Petua utk redakan batuk

Sungguh takdak mood hari ni.

Pagi semalam kena tolak WAJA, hari ni aku terpaksa tolak SPECTRA pulak :(
Aku rasa kalau hari-hari kerja aku tolak kereta pagi-pagi, mau jugak timbul muscle kt lengan aku nih LOL

Dan hari ni aku bukan nk bagi petua, tp nak mintak petua dari korang kawan-kawan bloggers yg amat kukasihi :

Aku batuk since last week lagi. Semalam dh pegi klinik utk kali kedua, amek ubat batuk demi meredakan kesengsaraan tekak aku, dan juga kesengsaraan telinga kawan-kawan aku kt dalam bilik IT ni. Semalam Doctor bekalkan aku dgn ubat batuk kapsul utk siang, dan Bena Expectorant utk malam, beberapa ketul lozenges yg tak sedap dan juga ubat selsema standby kalau aku turut di serang selsema.

Batuk tanpa kahak, batuk yg dalam terasa macam tembus dari kerongkong ke paru-paru dan tekak yg amatla tak selesa. Tengah tidur malam pon diselangi bunyi batuk. Sungguh tak lena.

Korang boleh bayang kan cemana derita batuk ni..



So ada petua tak? Selain daripada makan ubat batuk. Share sket plis petua nenek moyang anda dengan aku yeah..plis..

Pic credit to Google


12 words from u:

Iela Fazielah said...

alamak... mmg xtau nak bg petua pe... tp yg akak tau kalau preggie doc mmg xbg mkn pape ubat.. dia suruh minum air byk2 je.. sbb ubat bena boleh sbbkan baby dlm perut nagntuk n kurang bergerak... lozeng pulak agak bahaya sbb ada herba2.. ni pengalaman akak yg keje kat PK ni la n pengalaman ngndung dulu.. so bykkan minum air kosong dan cuba elak amik ubat2an tu ye lydzar

Zaidah said...

CUBA AMBIK LIMAU KASTURI TU PERAHKAN BERSAMA NGAN SEDIKIT KICAP...LEPAS TU MINUM...INSYA ALLAH...CUBALAH...ZAI PERNAH CUBA ALHAMDULILLAH BAIK...

lydzar said...

@Iela Fazielah maknanya semua ubat tu tak elok amek la eh..adoi!dan sebab tu la sy mintak petua ni

lydzar said...

@Zaidahermm tanpa letak air masak ek. cuma perahan limau ngn kicap?

Sharinginfoz said...

tension gak kalau batuk ni kan

amirah said...

cuba letak limau dengan madu..kalau tak salah la..

lydzar..jom join contest..i tagged u

maslinamansor said...

masa pregnant akt danish, mas pun kena batuk gak. Doc kasi ubat yang bersesuaian dengan ibu menagndung. Tapi mas tak makan gak.

Cuma perbanyakkan air suam jer la

.: Ain Rusli aka Ibu Qaisara:. said...

masa aku peknenkan sara, mmg boleh katakan kerapp sangat batuk..sampai terkencing2 tau..doctor bekalkan aku ubat batuk herba yg botol hijau tu..aku xtau la ape namanye..boleh dpaat kat poliklinik annisaa yg ko selalu pergi tu...

kalau petua nenek moyang, aku selalu perah air limau kasturi + madu..buat suam2..kalau tak batuk pun aku suke minum ni..huhuhu..
satu lagi, try perah air asam jawa..pun ade org buat jugak..letakla gula sket ke..kang masam sangat pulak kan..

semoga berjaya eh

e.l.i.s.s.m.i.e said...

petua niza banyak makan jambu air :)

.::NiK's WiFeY n MoMmY::. said...

lin pun penah try limau perah ngan kicap.. try la yg aini ckp tu...dpt suara sedap mcm dia terus... hehehe leh nyanyi kat baby nanti..tak pun, en abah dia ke..heheheh

makdara TERdiva said...

salam lydzar..

petua limau kasturi dgn kicap tu mmg bagus..anak2 MDT pun selalu amalkan sbb nak harap ubat2 yg doktor bagi mmg tak jalan..mengantuk je yg lebih, baiknye tak jugak..

semoga cepat2 sihat..tp MDT pun dah sakit2 tekak ni..adoiyaiiii

mamasue said...

yes...blh try yg limau kasturi n kicap tu...berkesan kt mamasue...

sesudu kecik kicap + limau kasturi...telan...sedap pun sedap

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®