HM Sr di Tadika Delima Ilmu

Pagi Selasa 3 May, adalah hari pertama sesi back to school Hannah dan Hadif.

Sebelum tu, setiap hari aku ingatkan dorang yang dorang akan kembali ke sekolah. So kena bangun awal, kena mandi pagi..sampai sekolah nnt Hannah kena belajar takboleh main-main je. Hadif pulak kena makan, tak boleh bergaduh dgn kawan-kawan dan sebagainya lah. Panjang senarai pesanan mama dorang nih.

So pagi Selasa tu, Hannah bangun sendiri ~actually sebab terkejut dengan bunyi alarm dari henpon Papa~ . Terus ku ajak mandi. Maybe dia dah mentally ready hari ni nk pegi sekolah, maka dia pon bagi kerjasama yang amat baik. Mandi pon tak menangis. Siap dengan Hannah, aku kejutkan Hadif pulak. Yang bujang sorang ni tak ingat kot apa mama pesan kt dia. So amatlah liat nk disuruh bangun. Terpaksa berdukung sampai ketoilet. Dah sampai toilet pon taknak berdiri sendiri. Sudahnya aku mandikan dia dalam keadaan dia duduk. 5 gayung air je cukup hehe!

Bila semua dh siap, aku angkat Hilda, dan Abg pimpin budak berdua ni ke kereta. Dalam kereta pon tak puas lagi dok pesan itu ini kt anak-anak.

Sampai TDI, kami turunkan mereka berdua dan arahkan mereka bukak selipar. Masih dalam ragu, mereka bukak kasut. Hannah nampak cool. Memang dh ready la tu nk ke sekolah. Hadif pulak menunjukkan tanda-tanda nk nangis. Memang tak sampai seminit, hujan air matanya berderai. Kami tak boleh tunggu sebab takmo dia jadi cengeng. Sambil melambai pada dorang kami pon bergerak balik rumah. Memang kuat tangisan Hadif sambil cikgu dia dukung. Dah lupa experience pegi sekolah la tu.

Dalam hati memang tak sampai hati tengok dia nangis, tp tak boleh la nk patah balik dan pujuk dia. Nanti sampai ke sudah takmo kesekolah.

Petangnya, Abg yang pegi ambik dorang kt TDI. Aku ingat sampai je rumah, dorang nk peluk cium aku rindu. Sekali si Hadif terus berlari ke bilik toys dia. Cesss! Bila aku tanya macammana sekolah, dia buat dekkkk je. Terus main lagi. Haih anakku..

Hannah pulak nampak agak happy. Tapi satu nama pon dia tak tau, nama kawan-kawan tak tau, nama cikgu pon dia tak tau. Yang dia cerita, cikgu besar cikgu kurus hihihi!

Itu cerita hari pertama.

Semalam masih rutin yang sama, pagi kami berdua hantar, masih dengan ke'cool'an Hannah dan jugak masih dengan deraian air mata Hadif. 

Petangnya aku yang ambil di TDI. Seronok sangat Hadif bila nampak mama dia. Berlari-lari keluar bilik tak ingat mana beg, tak ingat mana cikgu dah. Terus dia peluk kaki mama. Aku sempat bertanya dengan cikgu keadaan Hadif di taska. Lama ke menangis lepas ditinggalkan. Cikgu kata tak lama. Cuma sesekali dia cakap 'nak mama..nak baby'.. 
Next week baru baby join pegi taska. Sabar ye abang hadif.

Peace from kakak hannah

depan pintu rumah dgn beg sekolah masing-masing
Ok sayang mama sekalian, harap korang dapat adapt well dengan persekitaran baru. Bukan mama takmo jaga korang, tp mama kena pergi keje. Kalau tak kerja, tak dapat la mama belanja korang makan KFC selalu.


12 words from u:

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

lydzar, hadif dah 2 tahun lom ek?
rafiq next year anta taska..dah survey2 ni..tapi tak tahu lagi jd ke tak.yg pasti kene anta taska sbb umah pengasuh dah pacK!

gud gurl la hannah..alorr hadif..takpe slow2..nnti okla tu sbb dah lama sangat berkepit ngan mama dia kot..tu tamo g skool..ehehe

Sumijelly said...

nak KFC gak.......hahahaha

lelama dia mesti dpt sesuaikan diri tu......


Sumijelly.com

amirah said...

tetiba terasa sedih pulak bila baca ayat yang last tu..waaaa..sedihnya.kalo benti keje kang lagi susah...ermmm

lydzar said...

@rose --{@ ibuRafiq @}-- rose, bday 2 tahun dia 18 may ni.. :) tu la, dh lama dok umah..tu yg manja lebih sket tu

elok jugak kot kalau hantar rafiq ke taska, at least ada gak la pengisian dia nnt. kt umah pengasuh takdek kan, pack pulak tu..huhuh

lydzar said...

@Sumijelly jom g kfc ramai2 jom :D

harap2 macam tu la, ni baru masuk hari ke4 dia ke taska

lydzar said...

@amirah mmg sedih, sbb dh penah ada experience jd surirumah takdek duit kan. terasa la seksa bila teringin sesuatu.. huhu

ayu said...

lydzar : hannah mmg cool la ..seronok baca kisah hannah n hadif ni...cengeng ye hadif..leh geng dgn hariz la nanti...

mmm, plan next year baru nak hantar hariz ke taska..harap2 ok la ...

makdara TERdiva said...

nak tinggalkan anak2 ni memang kena kuat semangat! kalau x, dgn kita2 sekali meleleh2.. :)

ummi mien said...

wah...hannah btol2 big gal la. steady je pegi skolah.

Hanis Azla said...

sian kan bila kecik2 lagi dah kena hantar ke sekolah.. tp nak buat mcm mana.. klu tak hantar.. tak kerja pula kita.. kalau tak kerja mcm mana nak besarkan anak2 dengan segala yg mereka perlukan dan segala yg kita mahukan..

AzMask said...

ni mcm transit pagi petang yer. pagi tadika terus sambung ptg taska ker? oklah mcm ni kan tak yah susah2 beralih tempat.

lydzar said...

@AzMask haah kak mas..pagi tadika sampai kol 12, lepas tu terus lepak situ utk transit..sbb tu saya pilih TDI.

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®