Semalam nampak gaya saya macam happy sangat kan?
Tak sabar-sabar waiting for weekend. Semalam memang hormon gembira saya bertaburan diseluruh saraf.
Tapi kan, sekelip mata juga hormon gembira tu lenyap menyorok bawah selimut bila menjelang petang.
Petang semalam, sampai dirumah saya perasan badan anak bujang saya agak panas.. Setel saya simpan EBM dalam peti ais, baru lah saya duduk mengadap dia. Pegang kepala cek suhu..then saya perasan ada bintik-bintik merah dibelakang leher dia. Dia pun mengadu gatal.
Saya dah agak dah perkara ni akan berlaku. Gelombang kedua 'cikpok' versi Hadif dah menyerang. Bila saya buka baju Hadif, memang ada banyak lagi bintik merah di badan dia. Terus saya call hasben saya dan mintak dia balik rumah segera sebab nk bawak Hadif ke klinik.
OTW ke klinik, saya terfikir..hancur lebur lah ke'excited'an saya utk bergathering esok. Serius saya sedih. Dah bersiri-siri gathering saya tertinggal. Tapi pagi ni dah timbul mentol idea agar saya tetap dapat bergathering asalkan dapat persetujuan dari cik abg saya. Hopefully impian saya esok tetap jadi kenyataan. Saya mahukan a win-win situation utk planning hari esok.
Dua tiga menjak sekarang ni, saya perasan dalam banyak-banyak kegembiraan yang saya dapat, tetap terselit satu kesedihan. Dan dalam banyak-banyak kesedihan. tetap akan terselit kegembiraan. Memang realiti kehidupan. Adalah sangat tak wajar utk saya merasa sangat depress dan tension.
Allah Maha Adil. Dia tak bagi saya rasa terlalu gembira agar saya tak lupa diri..Dia selitkan ujian agar saya menjadi seorang manusia yang lebih matang dan bersyukur. Dan Dia hanya berikan ujian yang mana saya mampu menanganinya. Semoga saya akan menjadi seorang yang lebih bersabar nanti.
Nak Berniaga Tapi Tak Tahu Bagaimana Nak Mula?
-
Zaman ekonomi mencabar sejak tahun 2014 ni memaksa ramai orang mula
mengintai peluang untuk dapatkan pendapatan sampingan atau side income.
Dah cukup berj...
8 words from u:
Sabar banyak.. InsyaAllah semuanya dapat di lalui dengan baik.
mmg dugaan...tak pe lah lydzar, yg penting anak ko cepat sihat...
itulah namanyer dugaan sabor yer lydzar...
dugaan Allah tanda Allah sayang kita.. Semoga segalanya berjalan lancar dan semoga anak lydzar cepat sembuh..
sabaryer lydzar..... hopefully din leh tlg jaga anak..kasi can la wife dia nak berhappy2 bang semalam je....
org selalu ingatkan, jangan suka sangat.. sbb mesti ada duka sebaliknya kan..
x pe la, anak kan lagi penting..
memang selalu camtu tp takpela..ada ruang untuk kita beringat2..moga hadif cepat ok
ustaz ckp...Allah bg sakit untuk lebih sihat...susah untuk senang...:)
Post a Comment