Dah lama tak cerita pasal breastfeeding. Hari ni nak cerita pasal dugaan dalam BF journey yang ketiga.
Tidak kusangka tidak kuduga.. ia adalah permulaan dugaan saya.
Saya memang saspek Cik Puan Noriday telah menyebabkan kejadian INI. OK fine, saya terpaksa redha diziarahi oleh rutin bulanan seorang wanita.
Sebelum diziarahi rutin ni, saya memang ada try makan Cik Puan Noriday. Since Doktor suggestkan ia, kt forum/group FB pon ramai yg suggest, so without hesitation saya pon mencubalah. Selepas lebih seminggu, my 1st menstrual period came. Dan production susu jugak mula down. Hmm saya tak pasti apakah perkaitan rapat antara mereka berdua ni, tp saya rasa saya nk tuduh Noriday penyebab my menstrual datang cepat..Huhu. Last time, saya exclusive BF Hadif juga tanpa mengambil sebarang planning method berbentuk pil, dan saya hanya didatangi period masa Hadif dah berusia 9 bulan.
Lebih 2 minggu production susu saya sungguh mengecewakan.Setiap kali mengepam, hasil paling banyak hanya 3oz. Balik ke rumah dengan total collection of 8 - 9 oz sahaja. Sedih. Seawal usia Hilda 3bulan ++ saya diduga.
Berbekalkan semangat juang yg tinggi, saya jadi lebih akrab dengan pam manual saya dirumah. Saya tambah 3 kali sesi mengepam (sambil tandem nursing) dirumah. Kadang-kadang saya bawak balik Spectra3 yang berat itu balik supaya tangan saya dpt berehat sekejap. Tau lah kan betapa lenguhnya menggunakan pam manual.
Prinsip asas breastfeeding saya masih teruskan. Pemakanan saya jaga disertai pengambilan vitamin mengikut jadual yang teratur. Dan keSABARan adalah perkara yg saya perlu tingkatkan.
Alhamdulillah. semenjak semalam saya dh dapat merasa betapa manisnya erti kesabaran tu.
A total of 5oz per session saya dapat..Jangan tanya kenapa berbeza amaun antara 2 botol ni, sbb dari anak pertama lagi memang beginilah rupanya. :)
Tahukah anda pengambilan kalsium dapat membantu sewaktu period?? Nak dapatkan info lanjut tentang OSTEMATRIX ~kalsium Shaklee~ boleh hubungi saya ye!
Nak Berniaga Tapi Tak Tahu Bagaimana Nak Mula?
-
Zaman ekonomi mencabar sejak tahun 2014 ni memaksa ramai orang mula
mengintai peluang untuk dapatkan pendapatan sampingan atau side income.
Dah cukup berj...
6 words from u:
happy breastfedding...rezeki anak tetap ada
berbeza anak berbeza gak pengalaman kan lydzar
syoknye.. saya boleh dapat paling byk pon 2oz ++ jek 1 sesi.. sedih jek..
ad biasa satu sesi dapat 8oz....tapi semenjak adam dah duk kampung ni....dah semakin menurun.....satu sesi dapat dalam 2oz jer...dah malas nak pam....tak lama lagi kering lah ni
alamak...tadi ibu atia terkomen guna akaun ayah...harap tak keliru...
-Atia Adina-
Hi Lydzar,
Nadia pun mula rs mcm susu a lil bit merudum.Sebab asyik negative aje.Baby minum kat nursery lebih dr apa yg pump kat offc .Dekat2 nak puasa ni lagi lah tension!
Bila dah balik rumah,dah susah nak pump. Dua2 nak hang aje..
Apa2 pun..dont give up dear! ;)
Post a Comment