Mengandung lagi

Mesti saspen je baca tajuk entry saya tu kan.

Siapa la yang mengandung lagi tu kan..Actually, tu mimpi saya malam tadi. Mimpi saya buat UPT test je. Tapinya dalam mimpi tu, kawan opis saya pulak yang mengandung. Mengandung lagi. Saya buat test, dia pulak yang positif. Hihi. Dah la tu, bila bangun dari tidur, saya tak dapat recall siapakah gerangan kawan opis saya yang mengandung itu. Sampai sekarang saat saya update blog ni pon saya tak ingat.

Anyway, kalau lah betul ada mana-mana opismet saya sekarang ataupon yang dolu-dolu mengandung lagi, saya nk ucapkan TAHNIAH!!

Dan dialam realitinya, memang ada orang yg terdekat dengan saya mengandung lagi. Orang itu ialah kakak sulung saya sendiri. Sekarang dia tengah pregnantkan anak no 3 nya. Dia kawen dulu. 3 tahun kemudian baru saya kawen. Tapi saya dh selamat melahirkan anak no 3, dah besar pon anak saya tu, dia baru nk peknen anak no 3. Laju sangat saya pintas dia kan. Haha!!

Bukan apa, kakak saya ni mengalami morning sickness yang agak teruk setiap kali dia pregnant. Sebab tu dia kata  'nanti lah' bila tanya bila nk tambah askar.  Masa dia pregnant anak kedua ~Yasmin~ dia terpaksa amek unpaid leave dan balik kampung duduk dibawah jagaan emak. Sekarang ni pon simptom-simptom tak lalu makan dh mula menyerang dia. Dia kata kalau dia takdek masalah morning sickness macam saya, dia pon dah laju je tambah anak.

Owhh sebab tu la kot saya ni laju sangat pregnant dan beranak tiap tahun. Tapi saya rasa since dh ada 3 orang penyeri rumahtangga ni, renti-rentikan lah dulu mengandung lagi tu hikhikhik!! Kawan-kawan lain yang belum ada 3 lagi, korang kejar saya dulu k. PEACE!!



10 words from u:

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

akak sy pon pregnent gak ari tu..tapi miscarried plak..takde rezeki kan..nak buek camno..

amirah said...

nak kejarrr..nak kejar...hehehe..lydzar takde morning sickness ek..

*azni* said...

saspen betul bila bc tajuk tu..haha..terkena sy pg ni..

Hanis Azla said...

ingat lydzar td. he..he.. akak pun mabuk teruk mcm kakak lydzar tu.. mmg sebulan tak boleh nak pergi kerja.. tak boleh makan takpe lagi.. minum pun tak boleh.. itu yg lg flat tu.. Alhamdulillah dah lepas 3 dan dah ckp corum.. adik akak pun dah potong akak.. 4 org dah anak dia.. mmg tak tahu boleh kejar ke tidak ni..

AzMask said...

Ingatkan Lydzar peknen lagi... kencang gitu.. :)

Iela Fazielah said...

saspen tgk tajuk... mcm2 peel bila pregnent ni kan...

wahida said...

doakan aku...teringin nak ada baby girl lak pas ni...hehe...

zaidah said...

kakak lydzar sama ngan zai setiap kali peknen mesti morning sickness ....sampai masuk spital...

nieda said...

get well soon adam

pizet said...

lmbt g pizet nak kejar 3 tu kak...ni dah rehat 3 tahun

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®