Raya 2010 - Aktiviti Pi Rumah Orang Tanpa Diundang

 Mula-mula nk habaq mai, azam aku hari tu nak amek gambar masa pegi beraya adalah tidak tercapai. Azam kelaut. Tapi bukan sebab aku takmau amek, aku nak sangat!! Cuma tak mendapat kerjasama dari pihak-pihak berkaitan je. Jadi lepas tu, aku pon simpan aje la Nikon CoolPix L21 berwarna pink milikku kt dalam beg yg kulit PVC di tali pemegang bag yang dah mula menggelupas itu. ~ i really need a new handbag!~

So lagi sekali, entry raya tanpa gambar ok. Tak dapat tayang baju raya anak-anak aku hukhuk, dan sila maklum mama dan papa mereka tak pakai baju raya. Pakai je baju yang ada dalam almari.

Abg kata agenda weekend ini adalah ke rumah kawan-kawannya tanpa perlu undangan selain memenuhi undangan openhouse.
Senang cerita dan bak kata pepatah sekarang, terjah saje. Kami tak kisah pon takdek jamuan ketupat rendang dan sebagainya. Kuih raya pon jadi lah. Pendapat Abg, pergi je mana-mana rumah yg tuan rumahnya available. Takyah tunggu dorang buat openhouse. Lagipon kalau openhouse, tuan rumah adalah sangat BUSY. Kompom tak dapat nk bersembang sangat. HuHu pendapat dari seorang yg sangat suka bersembang la katakan.

Sabtu. Destinasi pertama tanpa dirancang. 12 pm bergerak dari Subang.

1 - Open house Ajaq ~ex-coursemate abg kt UiTM~ di Bandar Tun Hussein On..
2 - Teratak kecil Caen  ~ex-coursemate abg kt UiTM~ di Sri Kembangan.
3 - Apartment luas macam kondo Ashri dan Anne ~ ~ex-coursemate abg kt UiTM ~ Kuarters Kastam PJ
4 - Rumah cantik berhias Rizal ~ex-opismet Abg kt Sapura ~ Kuarters Kerajaan Putrajaya.

Tengok, memang semua kawan-kawan dia laaaa!! Aku nak pegi satu openhouse Ayu, my opismate kt PBJV petang sabtu tu, tp lost sebab takdek adress dan lupa direction yg dia bagi. Sorry Ayu, akak lost laaa..nak calling-calling, tak tau no phone pulak ..Ciss!

Kesudahannya, 9pm balik rumah MIL kat Kajang. Abg melekat depan game bola Liverpool lawan ntahsape aku tak amek tau dan malas nak amektau sampai abes game. Lama sungguh aku menunggu. Aku tau, dia sebenarnya nak je suruh kami tidur dan bermalam kt situ, but aku insist jugak nak balik rumah. Sebab tak bawak bekalan baju / pampers anak-anak extra. Aku pon tak dek baju spare kt umah MIL. Dan sebab utama adalah sebab aku nk prepare for my friends visit ke teratak koboi aku keesokannya.


Almost 2am, baru sampai rumah.

Ahad
Jam 7.30am dah start prepare utk memasak. Menu adalah soto, sambal udang, buah honey dew, kek lapis, air ribena dan air oren dan tak lupa kuih raya.

Pic credit to Facebook album from Syifaa.

Soto and the gang

Bukti ada air ribena dan oren. 
Kelasss la rumah makcik ada air ribena!!

Hampir jam 2pm, Syifaa dan Kyra also Arissa sampai rumah. Emi pulak datang lambat sikit. Mekap lebih sikit la tu.

Arissa the cute girl and her mommy

 erkkk!!! gejala sosial disitu!

my lovely ladies
.Baju ko memang cantik la Emi..Belanja aku satu baju mcm tu :)

 Ladies and kids

Semua yg hadir dihari itu

Kyra and Syifa beransur dulu, setengah jam kemudian baru Emi dan hubby balik. Aku kemaskan dapur sambil Abg mandikan anak-anak. Agenda kami selepas itu adalah ke open house lagi. 
What???!! Dh petang, lebih2 lagi hari Ahad pon mau keluar lagi kahhh?? Kalau ikutkan memang letih dan malas.

Lepas solat Asar, kami keluar menuju highway ELITE.

1- Open house Syed ~ex-opismet Abg di Sapura ~ Apartment Cahaya Permai.
Kami pon beli rumah di sini. So dapat tengok jer la rumah kami dari balkoni rumah Syed. Kak Nora our tenant tak ada kt rumah. Kalau tak, teringin jugak menjengah ke tingkat 10 tu tengok condition rumah :D

2 - Rumah cantik berhias Fadli ~ ex-opismet Abg di Jbtn Perangkaan (praktikal) ~ Tmn Olak Lempit, Dengkil.
Yang ni kan main jauh lagi rumahnya, tpi bila jejak kaki ke dalam rumah, terus sejuk hati. Cantik decoration especially cermin berbingkai rotan super duper saiz melekat kt dinding. 

Habis agenda weken ini menziarah rumah kawan-kawan Abg. Harap2 wiken ni dan wiken depan Abg sudi drivekan aku ke rumah kawan-kawan aku pulak..

Pada kawan-kawan yg aku tak sempat penuhi undangan open house, aku susun sepuluh jari mohon ampun maaf sebab masa adalah sangat pack. Jangan la jemu menjemput yer, insya allah tahun-tahun depan kita pergi rumah yg tak sempat diterjah tahun ini.


7 words from u:

Iela Fazielah said...

amboi.. jln sakan.. dah smapai sri kembgn jemput le singgah rmh kak ila.. akak jugak xkemana raya ni...

amirah said...

hahaha..tali henbeg menggelupas?same laa...nak henbeg baru jugakkkk..!!waaa

mamasue said...

huh...7am dah start memasak! ni la sebabnya mamasue tak bg en.din terjah rumah mamasue nih...malunye nk jamu kuih raye je...kuih raya pun baru isi dlm balang sabtu lepas....huhuhuhu

e.l.i.s.s.m.i.e said...

mak aih rajinnya terjah menerjah rumah orang :)kalo terjah umah aku tak beritahu, jawabnya makan keropok keping ajer lah ngan air teh..hehehe

lydzar said...

@Iela Fazielahhaah kak, semuanya ke rumah kawan din je

lydzar said...

@amirahada lagi tak sale raya skg nih..jom beli bag baru!

lydzar said...

@mamasuedin ada gak cakap nk pegi umah mamasue, tp tak sempat wiken baru ni..ntah2 wiken nih dia terjah umah mamasue :D

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®