Merdeka Day @ 1Utama

Takdek la sambut sgt pon, lebih kepada menyibuk dalam crowd orang kt 1Utama tu. Giler ramai orang. Punya lah pusing sane sini carik parking. FULL!

Last-last parking kt parking Hotel 1 World je. Kena menapak sket la nk masuk ke 1Utama. Baru ku tak ada direct access from hotel tu shopping complex tu. Maklumla, aku mana penah pegi hotel tu.

Sampai je terus la terjah Kids Department dalam Jusco. Memang nk carik selai dua lagi baju utk Hannah dan Hadif. Sebab banyak baju Hadif yg papa beli kt Las Vegas aritu oversize. Papa ingat anak bujang dia tu besar dah kot. Most baju adalah saiz 2T dan 3T. Haha tu sampai ke raya dua tiga tahun lagi la baru boleh pakai. Jeans yg latest belikan utk dia saiz 12months brand Anakku. Tu yg brand local. Kalau yg beli kt sana tu saiz mmg besar sikit lah kan. Lagi -lagi kalau saiz 2T..ishh ishhhhh!

Same gak ngn Hannah. Jeans dia papa beli saiz 5T. Uwaaaa! Memang kena beli lain jugak la.

So semalam carik la selai. Memang selai je peruntukan utk jeans :) Skirt dh ada. Gilir-gilir la pakai nnt.

Kesimpulan, aku lebih puas hati shopping kt SOGO walaupon ramai yg kata stok adalah stok lama. But stil harga dia murah compare to Jusco. Dan kalau pandai menggali timbunan tu, boleh je jumpa baju yg cantik molek. Mama diorang ni, mmg carik yg murah je. Baju budak, tak kuasa lah nk beli yg mahal.

Setel kt Jusco, kami mencari surau utk solat Zohor. Masa tu dh jam 3.30pm. Jgn tiru solat lewat ni yeh :P

Abg tanya ngn si Bluebear pengawal keselamatan Jusco tu, ada surau tak dalam Jusco ni. Dia kata yg kt dalam cuma utk staf. Yang kt luar dia tak tau. Cisss..mmg ko setakat jaga Jusco je lah ni. Tak meluaskan pengetahuan am pasal tempat kerja ko la yer cik kak. 

Dah macam tu, kami pon menapakla ke surau yg kt tingkat 3 tu. Mak aiii! Jauh giler jarak dari Jusco. Hannah pulak aku yg pimpin. Hadif dgn Abg kt dalam stroller. Tu pon bila sampai surau, Hadif tertidur. Punya lah jauh perjalanan. 

Bila Hannah penat, dia mintak dukung. Aduh! Letih mengangkat beban yg dh lebih 10kg tu sekarang. Kesian jugak dia kena jalan jauh mcm tu. Kami mendahului Abg n Hadif sampai kt depan Baby Room tu. Dedua orang tercungap-cungap. Puhhh rasa nk pengsan!

Lepas solat zohor, lepak-lepak kt baby room sampai la masuk waktu asar. Tak larat dh nk keluar ke mall dan patah balik nnt.

Kol 6pm, gerak keluar dari 1Utama dan balik rumah. Beli je makanan berbuka kt pasar ramadhan. Ngam-ngam letak Hadif kt lantai, terus azan magrib. Makan time!

p/s : Korang rasa satu surau ni je ke yg ada kt 1 Utama eh? Sebesar-besar bangunan ni, satu je ke yg ada? Kalau ada yg lain, plis bgtau aku yer..


19 words from u:

eMMe said...

merdeka shoping la lydzar yea...hehehe...

kemma said...

huhu..sogo mmg terbaekk

Kancilbiru said...

penatnya dengar..hehe yer la kat shah alam ni pun ya rabbi, jem kat sacc & pkns..sib baik niza nak g bank in duit jer...

Iela Fazielah said...

bukan ke cite gi soping kat jusco.. masa bila lak gi sogo?? hehe.. dah lupa la surau kat OU belah mana.. sbb OU pun dah besor sgt...

** dah jumpa hubby akak ari ni lydzar?? ehehehe... dia jwb phone akak pun slow2 je.. malu2 kucing lg tu...

not a serious blogger said...

eh akak rasa mcm every floor kat deret jusco tu ada surau la liza. new wing x sure pulak. tips nak mudah parking di OU - sila sampai disana sebelum jam 10am! itu la yg akak praktiskan selama ni. shopping bagaikan ribut lps tu by 2pm dah boleh chow ;p.

shitah said...

setau akak ade 2 surau liza... satu yg beso.. satu yg kecik sket.. satu tu dekat ngn auntie apa tu.. yg mcm kopitiam kat luar tu..

.::NiK's WiFeY n MoMmY::. said...

hehe mesti ramai gile org kan..semalam lin ingat malas nak kuar..tp saje je cari alasan nak kuar gak..gi giant..ramai gile org!haha dah tau ramai, nak gak menyibuk.. :P

lydzar said...

@eMMe shopping sikit-sikit je la..

lydzar said...

@kemma sokong 150%!

lydzar said...

@Kancilbiruhaha! mmg penat. rasa nk pengsan pon ada. dh la pagi sebelum keluar penat menyental 2 toilet..puhhhh!!

lydzar said...

@Iela Fazielah shopping kt SOGO tu tahun-tahun lepas la..tahun ni tak pegi SOGO dah..

dh jumpa tadi masa HR bawak dia tour berkenalan ngn staff2..hehe memula biasa la kan, memalu kucen. padahal kt area tempat/cubicle dia tu..mmg hoo-haa gak la orang2 nya

lydzar said...

@not a serious blogger ada ke kak shida? tak nampak langsung sign surau. kt dalam jusco pon kitorang naik every floor carik. tp tak jumpa..isk isk

lydzar said...

@shitahala kak shitah, ingat2kan la apa nama dia. next time pegi senang sikit sbb dh ada option 2 surau..besau sgt la OU nih

lydzar said...

@.::NiK's WiFeY n MoMmY::. mmg ramai nye mak ai! ngn org melayu nk shopping, tak lupa jugak kaum2 lain nk nk jenjalan di hari cuti. letih letih

not a serious blogger said...

bukan dlm jusco, kat luar jusco. kat lift / toilet tu.

Syima ~Mama Kyra~ said...

saya tak penah nak shopg ke 1utama tu..sbb besar sgt tu malas nk jelajah takut sesat dan pening nak cari semula..esp klu lupa cari prkg nak exit lift mana..

ayu said...

lydzar, sokong gak kata kemma , sogo gak yg terbaik..hehee..suka lg shopping kat sogo wpn mall yg terdekat kat rumah adalah JJ maluri..hehe..tak familiar sgt JJ One Utama tu, so, tak leh laa nak tolong jawab soalan tu ye..^__^

maslinamansor said...

tak pernah sampai pun kat 1utama... hehe

akuzle said...

dkt ngan skola akak tuh... nk semayang leh singgah sinik....ehehehehe

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®