Durian bawak dari opis aritu ada belen lagi satu. Hannah dengan Hadif dom mintak suruh mama kopek sebab dorang nk makan. So jadilah durian ni sebagai pembuka selera dorang. Sebijik tu mmg boleh abes 3 orang. Paling banyak makan of kos la mama ~ngehngeh!~ diikuti Hannah dan Hadif. Hadif tak berapa pandai nk makan sampai bersih lagi. Kekadang rasa macam geram je, sebab baru je gigit sket, dia dh letak kt lantai Ishhh membazir!!
manis lemak berkrim |
Mengikut mama ni, mmg suka durian |
Cik adik manis yg tensen dibiar je memerhatikan orang lain makan durian. Meleleh air liur lagi! |
Of kos la nasik macamgini bukan mama yang masak. Mama masak kt kedai je. Hulur RM5, pilih lauk.. siap!!
Memang betul-betul follow konsep Nasik Ambang, makan kongsi-kongsi cuma bukan dalam talam. Rumah mama talam memang takdek OK. So makan la dalam pinggan.
Hannah perabis mee saje, Hadif dok mintak ayam dan ikan masin saje. Nasik yang banyak tu mama try abeskan, tapi ohh tak berdaya sebab mama sebenarnya menahan sakit perut period-pain. Habis je bernasik-ambang, mama buatkan dorang susu sorang sebotol dan semua orang dipaksa masuk bilik tidur. Tutup lampu-kipas-tv jom kita tidur!!
Haih elok sangat la tu kan, lepas makan terus tidur. Anak-anak OK lagi amalkan gaya hidup macamgini, Mama je yang tak elok. Tak guna amalkan makan Lecithin tapi lepas makan terus tidur. Hari-hari dok telan 3biji Lecithin lepas breakfast dan 3biji lepas dinner konon nak kurus. Ni namanya aktiviti ternak lemak, bukan buang lemak..Kahkahkah!
Ahhh maapkan saje mama tu. Dia kan sakit perut. Bagi la dia tidur terus. Kalau tak bagi kang, mau dia bertukar jadi raksaksa hijau sebab semakin stress.
Papa makan apa? Entah lah..mama pon tak tau dia makan apa. Makan burger budak jual kt dalam stadium kot. Takperlah, pandai lah dia jaga diri dia kt tempat orang. :) Hihi sebab malam tadi dia ke Stadium menonton Harimau Malaya lawan Singapura.
5 words from u:
bersemangat din dan kwn2 nyer.....xjemu diaorg mkn dorian ek...
syoknya makan durian. malam tadi tengok gak bola tp kt tv jer laa.
hannah boleh geng dengan farzana..zana pun kuat betul makan durian..
best tu layan durian + nasi ambeng.. nyum2..
Selamat menyambut ramadhan utk lydzar sekeluarga..
sedap betui makan durian..budak2 tu bukan main yer...sian hilda muka tak bersalah..hehehe...
Post a Comment