Tumpang berteduh di rumah jiran

Hari ni Hilda yang bercerita..


Baby kat bawah ni, nama dia Aqil. Dia ni anak opismet mama saya. Anak aunty Ana (Norhana).
Semalam mama bawak saya pegi jumpa dia. Pegi rumah dorang la. Mama jarang bawak saya pegi rumah kawan-kawan dia. Yang pasti tiap hari lepas mama amek saya dari sekolah, mama bawak saya balik rumah terus. Tapi semalam entah kenapa dia bawak saya pegi kedai makan dulu. Bila dh siap makan, mama bawak saya pegi rumah Aqil pulak. Saya suka pegi jalan rumah kawan :)


Masa kt rumah Aunty Ana, saya dengar mama cerita kt dia. Rupanya mama saya tak bawak kunci rumah. To make thing worst, rupanya Papa saya pulak balik lambat. Dia on the way balk dari Penang. Masa mama saya call Papa, Papa masih belum sampai kt Ipoh. Patut la saya tengok muka mama saya menggelabah je masa kt kedai makan. Lepas tu asek tot-tet-tot-tet berSMS. Rupanya mama saya tengah berdiskusi pasal plan hala-tuju saya dgn kakak dan abang sementara nk tunggu Papa balik.


Bila mama saya dh slow down tot-tet-tot-tet ngn henpon pink dia tu, baru la saya nampak muka mama lega. Dah dapat solution la tu. Bila dah azan mama pon makan. Mama saya berpuasa semalam. Abes je makan, terus mama bawak kami the Trio HM pegi ke rumah aunty Ana.


Rumah Aunty Ana dekat je. Cuma kt apartment belakang apartment rumah Mama. Tapi rumah Aunty Ana takdek lif. So terpaksa la kakak dan abang saya panjat tangga satu persatu. Nasib baik cuma kt level 2. Saya je yang best, sebab mama dukung saya. Mama peluk kuat-kuat sebab takut saya jatuh.


Masa kt rumah Aunty Ana, saya behave sangat. Saya pinjam bouncer Aqil. Terima kasih ye Aqil. 


Mama saya pening kepala jugak dgn perangai abang Hadif yang lasak kt rumah Aqil Dia siap pecahkan satu hiasan Aunty Ana ~pasu kecik souvenier kenduri kawen~. Saya tengok mama tension je bila abg Hadif buat macam tu. Apa la abang saya ni. Nasib baik Aunty Ana tak marah. Lain kali kita takyah bawak Abg Hadif g jalan la mama...Bawak saya je eh hehehehe.


Dah pukul 9.30pm, Papa saya sms mama bagitau suruh bawak kami balik. 


So saya nk ucapkan TERIMA KASIH pada Aunty Ana dan Aqil sebab bagi kami anak-beranak tumpang berteduh sekejap. Nasib baik ada jiran hehe.
 

Ok mama, lain kali check betul-betul dalam beg tu. Ada semua benda penting ke tak. Harap kejadian semalam tak berulang lagi tau. Nasib baik la Papa balik hari je, tak bermalam kt Penang tu. Kalau la Papa bermalam, macam mana mama nk setelkan problem ni? ~tak pasal-pasal Hilda bebel kt mama~


5 words from u:

:: Mrs.Eady :: said...

alahai bdk tomey ni :)

amirah said...

alamakkkk..mama tertinggal kunci?huhu..nasib baik ada aunty ana kan hilda?

mamasue said...

pagi2 len kali hilda kene la igtkan mama ni...mama bukannye mude lagi, anak pun dah 3 =)

ayu said...

alamak!!! so sweet la bila "hilda" bercerita..hehe..


opsss...mcm mana leh tertinggal kunci tu kan..lepas ni hati2 ye..

tiefazatie said...

wah..sgt comel!hihi
sis..tq ya sudi komen..=)

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®