Blurrrrr!

Sungguh blur hari ni. Nak update ape pon takdek idea..APA PON TAK BOLEH!

Beria saya perah-perah kotak fikiran ni nak adakan jugak entry.  Dan akhirnya saya rasa saya nk share cerita pasal Muhammad Hadif Mifzal si anak bujang saya :D

Dia nak kawen ke? EHHH takdek lah, saya belum bersedia nk terima menantu lagi lgpon dia belum sunat lagi hikhik!

Cuma nk rekodkan dialog-dialog kami (papa dan mama) dengan dia.

1) Masa nk ke someplace (tak ingat dah ktmana) saya berkira-kira nk pegi sorang, tinggalkan HM kt kereta dgn papa.

Saya : So cemana dgn budak-budak ni bang?
Tetiba..
Hadif : Bawak laa!

Hehe mmg takboleh nk tinggal..

2) Masa ready nak naik kereta pegi makan satay kt kampung baru ni..dia tengah tunggu turn dimasukkan dalam kereta.
Hadif : Mama, kt situ ada antu tak? ~muka selamba..sambil tuding jari ke tempat gelap..~

3) Masa tengah tunggu lif
Hadif : Mama, kt situ ada antu tak? ~muka selamba jugak..sambil tuding jari kearah pintu yang ada cable letrik tu~


4) Lepas bergaduh dengan kakak.
Hadif : Tak nak kawan kakak dah ~tersedu-sedu abeskan nangis~

5) Mintak air
Hadif : Mama, nak air KUPI boleh tak? ~mana belajar budak ni minum air kopi!!!~

6) OTW pegi sekolah.
Hadif : Mama, mana abang ~sambil tercarik-carik orang naik motor~
Mama : Ni kan abang ~tunjuk kt diri dia~
Hadif : Bukaaaaaan..ni Adif la

Yang paling seronok dengar adalah tone dia yang lembut bila bercakap dan sebutan setiap perkataan dia sebut satu persatu. COMEL sangat!

Mode : Rindu kt Hadif :)



14 words from u:

amirah said...

bila dh pandai cakap rasa comel gerammm je

fazilzura said...

comel nye dia..

lawo le header awak ..

* salam kenalan dr fazilzura

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

heheh clever boy.

nak sgt ke antu..kang dia menjelma betui2 lari lintang pukang la kamu heheh

kemma said...

haha..comeiii..sme je ngn ammar...dia pnggil abang dia adik..klo kita ckp bukanla..tu abang...adik jugak yg dipanggil..klo kita tunjuk ni spe kat dia...ni ammar..comeii tgk prgai ank kecik ni..

lydzar said...

@amirah memang pon..seronok melayan dia sembang

lydzar said...

@fazilzura salam kenal juga fazilzura :)

lydzar said...

@rose --{@ ibuRafiq @}-- tu la aunty..nk sgt jumpa hantu...eiii mama takmo!!

lydzar said...

@kemma ammar agak2 sebaya hadif kan..hehe dh nk jadi abang dah dia :)

Aimmie Qistina said...

salam perkenalan..jenguk sini tengok hadif

eMMe said...

lydzar, jadi la....anak laki sowang...perlukan perhatian lebih anak2 nih..taknak dia rasa terasing, tambahan pula dah ade adik...hihihi...

Iela Fazielah said...

wah..mmg pandai hadif ckap ek..satu2.. irfan tu bila dgr2 balik ayat dia ckp mmg dah seketul2..tp stakat 3patah je lah..

ayu said...

alamak lydzar..hariz pun suka sangat sebut, sikit2 ada hantu..huhu..seram eden dengarnya..

akubiomed said...

Berapa frame main dan berapa yang strike?

NormaLiza Mah said...

singgah seketika utk klik2... dan baca entry..
terjah seketika di laMan saya dan klik2...
salam persinggahan

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®