Salam Ramadhan dan GA close

Alhamdulillah, syukur kita diberi peluang bertemu Ramadhan lagi tahun ini. Marilah kita sama-sama beramal ibadat mengumpul pelbagai kebaikan bulan berkat ini.

Selamat bersahur, berpuasa dan berbuka kepada semua reader blog mommalydzar ni. Tak kiralah yang aktif hari-hari mesti jengah ~ada eh?~, yang rajin tinggal komen, yang silent reader dan yang baru-baru nk kenal dgn mommalydzar and her stories.

Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan

niat puasa sebulan
Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini  kerana Allah Taala

credit : chokilala


Untuk makluman, dengan ini saya juga menutup penyertaan GA dari Kedai Triple-S. Insya allah esok kita buat cabutan yer. Maklumla, esok saya terpaksa lah amek EL since sekolah anak-anak saya tutup sempena awal Ramadhan ni. Kita tengok siapa yg bertuah yer..



Diner at Bubba Gump Shrimp

Diner di petang hari Sabtu :) ~ehehe gambar-gambar akhir sebelum masuknya Ramdhan..ampun yaaaa~

selingan saje ~ bukan diwaktu kejadian diner pon :P
First time nih makan kt Bubba Gump Shrimp nih. Memang dh lama pon berhajat. Sebelum ni asek terbantut je hasrat nk mengajak cik Abg ke sini. Tapi bila pikirkan balik, bila dh berhajat tu baik tunaikan sebelum tak sempat..ye tak? Tidak la kempunan nanti.

So lepas Asar tadi kami terus gerak ke The Curve. Dekat je dgn rumah, tp jalan ke sini selalu je nak jam. Memang terus direct to the point je, tak menyinggah cuci mata pon. Maklumla perut memang lapar. Cik Abg pon blom lunch lagi.

Kami pilih meja, dan terus waiter bagi menu booklet. Mengadap la menu tu 5-10minit gak. Tak pernah try food kt sini lah katakan. Tu yang terkedu sat. Terkedu tengok price list pon ye hahaha!!

Do Not Disturb sign

Menu booklet.
Setelah digesa oleh Cik Abg yang sedang lapar utk mengorder cepat, maka tindakbalas refleks pon dengan segera memilih menu.

Of course we have scampi.. my menu but change to  chicken scampi

Barbeque Chicken - menu Cik Abg
Cer tengok price menu BBQ Beef tu..mak aihhh!!!

Run Forest Run ~ Cik Abg punya
Dah setel urusan order, Cik Abg bawak Hannah dan Hadif tengok live band kt Restoran Asam Pedas kt bawah tu. Tapi just tengok dari level atas je lah. Tak lama lepas tu, saya tengok dorng dh hilang ntah kemana. Tinggalla saya dan Hilda menunggu order.

First menu yang sampai adalah ini :

Tengok gambar je dah meleleh air liur

Real presentation

Close up
Dihidangkan masih panas. Mak aihhh sedap tak terkata. Dengan aiskrim dan kacang dia tabur atas tu memang rasa dia menyengat lah. Tak rugi order. Macam biasa acara tengok sambil air liur meleleh si Hilda. Kesian dia. Hanya mampu tengok. Nak merasa kompom la ditegah oleh mama.

Run Forrest Run

Saya punya tak ingat nama
Later tibalah main dishes. Bila makanan dh sampai, saya call lah suami saya tu suruh dia kembali ke meja. Rupanya dorang ke MPH. Memang leka lah kalau dh masuk sana.

Seterusnya acara makan nomnomnom lah. Lepas amek gambar, terus letak henpon dan makan. Tak dan dh nk snap-snap lagi. Busy makan dan busy menurut perintah anak. Taknak itu taknak ini. Nak guna sudu takmo guna tangan tetiba nk guna tanganlah takmo guna sudu..Haih!

apa ke heii nya letak ayam atas sokkaba ni??

nampak mcm boring je benda ni kan..tp rasa dia not bad lah

Anak-anak share menu mama. Terima kasih uolss, sebab u all lah mama tak dpt makan byk. So mama mentenlah kurus ~perasan!!!!!!~ Hadif makan byk jugak ayam yang ada dalam pinggan dia. Nampak berselera compare kalau disuap nasi. Hannah pulak takmo ayam, hanya makan Linguini saje. Apa-apalah anak anakku yang penting korang makan ~

Ustaz Hadif
Overall..food dia setanding lah dengan harga dia. Next time datang bawak duit berkepuk-kepuk sket so boleh try menu-menu yang rm40++ tuuuuuu huhuh!




Bila terlambat bangun sahur, apa yang membantu?

Bulan Ramadhan bakal tiba, pasti ramai yang tidak sabar untuk menunaikan ibadah puasa. Suasana Ramadhan dirindui setiap tahun. Puasa itu sendiri melatih jiwa menjadi sabar, membantu membersihkan perut serta melatih kita bersyukur dengan segala nikmat yang ALLAH beri kepada kita.

Sudah pasti kehadiran Ramadhan ini , persediaan awalnya kita menyediakan kurma di rumah untuk berbuka dan bersahur. Apakah kebaikan kurma?

1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

credit

Ikuti rahsia keluarga Kak N berpuasa bersama ESP &Performance drink...

Selain kurma, kami memastikan rumah kami lengkap dengan beberapa supplement terutamanya Energizing Soy Protien (ESP) dan Performance Drink. Sudah menjadi amalan kami sekeluarga , sebelum tidur saya akan membancuhkan satu tumbler ESP bersama Performance Drink untuk di minum seisi keluarga. Ini untuk mengelakkan anak-anak mengalami hidrasi dan bagus untuk kelembapan kulit. Selama bertahun juga kami menjadikan amalan, menyediakan segelas ESP dan Performance Drink bersama kurma sebagai pelengkap sahur dan berbuka.

Apa sebenarnya rasa ESP dan Performance bila dicampurkan? Rasa seperti air lasi (ala-ala vitagen) dan Addin & Nasa menggelarkan air ini ialah air aiskrim.

Boleh juga diamalkan bersama kurma diblend dan dicampurkan sekali dan ia menjadi rasa yang sangat lemak.

Benarkah kenyang dan bertenaga ? Alhamdulillah memang rasa perbezaan yang ketara bila kami terlepas langsung waktu sahur yang mana bangun sahaja sudah azan subuh :( sudah pasti tidak sempat untuk bersahur.

Jika bangun di saat akhir waktu imsak, kami hanya amalkan makan kurma 5-7 biji beserta segelas campuran ESP dan Performance. Ia juga sangat bagus untuk diamalkan oleh ibu yang mengandung dan ibu yang menyusukan anaknya.

Credit : Mommamia 



Promosi ESP + PD disini. Grab now!!

Diner kami

Dua menu ni adalah diner kami 3 beranak malam td. Excluding Hilda dan Papa.

Durian bawak dari opis aritu ada belen lagi satu. Hannah dengan Hadif dom mintak suruh mama kopek sebab dorang nk makan. So jadilah durian ni sebagai pembuka selera dorang. Sebijik tu mmg boleh abes 3 orang. Paling banyak makan of kos la mama ~ngehngeh!~ diikuti Hannah dan Hadif. Hadif tak berapa pandai nk makan sampai bersih lagi. Kekadang rasa macam geram je, sebab baru je gigit sket, dia dh letak kt lantai Ishhh membazir!!



manis lemak berkrim

Mengikut mama ni, mmg suka durian


Cik adik manis yg tensen dibiar je memerhatikan orang lain makan durian. Meleleh air liur lagi!
Abes sebijik durian, mama keluarkan hidangan kedua. Nasik Ambang.
Of kos la nasik macamgini bukan mama yang masak. Mama masak kt kedai je. Hulur RM5, pilih lauk.. siap!!

Memang betul-betul follow konsep Nasik Ambang, makan kongsi-kongsi cuma bukan dalam talam. Rumah mama talam memang takdek OK. So makan la dalam pinggan.

Hannah perabis mee saje, Hadif dok mintak ayam dan ikan masin saje.  Nasik yang banyak tu mama try abeskan, tapi ohh tak berdaya sebab mama sebenarnya menahan sakit perut period-pain. Habis je bernasik-ambang, mama buatkan dorang susu sorang sebotol dan semua orang dipaksa masuk bilik tidur. Tutup lampu-kipas-tv jom kita tidur!!

Haih elok sangat la tu kan, lepas makan terus tidur. Anak-anak OK lagi amalkan gaya hidup macamgini, Mama je yang tak elok. Tak guna amalkan makan Lecithin tapi lepas makan terus tidur. Hari-hari dok telan 3biji Lecithin lepas breakfast dan 3biji lepas dinner konon nak kurus. Ni namanya aktiviti ternak lemak, bukan buang lemak..Kahkahkah!

Ahhh maapkan saje mama tu. Dia kan sakit perut. Bagi la dia tidur terus. Kalau tak bagi kang, mau dia bertukar jadi raksaksa hijau sebab semakin stress.

Papa makan apa? Entah lah..mama pon tak tau dia makan apa. Makan burger budak jual kt dalam stadium kot. Takperlah, pandai lah dia jaga diri dia kt tempat orang. :) Hihi sebab malam tadi dia ke Stadium menonton Harimau Malaya lawan Singapura. 


Kenapa saya tak leh nk komen blog orang ????

Dari tengahari tadi lagi saya tak dapat nk komen blog-blog yg saya dh terjah. Blog yg keluar popup window utk komen dorang. Even saya nk balas komen kt blog saya pon, takleh nk buat..Kenapakahh??

Ada byk blog yg saya dh pegi, bersungguh-sungguh idea keluar nk mengkomen, tp malangnya tak dapat. GERAM ok!!  Especially latest entry kt blog mamasue..Kuikuikui!!

Esok lah ye saya sambung percubaan saya :) Hari dh petang ni ready to go aje. Papa HM dah sms dia pegi tengok bola dgn kawan-kawan dia. Tengok kt kedai mamak je kot tu..Sila sila..

Tengok sorang kt umah tak feel sbb bini dia tak join melayan bola. Maklumla bz-women. Kehulu kehilir entah-kerjakan-apa takdan nk stay tune depan TV.. hikhik!

Ke Wad Pediatrik Hospital Sg Buloh

Lunch time semalam saya, Kak Liza dan Yun. Sempat ke sini melawat Adam, anak Ila yang bongsu.. 






Kesian Adam diserang Broncitis. Ila kata, memang most of budak-budak yang warded dengan kes yang sama. Maybe sebab cuaca sekarang yang panas, kering dan berhabuk kot. Waktu kami dtg semalam, Adam dah recover walaupon belum sepenuhnya. Seronok tengok dia yang aktif.


Adam Ardhani yg comel sangat! Bulu mata melentik abes
With Elmo from us
Aha ni lah Ila, mak si Adam ni. Pening kepala dia pikirkan anak-anak. Dua orang anak terpaksa outsource dekat nenek utk dijaga. Rindu-rinduan lah mereka tak dapat berjumpa since hari Sabtu lagi.


Letih nya lah wak duduk kt ward ni.. Boring potpetpotpet
Petang tu, lepas kami balik Adam dh boleh discharge. Alhamdulillah. But stil kena monitor cara pernafasan dia. 

Teringat saya masa Hannah kecik dulu. 2 kali (umur 3 bulan dan 6 bulan) dia admitted kt Hospital Azzahra, Bangi sebab bronchitis ni.Yang kesiannya, waktu dorang dinebuliser dan difisioterapikan. Nampak mcm seksa sangat. Tapi itu lah dua treatment yang memang wajib supaya dorang cepat sembuh. Menangis ke melalak ke, terpaksa la bertahan tengok.



'Kakak-kakak' nak balik dah ni. Adam hantar sampai ke pintu besar. Mama jaga Adam baik-baik yer. 
BYE - BYE ADAM






Mengandung lagi

Mesti saspen je baca tajuk entry saya tu kan.

Siapa la yang mengandung lagi tu kan..Actually, tu mimpi saya malam tadi. Mimpi saya buat UPT test je. Tapinya dalam mimpi tu, kawan opis saya pulak yang mengandung. Mengandung lagi. Saya buat test, dia pulak yang positif. Hihi. Dah la tu, bila bangun dari tidur, saya tak dapat recall siapakah gerangan kawan opis saya yang mengandung itu. Sampai sekarang saat saya update blog ni pon saya tak ingat.

Anyway, kalau lah betul ada mana-mana opismet saya sekarang ataupon yang dolu-dolu mengandung lagi, saya nk ucapkan TAHNIAH!!

Dan dialam realitinya, memang ada orang yg terdekat dengan saya mengandung lagi. Orang itu ialah kakak sulung saya sendiri. Sekarang dia tengah pregnantkan anak no 3 nya. Dia kawen dulu. 3 tahun kemudian baru saya kawen. Tapi saya dh selamat melahirkan anak no 3, dah besar pon anak saya tu, dia baru nk peknen anak no 3. Laju sangat saya pintas dia kan. Haha!!

Bukan apa, kakak saya ni mengalami morning sickness yang agak teruk setiap kali dia pregnant. Sebab tu dia kata  'nanti lah' bila tanya bila nk tambah askar.  Masa dia pregnant anak kedua ~Yasmin~ dia terpaksa amek unpaid leave dan balik kampung duduk dibawah jagaan emak. Sekarang ni pon simptom-simptom tak lalu makan dh mula menyerang dia. Dia kata kalau dia takdek masalah morning sickness macam saya, dia pon dah laju je tambah anak.

Owhh sebab tu la kot saya ni laju sangat pregnant dan beranak tiap tahun. Tapi saya rasa since dh ada 3 orang penyeri rumahtangga ni, renti-rentikan lah dulu mengandung lagi tu hikhikhik!! Kawan-kawan lain yang belum ada 3 lagi, korang kejar saya dulu k. PEACE!!



DORIAN lagi!!

Petang semalam kami berpesta. Kira ni mini pesta, sbb biasanya Pesta Buah ni siap berkhemah bagai. Nama pon dh mini, so kita makan kt tepi parking saja. Tak kesah la mini ke extravaganza ke, yang penting dh ada orang berbaik hati nk belanja.. 

SYUKRAN eh En Azman dan En Azrai :)



 Durian - nampak mcm tak banyak kan. Maybe sebab orang kt opis pon tak ramai sangat, so memang cukup je. Bukan setakat cukup, siap boleh bawak balik lagi. Hehe!

Serang!!!!!
Dah siap kopek, tinggal makan je.
Wajah-wajah happy makan durian
Pilih pilih jangan segan

Ada jugak rambutan dan manggis. Tapi saya tak makan pon dorang tu, sebab kureng minat. Dok pulun durian je sampai pening.
 



Haaaa..yg ni bermula sesi tapau. Masuk plastik masing-masing nk berapa kilo. Saya amek 2 plastik, letak manggis dan rambutan banyak, then amek 4 biji durian. Khas utk cikgu-cikgu Trio HM. 

Satu plastik lagi utk suami dan anak-anak kt rumah. Saya durian 3 biji, amek rambutan dan manggis beberapa biji saja sbb saya tahu takkan boleh abes kalau kaut banyak2..


Balik rumah sambung lagi makan durian sampai pening.. Huhu..Tapi best sangat sebab malam dan pagi tadi hasil pumping saya lebih dari biasa.. Bila hormon happy datang, memang susu pon boleh bertambah :D

July Birthday Gathering @PBJV

Wahhh dah tengahari rupanya. Saya tak update blog saya lagi rupanya. Hehe!!

Hari ni ada makan-makan kt opis..YEAY! Macam biasa, acara bulanan menyambut birthday staff dan juga solat berjemaah. api bulan ni ditambah lagi satu acara menjadikannya 3 dalam 1 sebab makan-makan ni juga bersempana ramadhan yang bakal menjelma Isnin depan. Dah tak lama kan?

Sape belum abes ganti puasa?? Angkat tangan. Cepat buat sementara sempat. Kalau dh tak sempat, kena bayar fidyah la..Sambung ganti lagi lepas raya nanti.

OKEH, saya ada kerja lagi nih..Actually nk bukak Mayban2u.com jer. Kerja bayar hutang dan bills. Hehe..acara rutin jugak ni tiap kali dapat gaji..

Nanti kalau ada gambar menarik sekitar majlis, saya upload okeh!

pssssttt : dengar-dengar agi tadi, ada bos nk belanja makan durian petang nnt. Kalau kompom, seronoknya saya!!!



Makan Durian

Salam Isnin!!

Semalam kan. saya excited sungguh nak ke sini.

So lepas En Abg saya settle hal-ehwal dia, petang semalam kami pon zasss ke sini. Lokasi : Padang Kota Damansara. Pegi together dengan family adik saya Fitri (Pit), Adah his wife dan Aisyah their dotter..

Malang  memang tak berbau durian. Tetiba je tokei durian kata set buffet dah abes.
Ceh habes la pulak~!  Tapi since dah sampai, duduk je lah jugak utk mengelakkan rasa mengidam bak orang mengandung. Nak survey kt pasar malam dah malas dah. So kami pon duduk je la menikmati durian sekilo RM10 nih.

Dan dan kan tokei tu kata abes. Saya syak, bukan habis cuma dia tukar taktik. Since weekend memang ramai yang menyinggah, utk mengaut keuntungan yang lebih, dia cut la promosi bufet durian tu. Dan buat harga biasa. Dari 10 kereta yang masuk dan singgah, mesti ada la jugak 5-6kereta yang akan stay walaupon dikatanya buffet set dah abes. BIJAK kang dorang ni!!!!!

Berbakul-bakul!!

Durian D24

Durian Udang Merah

Dia makan 5-6 ulas

Dia makan 2 ulas itu pon tak habis

Adah, Pit dan Aisyah

Papa kopek durian

Nyamnyam!!

meleleh je air liur Hilda tengok orang lain makan doyan

geng air liur meleleh

Acik!! Nak doyan boleh tak?

ABC peneman doyan


pekena laksa jugak

mereka makan doyan walaupon hampa buffet dah takdek

Hadif, jom kita main dekat durian

Banyaknya!

Hanah cuit duri, hadif peace 5 jari

Tak de kebun durian, dengan bakul durian pon jadilahh



March babies

close up Hilda Marissa dan Aisyah Humairah

TQ papa belanja :)

Jadilah atleast dapat jugak merasa durian setelah kempunan dengan acara Pesta Buah PBJV yang tak jadi..hukhukhuk!




 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®