Dalam pada takdek idea nak cerita apa, saya perahkan jugak otak ni utk datangkan satu cerita .. hehe beria sungguh nk update blog.
Herba Maharani. Ada yang tak pernah dengar??
Ala ni kira sepupu sepapat herba-herba dan health food utk orang perempuan la. Nak cerita lanjut pasal herba ni, sila google sendiri ketika anda ada masa free..hahaha tak membantu sungguh saya nih.
Beberapa minggu yang lalu saya ada order herba maharani dari KancilBiru. Dia kan tokei PB dan Maharani.
Masa saya order tu, saya dh dipenghujung tempoh berpantang. Saya order sebab rasa macam tak lengkap je acara berpantang tanpa makan herba-herba ni. Yang saya amalkan dari mula berpantang cuma set vitamin Shaklee saja. Memang set Shaklee bagus dan serasi dekat saya. Cuma saya tak dpt rasa 'panas' yang sepatutnya orang berpantang tu rasa daripada set Shaklee.
Memang saya ada juga makan herba Phytonatal yang kawan saya Ana bagi tu. Tapi saya selalu skip sebab tak larat nk menahan perasaan senak perut sebelum dapat pegi ke toilet membuang sisa pepejal ~erkk sorry pada sesapa yg tengah makan depan laptop/pc~
Tambah-tambah pulak lagi bila dah balik rumah sendiri, saya kena handle tiga-tiga anak saya sendiri. Mandi, basuh berak-kencing dan sebagainya lah. Bila dh agak BZ, stokin pon dah tak pakai. Pakai time nk tidur je. Sepanjang siang tu, saya memang rasa kaki saya agak sejuk. Even pijak lantai pakai selipar, masih jugak rasa sejuk.
Saya ikut saranan kak KB, makan 10 bijik 2kali sehari. Ni dos minima utk orang yang breastfeed anak. Sebab takmo anak dapat efek panas tu. Alhamdulillah, sejak tu tapak kaki yang konon-konon sejuk dah rasa comfort dan selesa je. Memandangkan cuaca masa seminggu terawal pengambilan Maharani agak mendung, jadi memang saya rasa badan dan kaki saya sangat selesa. Tapi bila cuaca agak panas, memang berpeluh-peluh jugak la baju saya.
Sejak consume Maharani, saya dh tak perlu menahan perasaan senak macam masa makan Phytonatal. Everthing goes smoothly sahaja. I LIKE!
Hilda pulak nampak macam OK jugak. Tak nampak pon dia punya rimas panas tak selesa. Maknanya mmg tak efek apa-apa kt dia la tu.
Production susu, tak leh nk komen sebab masa dalam pantang hormon masih tinggi. So memang takdek masalah dekat situ.
Habis 1 bola herba tu saya makan, saya teruskan bola kedua. Tapi cuma sempat makan utk sehari (20 biji) then saya pon start kerja. Korang tau kan, cerita opis saya terbakar tu. Opis gelap, lampu and aircond takdak. So saya tak berani nak amek herba ni. Serius hangat berasap je dalam opis. So saya pikir, utk saya selesa tak panas berasap, saya stopkan dulu makan herba Maharani.
Memandangkan Isnin lepas, opis dah pon pulih seperti sediakala, so saya akan sambung makan herba ni sampai abes. Lepas 2-3minggu nnt saya sambung lagi entry pasal ni ye.
psstt : presentation dan packaging Herba Maharani ni memang cantik. Boleh tengok macam gambar kt atas tu. Kotak merah macam kotak cincin, lepas tu dalam bola putih, then ada lagi bola jernih..lepas tu baru la dapat jumpa herba yang sebenar bijian kecil yang berwarna hitam.
12 words from u:
ok ler lydzar herbal tu? my opismate mkn..trus merundum susu...tengok penerimaan badan kot...itu yg x brani nak cuba lg.
kotaknyer cantik bleh buat koleksi nie lydzar...
dah makan eh...best kan? niza ada email tanya haritu tak dapat kot..
wanita mmg patut amalkan maharani sebab ianya bagus untuk dalaman diri dan juga kesihatan bayi.
maharani membantu mengaktifkan hormon dalam badan.
http://www.premiumbeautiful.biz/2011/03/beijing-tong-ren-tang-te-zhi-bai-feng.html
akak tak pernah makan.. tp mak akak pernah makan dulu dan serasi dengannya.. bersusun kotak merah tu kat rumah.. cantik.. tp skrg dah tak makan lagi.. kotak2 tu pun entah dah ke mana hilangnya..
mak sy penah beli ni..dah lama dah..around 1998 or 1999 camtu..masa tu takde cop halal tau
then baca2..tertulih contain bones. dia tak state bone ade..terus sy tak kasi mak sy makan..
skang sy tengok dah ade cop halal..so dah halal la tu..
kotak dia mmg lawa. leh wat simpan barang kemas
ok la xde masalah makan herba.
eija ni baru try makan 1 kapsul jamu..baby dh kuning mendadak..
frust betol kali kedua berpantang ni still x bole makan jamu..kali pertama sbb baby ada G6PD..kali kedua ni alhamdullillah baby normal tp smpai skrg kuning x baik2..
ok ke lydzar? tak berani nak cuba langsung benda2 ni..dlm pantang langsung x mkn apa2 dan berbarut..skrng perut boroi..hehe...takut efek pada Ahmad sebab Ahmad berak keras giler..kdng2 smp kena korek..Hilda membuang ok tak? mungkin kalau Hilda ok, rasanya mcm nak cuba jugak
belum pernah try lagi..nampak niza tunjuk macam pil sakit perut tu kan :)
pernah makan maharani ni 5 tahun lepas. Masa tu memang glemer maharani ni.
utk hangat kanbadan je ke?klu utk susu ok x?
sumpah saya tak pernah dgr herba ni...rasa nak pi beli je sekarang sbb dah terpengaruh ngan kotak dia tu..hahah!!
aku pun ada jual gak..
Post a Comment