Petua - Air perahan Limau Kasturi + Kicap


Tengkiu pada kawan-kawan yg respon pada rintihan tekak dan kerongkong aku semalam.


Zaidah said...
CUBA AMBIK LIMAU KASTURI TU PERAHKAN BERSAMA NGAN SEDIKIT KICAP...LEPAS TU MINUM...INSYA ALLAH...CUBALAH...ZAI PERNAH CUBA ALHAMDULILLAH BAIK...

makdara TERdiva said...
salam lydzar.. petua limau kasturi dgn kicap tu mmg bagus..anak2 MDT pun selalu amalkan sbb nak harap ubat2 yg doktor bagi mmg tak jalan..mengantuk je yg lebih, baiknye tak jugak.. semoga cepat2 sihat..tp MDT pun dah sakit2 tekak ni..adoiyaiiii

.::NiK's WiFeY n MoMmY::. said...
lin pun penah try limau perah ngan kicap.. try la yg aini ckp tu...dpt suara sedap mcm dia terus... hehehe leh nyanyi kat baby nanti..tak pun, en abah dia ke..heheheh


mamasue said...
yes...blh try yg limau kasturi n kicap tu...berkesan kt mamasue... sesudu kecik kicap + limau kasturi...telan...sedap pun sedap

Oleh kerana vote utk limau kasturi dan kicap ni paling banyak, so aku try dulu la petua yg ni. Lagipon 2 benda ni memang sepanjang masa ada dalam peti ais aku tu.


Limau kasturi

Gabungkan dengan

sesudu jer dah cukup..jgn letak sebotol pulak

Sampai je rumah, terus aku selongkar peti ais carik limau kasturi. Jumpa la sebijik. Itu pon dah ala-ala kulit berkedut sebab dah 2 minggu dok dalam tu. Belasah je la berkedut pon. Aku potong 2, dan perahkan dia masuk ke dalam cawan. Then amek sesudu kicap campurkan dalam cawan tu. Godek-godek sikit, pastu minum. Sedap jugak rasanya

Lepas makan 'ubat' tu. aku relaxlah dengan anak-anak tengok Buletin Utama. 15 minit lepas tu, aku dok la terbersin tak henti-henti. Tapi lepas tu aku rasa hidung, tekak, kerongkong, paru-paru limpa, hempedu, jantung usus bagai semuanya lega.

Sebelum tidur, aku selongkar pulak almari dapur aku tu carik belen madu Khaula yg beli lamaaaa dulu tu.


.: Ain Rusli aka Ibu Qaisara:. said...
kalau petua nenek moyang, aku selalu perah air limau kasturi + madu..buat suam2..kalau tak batuk pun aku suke minum ni..huhuhu.. satu lagi, try perah air asam jawa..pun ade org buat jugak..letakla gula sket ke..kang masam sangat pulak kan.. semoga berjaya eh


Nak try petua Aini pulak. Tp aku cuma campurkan sesudu madu dgn air suam je then minum. Terpaksa buat dua kali sebab anak-anak aku pulak menyibuk tanya mama minum apa. Dah kasi rasa sorang sesudu, dorang mintak lagi..Haih!

Alhamdulillah, sepanjang tidur dari jam 10.30pm sampai ke pagi tu aku cuma hadap satu sesi batuk-batuk je. Kalau tak, mau sejam sekali aku terjaga sebab batuk.

Alhamdulillah, berguna juga petua-petua perubatan orang tua kita selain daripada ubat klinik tu. Lepas komen kak Ilah kata ubat klinik tak elok, terus aku tak usik. Tak berani. Takut harm to my baby.

TQ yer kengkawan!!!

12 words from u:

Iela Fazielah said...

alhamdulillah.. dah ok batuk... petua yg berguna ek... akak nak cuba utk anak pulak boleh tak??? hehe irfan n fiqah dedua batuk2.. sian diaorg..

yg pasal ubat doc tu.. cubalah xyah sentuh.. minum air byk2 ye... kak ila skrg problem hidung tersumbat je...hehe

maslinamansor said...

Alhamdulilah lydzar semakin baik. Tapi sambil2 tue minum air suam banyak2 yer...

lydzar said...

@Iela Fazielahrasanya boleh jugak try kt bebudak tu kak..cuba la, rasa dia pon not bad. sedap :)

lydzar said...

@maslinamansoralhamdulillah, aritu malas nk minum air banyak sebab bladder control sgt lemah. asal batuk je terkucil sampai kena pakai pad sepanjang hari.la ni batuk dh tak lebat, boleh la sambung minum air byk semula

.: Ain Rusli aka Ibu Qaisara:. said...

tau betapa seksanye batuk gatal tekak yg selalu org peknen kene tu..tak larat..
seb baik dah ok sket kan..

Sharinginfoz said...

limau kasturi plus kicap memang not bad ok gak

Atia Adina said...

ooo...sama lah ....ibu saya pun ngah batuk...dari sebelum raya sampai skg tak ilang2....nak srh ibu try petua ni lah

lydzar said...

@.: Ain Rusli aka Ibu Qaisara:.haah, hari ni mmg happy sbb batuk dh semakin reda

lydzar said...

@Sharinginfozsedap mmg sedap

lydzar said...

@Atia Adinaaha..elok sgt la suruh ibu cuba. selain sedap, ibu takyah risau pasal boleh makan ke tak 'ubat' tu. kompom takdek bahan2 yg boleh bahayakan adik atia dlm perut tu

e.l.i.s.s.m.i.e said...

boleh aku guna bila batuk nanti ! aku jarang jugak batuk tapi bila batuk lambat jugak baik.

Adila Ismail said...

tq tq br try kt anak td.ubt btk dah abis tp masih btk lg.menyesal pula bg ubt btk.tak elok kan.hu..so start hari ni nk try bg ubt petua2 ni..

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®