Aidilfitri 2010 Jatuh Hari Jumaat

Dengar kan rumours konon-konon raya esok?

Dah kata pon rumours, so aku memang tak caya lah. Aku lebih percaya pada kalendar. Sebab selama ni tak penah pon raya awal dari kalendar.

Try hangpa tengok berita ni, ahli falak pon yakin hari Jumaat.

Sumber : Kosmo! Online

Ahli falak yakin raya hari Jumaat

KUALA LUMPUR - Berdasarkan data dan kajian ahli falak, Hari Raya Aidilfitri tahun ini kemungkinan besar disambut pada Jumaat ini.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada perkenan Majlis Raja-Raja.
Ketua Penolong Pengarah Cawangan Falak, Bahagian Penerangan dan Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Che Alias Che Ismail berkata, andaian itu dibuat kerana penentuan awal Syawal 1431H menggunakan kaedah rukyah (cerapan) dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukyah (kebolehnampakan).

"Berdasarkan faktor itu kemungkinan anak bulan tidak akan nampak berdasarkan data yang telah dibuat sebelum ini oleh ahli-ahli falak,'' jelasnya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau menganggap dakwaan bahawa Aidilfitri akan disambut hari Khamis sebagai tidak berasas dan dilakukan oleh pihak tertentu untuk tujuan kepentingan seperti melariskan perniagaan.
"Mungkin dakwaan raya hari Khamis ini dibuat secara suka-suka tetapi lama kelamaan dipercayai oleh orang lain pula," ujarnya.
Tambah-tambah pulak, tudung raya aku belum dapat lagi. Baju raya aku 3 pasang je, tp semua baju tu belum dapat tudung yg matching lagi :(

Sama jugak dengan kuih raya. Kerepek 'Moni' --> bak kata Hannah, tak beli lagi. Tu barang wajib aku beli tiap tahun tu. Aritu time pi meredah lautan manusia kt PKNS, aku nak beli dah barang 3-4peket tp Abg kata malam raya kang dia nak pi KL. Carik kuih raya kt sana. Katanya malam raya, barang-barang jualan memang murah gilak. Hmm tak tau la jadi ke tak plan dia tu. Harap-harap jadi laaaaaaa..

Pic source : Catzcafe

Hope hari ni bos bagi pelepasan balik awal, half day. Boleh ler aku jenjalan kt Giant Kota Damansara tu carik tudung.. :Pray pray:


7 words from u:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

Selamat hari Raya ! Maafkan salah silap aku yer..3 helai byk tu.aku sehelai jer..hehehe.tudung pun tak der gak ni :)

amirah said...

hehe..sama la..tudung sume yillek lagi..cam tak nak raya je gaya nie??ermmm...pun harap2 bos bagi balik awal harini..nak sambong soping..

maslinamansor said...

mas pun sama... 3 pasang baju kurung tapi non ada tudung... :)

Nordiana Nordin said...

selamat hari raya lydzar..mohon maaf andai ada tersalah atau tersilap kata..

Iela Fazielah said...

wah.. byk tu bj raya sampai 3 helai.. akaknyer 2 helai je... ok.. gi cari tudung.. departmet lydzar je ke boleh dpt pelepasan awal?? kot dept en. zul leh dpt awal gak kan best.. hehe...

Sharinginfoz said...

selamat hari raya

sabree hussin said...

dah raya dah pun ni ha, hari jumaat. betul la tu

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®