Breastfeeding : "DIA" datang!!!

Bila dia datang, terbantutla kisah saya nk perabis ganti puasa hari ni.

Nasib baik, Ramadhan 1 months to go lagi. Tolak lebihkurang 7 hari berkepit dengan 'dia' boleh la start puasa semula.  Hehe lain kali jgn last minit..Ini nasib baik la sehari lagi, kalau patlimabelas hari lagi, camno nk jawab tu?? Ingatan utk diri sendiri dan kawan-kawan lain jugeeee hehe!

Actually 'dia' datang with early sign. Tapi saya tak dapat langsung detect itu adalah tanda kedatangan 'dia'

Patutla time saya pump dekat opis, hasil kutipan adalah mengecewakan saya.  Bila 3rd session tu lagi lah, saya dapat 2oz saje!!

Tp saya tak putus asa, everything goes on macam biasa..Pumping ikut schedule, minum byk air, makan secukup rasa..makan vitamin juga secara konsisten. Tercuit jugak hati ni dengan rasa kecewa, tp bila balik rumah saya motivasi semula tengok stok-stok sedia ada dalam peti ais tu. Saya sematkan dalam hati, INSYA ALLAH production saya akan kembali mcm sebelum ini!!

Kemuncaknya malam tadi. Saya nk solat Isya..baru perasan si 'DIA' dah ada.

Perasaan saya bercampur-gaul. Gembira sebab inilah puncanya susu saya menyusut. Risau ~ apsal period cepat sangat datang semula! Dah la badan jenis subur..adoiiii!!

Harap-harap lepas ni, kilang saya beroperasi mcm biasa. Boleh hasilkan stok macam sebelum ni. hihi

Saya ada berita nk kongsi bersama. Jom pegi kedai Triple-S saya tengok benda yang saya nk kongsikan tu. Ada tips yang penting dan berguna tau.

8 words from u:

zaidah said...

awal jugak dia datang...samalah kita lydzar klu dia datang susu memang merundum ...nie sidia tengah bertandanglah nie..

mamasue said...

ni 1st time 'dia'dtg ke lepas bersalin ari tu?mamasue ni rasa2 mcm tak dtg2 lg...huhuhu...tak nak lah dtg cepat sgt..i niat nak puasa penuh ni

Atia Adina said...

susu ad dah makin menyusut....mungkin sebab adam di kampung....huh...lama2 kering agaknya

amirah said...

eh, awal gak kan lydzar sebab hilda exclusive kan? ermmm..takpe2..tapi kena jaga2 cik salmah jugak ni..hehe

Iela Fazielah said...

cepat betul ye lydzar dtg tu... mcm kak ila..dr syafiqah ke irfan.. lepas bersalin paling cepat dtg lepas 10 bulan....mmg kamu sgt2 subur... hehe... xpe.. yg penting fikir positif..mesti susu byk...

kemma said...

awal ekk dia dtg..akk smpi ammar 8 bln baru dtg...kna amik langah bjaga-jaga tuh..hehe..org subur..hihi

ayu said...

lydzar tak de ambik apa2 family planning ke ?? mmm..agak risiko juga kan wpn fully BF ni..

Ernewaty AR said...

awalnya smpai..aku pun baru abis berkepit dgn dia..nuha 10 bulan lebih baru dtg..

berdebar2 bila dia dh pegi..huhu

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®