Kisah Abg accident

Dah 2 hari - Jumaat dan hari ni, aku duduk kt meja receptionist PBJV, ganti Fifi yang masih bercuti. Hihi nampak sgt aku free, sampai bos suruh aku duduk sini. Aku layan jer..tukar profession jap.

Pic source : Google

Keje angkat telepon dan transfer, keje bukak main door utk para despatch dan para penghantar courier dan juga para sekalian yg ada appointment kt sini. Lepas tu sambung baca blog :)

Paling kesian, aku selalu lupa nk bukak semula main door utk para despatch dan para penghantar courier keluar. Tertunggu-tunggu la dorang beberapa minit depan pintu tu haaa! Sorry la abe-adik sekalian, ahkak bz la angkat tepon. Lupa kt hangpa yg nk keluar semula tu.

Kesah accident Abg aritu.
Dah petang, baru Abg balik dari opis. Lepas team rescue rangers datang, dorang bawak Abg ke klinik, cuci luka dan ambik injection. Motor ditinggalkan kt tepi tempat kejadian. Abg dapat MC tapi Abg tak balik rumah terus. Ada kerja nk kena setelkan katanya. Petang tu dia balik dengan opismatenya. Siapakah gerangan, tak tau pulak aku. Dia atau diorang tolong tolakkan (tak tau ape istilah sebenar bila ada 2 motor beriringan tengah berjalan seiringan, satu motor hidup tolak motor yg mati tuu). Apapon, terima kasih byk pada yg membantu.

Lepas hantar kt bengkel, motor pon ok. Abg pulak, luka kt lutut dan siku sikit. Memang nmpk sikit. Tapi kesan tercampak dan terhentak kt jalan tu, nmpk agak menyeksakan raga dia gak la. Abg tercampak dan slide ke belakang. Nasib baik ada beg Targus meminimakan impak pada badan dia. Basah lencun beg tu.

Sabtu, since Abg tak berapa nk sihat, kami pon relax-relax je la kt rumah. Kalau tak kompom ligat kami terjah rumah orang nk beraya. Petang sikit, keluar pegi Giant Kota Damansara beli lauk nk sumbat dalam peti ais.

Tengah tolak troli barang nk turun, nampak pulak ada orang buat urutan. Urutan dari pengurut buta. Aku suruh Abg try since dia mmg mengadu sakit-sakit badan. RM20 utk 30minit. Dia urut bahu dan badan. Sementara tunggu Abg siap, kakak pengurus pengurut buta ni bagi aku name card dorang. Siap promot, dorang ada jugak buat urutan utk lepas bersalin. Katanya utk 1 sesi, charge RM60, tapi kena datang kedai bukan urut kt rumah. Kalau kt rumah, pakej lain ler. Huhu dh nampak ke ek perut aku membesar?

Aku amek dan simpan name card tu. Mana tau, tahun depan aku mmg perlukan khidmat urutan dari dia. Tak survey lagi alkesah-alkesah pasal deliver dan seangkatan dgnnya kt sini. Lepas 30minit sesi urutan, kami pon balik.

Pagi esoknya, Abg hampir tak boleh bangun. Aku syak sebab kesan urutan tu kot :D Menjelang tengahari, dah elok dah sakit-sakit badan tu. Abg dh boleh drive kan aku ke kedai perabot. Beli meja makan. 
Yeay! rumah aku dh ada meja makan. Sapa nk dtg rumah, meh la..silakan laaaaa hehehe!

Lebih kurang la mcm kt gambar bawah ni :)

Pic source : itrademarket

10 words from u:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

alahai siannnya..

umah aku belom ada meja makan sebab dah ada meja makan owner rumah :p

maslinamansor said...

waaa... meja makan raya la nie... :)

.: Ain Rusli aka Ibu Qaisara:. said...

isk, siannye din ko! aku mmg ngeri betul bila tgk org bawak moto nih..tu pasal aku paksa din aku beli kete 2nd yg murah2 utk die bawak p keje..xsanggup nengok die bawak moto..anyway,hope din ko tak ape2..

* kelakar pulak kene pakai istilah 'din ko' dan 'din aku'..hehehe

Iela Fazielah said...

alhamdulilah.. din dah beransur sihat.. mmg kalau kes jatouh motor ni nak sihat cepat kena berurut...
lorr nape xckp nak bl meja mkn baru... akak nak jual 2nd hand meja mkn akak.... nnt masuk rmh baru nak pakai perabot kaler putih je...

lydzar said...

@e.l.i.s.s.m.i.e hehe kira dh ada la tuuu :P

lydzar said...

@maslinamansor niat nk beli mmg dh lama..tp asek tak jadi je..ni risau takdek tempat nk letak kuih raya, tu yg beli gak tu

lydzar said...

@.: Ain Rusli aka Ibu Qaisara:. ok la din ko din aku..kalau mydin kan dh jadi tokei pulak kite..ahahaha

lydzar said...

@Iela Fazielah heheh akak tak citer pon nk jual perabot. tp kitoang carik meja kecik2 je, sbb umah kan kecik

Iela Fazielah said...

tu le pasal... akak xcite lg.. sdg dok pikir2 mana yg nak akak jual ni..meja akak sebijik cam meja kamu beli tu.. cuma meja akak 4segi sama.. kamu bl 4 segi tepat kan.... dah bohsan dgn konsep kaler oak ni... hehe

echa said...

datang cini...baca N3
cantik meja makan....

Selamat hari raye lydzar

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®