini, siapkan wallet anda tebal-tebal sket hihih.

So ini saje menu yang saya pilih. 

Grilled Chicken Chop with mashed potato : RM14.90

Chicken Pizza : RM23++

Large Mushroom soup : RM9

Hot Cappucino : RM10.90

Ice Chocolate : RM10.90
Itu saje :)
Teringin gak nak amek pasta, tp anak-anak dan suami kurang gemarkan pasta. So nanti saya soranglah yang banyak makan. OUhhhhh no no! So saya just pilih apa yang memang dorang konpom makan dan akan habiskan. Tak baik membazirkan. Tapi dalam hati teringat-ingat juga dessert yang ada kt sane. Takper lah, maybe next time boleh datang lagi.

So bila makanan dah ada atas meja, berdiner lah kami sekeluarga :)
 



Hadif diner dgn separuh potongan pizza dan susu DL dia je.


Hilda pulak, makan biskut rusk dan juga roti pizza. Menjerit-jerit dia nk capai makanan atas meja.


Kakak Hannah memang berselera disuap Papa. Banyak jugak dia makan.


Mama senyum je lebih tapi sebenarnya tengah geram kt Hadif sebab takmo makan sangat.




Okeh dah abes pon bersantap. Gambar-gambar lagi. Tengok cik kak Hannah, dh kenyang makan chicken and pizza, masih mintak susu sebagai penutup diner dia. :)




Sekian kisah geng baju kotak-kotak punya diner.
Rating saya bagi, 3/5 utk makanan (pizza) yang saya order sbb saya rasa pizza ni tawar..Sedap lagi pizza Domino :). Dan 4 utk soup dan ice chocolate. Chicken chop tu saya tak sempat nk rasa hehe!
Dan bil, seingat saya RM77++. Maybe boleh datang lagi utk cuba menu lain pulak.


 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®