Ikan Siakap Bakar

Lagi satu menu kesan daripada terlupa nk bawak turun ayam utk thaw process. Balik kerja singgah kedai runcit kt Pangsapuri Hijauan belakang tu. Dalam kepala mmg dh plan nk masak menu ni. So beli apa-apa yg patut dan balik rumah. Masak ikan ni aku rasa lg simple dari masak ayam. Sebab masa tak lama.


Siakap Bakar

Bahan-bahan :

Ikan siakap
Bawang besar 1biji
Bawang putih 2ulas
Halia 1inci
Cili kisar ikut citarasa kepedasan anda
Air asam jawa sikit
Serai
Garam
Semua bahan-bahan ni diblender halus dgn air yg sedikit sebab taknak air dia meleleh time di bakar nanti.
Daun limau purut di hiris halus.

-Letak ikan atas aluminium foil.
-Lumurkan bahan kisar serata badan ikan dan bakinya tuang je atas ikan. Tabur daun limau purut atas ikan.
-Bakar atas kuali leper selama 20minit.

Cicah air asam:

Cili padi 5-6biji
Bawang dipotong dadu
Tomato dipotong dadu
Air asam jawa pekat
Garam dan gula secukup rasa

-Tumbuk cili padi.
-Bancuh perahan air asam jawa dengan air masak.
-Campur semua bahan, tomato, bawang, cili, garam dan gula

Dan yg ni pulak menu tambahan. Takut anak-anak takmo makan yg pedas. Hadif suka sangat makan tempe. Hehe mmg sbb cucu 'Embah' kan..ada darah jawa. So tempe adalah faveret. Udang dia buang, same goes to kacang buncis..jilat-jilat je pastu letak lantai.



Aku perasan masak mcm simple tapi special dah. Sekali Abg sms dia balik lambat sebab banyak kerja. Cuti panjang Nuzul Quran - Merdeka la katakan. Huhu! Santap la aku berbuka sorang-sorang semalam.


p/s : sebenarnya serai yg aku blend tu tak betul-betul halus. Tu yg nampak berketul-ketul je atas ikan tu..Hehe! Belasah je asalkan ada rasa ikan bakar :P

10 words from u:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

lama tak makan tempe..aku bukan jawa tp suka gak makan tempe..calit sket hadif..hehehehe

Sharinginfoz said...

ikan bakar memang sedap

Berapa Kerap Topup?

lydzar said...

@e.l.i.s.s.m.i.e tu hadif hulur jari kecik dia tu :)

lydzar said...

@Sharinginfoz betul, sesekali tukar selera kan

ayu said...

alamak lydzar....menu membuka selera betul...ikan bakar tu mmg menarik...mmmm, boleh la ayu try nanti...tapi, lately ni mood nak memasak dah kurenggg laaa...huhu..terbayang2 kg di mata ni..hehe

Atia Adina said...

sedapnya ikan tuh....sejak2 berbadan 2 ni...ad suka tul makan ikan....

Iela Fazielah said...

lorrr.. akak xtau pun ikan siakap leh dibakar... biasanyer org buat msk stim or masam manis je... ada kelainan ni.. leh kali kalau En. Zul** bw balik ikan siakap akak guna resepi kamu buat ikan bakar lak...

** nama panggilan dia kat opis kan?? eceh2... dah jd opismate lydzar le pulak..

.::NiK's WiFeY n MoMmY::. said...

sedap nya..bakar atas dapur je senang kan..hehehe tempe memang sedap..tak kesah la darah jawa ke tak..hehehe ni nanti balik johor, ade la sambal goreng tempe tu..huhu suami lin ratah je sambal goreng tu..sbb bini dia tak pandai buat!hahaha

kemma said...

sedapnye ikan bakar.meleleh air liur:P

adianiez AIDA said...

sedap nyer!!!

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®