Giveaway gift dari Mommy Icha dah sampai!!

Salam Selasa korang!!
Ada yg best dan yg tak best berlaku pada aku pagi ni. Citer part best dulu laaa..yg tak best kendian jer

Best, sebab pepagi dh dapat parcel dari Mommy Icha a.k.a Hadha sempena giveaway suka suki dia :)
Entry pemenang suka suki giveaway Mommy Icha boleh baca kt SINI.

Tayang sket apekah hadiah nya..


TQ so much Hadha!!

OK part tak best pulak, pagi tadi ada sebiji WAJA telah memblock WUH aku. Oleh kerana Abg telah pegi outstation ke Tawau dan KK sehingga esok, maka dengan amat terpaksa sekali aku kena tolak WAJA tu. Berat kan main lagi!! Rasa nak terberanak pon ada.

Tapi sebenarnya aku tolak half way saje, sebab masa aku tengah tarik napas dalam-dalam nk teruskan proses menolak WAJA tu ~kalau ikut rasa kijam aku, macam nk jer tendang WAJA tu sedas dua dulu baru sambung tolak~ tetiba ada seorang lelaki Cina yg baik hati telah berhenti dan tolong tolakkan WAJA tu dengan jayanya. TQ yer Incik..Jasamu ku kenang. Walaupon telah ditolong, aku tetap tercungap-cungap mengah bila masuk ke dalam kereta.Sampai Hannah komplen, lambatnya mama nak bawak car ni..

Tak best kedua, nasik lemak kerang yg aku beli tadi terasa berpasir bila dikunyah. Puncanya sambal kerang tu la. Rasa dh sedap tp kenapa rasa berpasir??? Tensen aku. Makan pon tak abes. Rugi je RM2.50 aku..


8 words from u:

mamasue said...

lain kali mommy lydzar kene letak sign...I'M PREGNANT.DO NOT BLOCK MY CAR!

amirah said...

sabar jela pagi2 dah spoilkan mood

Iela Fazielah said...

alahai.. kesian kat lydzar... kalau akak mmg tendag sedas 2 kot.. kai kemek sikit.. kijam nyer aku!!. hehehe....

lydzar said...

@mamasue betul la, bernas idea tu..

lydzar said...

@amirah nasib baik la, ada insan yg baik hati nk tolong

lydzar said...

@Iela Fazielah kak, kalau pepagi buta dan masih gelap, mmg sy pon bagi jugak sedas. tp kan dh terang, kang org nampak plak..huhu takut sy kena tendang balik nnt

Momma Mia said...

perhggg biar betol u tolak itu kereta... memang x patut betul la mamat/minah kereta waja tuh.

Kancilbiru said...

mesti akak tu tak cuci kerang betul2...huhuhu

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®