Hilda Marissa - 2 months

Ini budak dah pon almost 2 bulan setengah..

Ahad lepas kami bawak dia pegi inject imunisasi kt Klinik Dr Azhar.

Berat = 4.5kg ~naik sekilo dari umur 1 bulan~

Panjang, ukur lilit kepala Dr tak check pulak..Hmm ni yg kurengnya bila pegi klinik GP je, tak pegi kt klinik kerajaan sebab kt klinik kerajaan, semua benda tu dia rekodkan..

Tak apalah..

Hilda so far very good girl. 
Tak meragam, jarang menangis, tidur yang nyenyak, suka senyum-senyum bila mama ajak sembang, suka hisap mitten nyotnyot srooott srrotttt bunyi dia..
Ddan yang paling penting tetap comel hehe! Sape lagi nk puji anak kalau bukan mak dia sendiri kan :P

Cik mek molek tersenyum :)

Saya suka tidur

Tidur macam ni lagi saya suka
semua belum mandi!



Tapi kesian jugak kat dia, selepas seminggu pegi taska, dia mula dapat selsema. Kelmarin pon suhu badan agak tinggi. Hmm penyakit biasa anak-anak ke taska, kan? Cuma demam tu tak lama, semalam dh ok dah. Cuma selsema masih bersisa. Maybe jugak sebab sejuk pagi..so dia kerap bersin.

Bab ubat, bila suhu badan tinggi memang mama bagi Hilda ubat demam 1ml..tp bila selsema mama sungguh ragu-ragu nak bagi ubat. Dah 4-5hari selsema mama cuma pernah bagi sekali je ubat selsema tu. Mama cuma takut ada effect tak baik sebab bagi ubat selsema/batuk pada budak terlalu kecik umurnya macam Hilda ni. Dalam buku Wardina tu pon, dia percaya yang selsema boleh baik sendiri walaupon mengambil masa yang lama. 

Apa kata kawan-kawan mama?

pssttt : semalam mama saya ngumpat saya dekat aunty Yun. Mama kata saya paling ngada-ngada sebab bila kena cucuk, saya nangis.. tak macam kakak Hannah & abg Hadif yang lebih tabah..dorang tak nangis. Huhu mama tak tau ke, sakit la bila kena cucuk tu!

22 words from u:

amirah said...

kejap je dah 2 bulan..tengok2 nanti kejapppp je hilda dah nak dpt adik lagi..hehe

maslinamansor said...

rasanya ada betul cakap wardina. Baby ada kena bina antibodi sendiri untuk melawan selsema. Anak mas pun tak pernah bagi kecuali selsema yg warna hijau tue... hehehe. (Yg tue bagi mas mcm dh kronik)

AzMaslenda said...

dah 2 bulan.. dah nampak mulat.. ada kawan pakai vicks brand 21st century. Katanya elok utk baby.

Mek Rose said...

siannye sesemer..takpe nnti baikla tu take time..skang pon mosim org sakit

ehehehe..yela mama. mama ni nak kene bobop ye ngumpat hilda? la la la la la

Unknown said...

@amirah hahahahah!! harap2 kejap yang amirah cakap tu dalam 4tahun la kot..kan?

Unknown said...

@maslinamansor hari tu bagi sebab hingus dia hijau gak la..

Unknown said...

@AzMask memang ada gak stok vicks tu kt rumah..nnt boleh la sapu kt dada hilda

Unknown said...

@rose --{@ ibuRafiq @}-- hahaha..hilda mmg manja lebih la aunty..dia tau kot, dia tu anak bongsu..

Anonymous said...

mommalydzar,baby medina tu tecik2 lg dah kene batuk n flu ni sbb jangkit dr kakak dhiya.smp masuk wad tau...dah baik kejap,ni jd balik.mak mamasue nurse kt klinik ibu ngandung dulu...mak ajar,kita baringkan anak kite kat lap,pastu tepuk2 blkg dia...nt hingus dia kluar berbuble2 =)

Anonymous said...

budak2 kecik senang berjangkit lebih2 lagi kalau duduk nursery..kena lebih alert!

Unknown said...

@mamasue tau tau cara ni..ala-ala fisioterapi buat tu kan..utk anak yg dh besar sket macam hannah ngn hadif tu boleh apply tak mamasu?

Unknown said...

@makdara TERdiva tu la MDT, mmg penyakit2 ni sinonim sangat la dgn taska..

ayukhairy said...

kejap je dah 2 bulan kan.. tang puji anak sendiri tu ayu suka sangat...hehe..siapa lagi nak puji kan..

mm..ada benarnya juga kata2 dari wardina tu.. sbb selsema ni kalau boleh biar baik sendiri tapi ambik masa juga la kan..

moga cepat baik ye..

wahida said...

kalau pegi sepital gomen pun dia tak bagi ubat selsema pada budak bawah 2 tahun, tapi kalau gi klinik private, dia bg pulak..tu yg konpius tu...

Hanis Azla said...

dah makin besar si comel Hilda.. mmg comel2 anak2 lydzar.. geram akak tgk..

Unknown said...

@ayu tq aunty ayu..
tp papa asek tanya je 'dh bagi ubat?' mama diam je. huhu

Unknown said...

@wahida tu la kan. ilmu kedoktoran ni lain2 ke kt swasta ngn gomen eh? mana satu nk ikut sebenarnya

Unknown said...

@Hanis Azla hehe mg geram kak. nk gigit je rasa..nasib baik anak, bukan donut kihkihkih..

JMR said...

cutenyer hilda tido..hehehe

Anonymous said...

just nak share :)

kat US nih diorg mmg tak bg ubat selsema/batuk to kids under 3. baru2 nih diorg naikkan lg had umur. sampai 5 y/o rasanya. mcm ade org mention, to build antibody la kan.. unless dah sampai nak masuk lungs, baru diorg bg ubat. selain drp tu, tak kira perlu bg ubat.

satu benda i perasan kalau balik msia, kalau my kids sakit mmg kuat betul. virus kuat betul. agaknya dah slalu sgt berlawan dgn ubat :) virus pun dah immune.

MyKhalish Journey said...

ila pun elakkan bg ubt selsema. duk guna nasal spray utk hlgkan sumbat. kdg2, dedi g sedut. cpt sht yer marisaa.

SaraMijie said...

sekadar nk berkongsi...baby saya pun penah kene selsema..pegi klinik biasa doc bg ubat selesema...tp stil tak baik..last2 g jumpa doc pakar kat hospital tawakal...doc pakar tu pesan...baby tak elok bg apa2 ubat..dia syorkan ubat spray untuk cairkan hingus n penyedut..skang baby saya dh x sesema dah..penyedut tu mmg bagus coz kt tarik hingus pkai mulut...tp x direct terus pd baby...so x kene jangkitan kuman...n baby x sakit pun..just letak kat ujung hidung je & sedut..

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®