11.03 - Jumaat : Pegi dan balik kerja seperti biasa..
12.03 - Sabtu : Pegi kenduri kawen sepupu di Hutan Melintang, Perak. Amek my parents dari sana dan bawak balik ke rumah.
13.03 - Ahad : Bawak mak abah pegi pasar tani beli lauk dan barang-barang dan preparation utk tanam uri. Balik ke rumah buat kerja rumah dan exercise terakhir iaitu cuci toilet.
Lepas solat Zohor, join semorang tidur..
Jam 6pm..Sedang melipat kain dengan mak, tetiba terasa sakit diperut dan dibelakang pinggang.
Kejap datang kejap pegi. Tak teringat pon nk rekod masa. Then mak tengok muka aku menahan sakit, disuruh aku rekodkan masa. Sah sakit tu datang 10 minit sekali.
Kol 6.45pm, bgtau abg nak ajak dia pegi hospital.
8pm, bersiap-siap gerak ke Hospital Sg Buloh. Singgah beli diapers utk baby dan beli burger.
8.25pm register dikaunter PAC dan terus buat check CTG.
Sejam lebih dalam bilik bacaan CTG..contraction datang kerap jugak. Zikir dan selawat sentiasa basah dibibir.
9.45pm, Keluar dari bilik CTG, aku diminta tunggu diruangan menunggu. Tiba-tiba terasa sakit perut yg amat, nak BERAK!!
Terus menuju ke toilet, sambil buang air tetiba 'POP' dan air meluncur laju. Confuse, ni air kencing ke air apa ni? Keluar dari toilet, 'air' masih keluar laju. Sakit perut pon semakin kuat. Baru lah aku pasti, yg keluar tadi adalah air ketuban. Tak boleh dah nk duduk menunggu. Aku carik nurse nak bagitau tp takdek sesiapa pon berada diruangan tu. Yang ada cuma 2 orang patient je.
Bila nampak je sorang staff berbaju biru, terus ku panggil dan bgtau air ketuban dah pecah dan aku rasa sangat sakit. Aku diminta baring di katil yg ada kt situ. Datang seorang Doktor perempuan nak checking bukaan. Rupanya dh 9cm dilated.
Kebetulan juga, masa aku sedang dicheck ada emergency. Seorang patient lain ditolak diatas wheelchair dalam keadaan tak sedar. Doktor yg periksa aku tadi terus beralih pada patient tu. So another staf arahkan take over aku dan diusung ke dalam labor room.
Dalam labor room, aku diarahkan bertukar katil dan ready utk proses meneran. Ada beberapa orang staf masuk dan prepare peralatan utk labor process. Tak dihiraukan sangat aku yg sakit ni. Bila aku mengerang kesakitan, baru lah ada yg advise bukakkan kaki dan berkata yg aku boleh push dah sbb dan nampak kepala baby. Aku agak blur masa tu. Macam la tak pernah meneran je.
1st push, terasa kepala baby kt 'pintu' tu, aiseh tak keluar la plak!
2nd push, push sekuat hati dan terus terasa kepala baby keluar..Lega..
10.15pm, terdengar suara baby HM menangis.
Baby HM ditunjukkan kepada aku. Lepas dibalut, aku diminta memeluk dan memegang baby HM sementara nurse uruskan uri dibawah sana. Masa ni lah yg dikatakan skin to skin contact walaupon tak directly to skin. Aku pakai baju kan hehe!
Alhamdulillah, kali ni takdek sikit pun luka. Dan tiada jahitan episotomi.
Abg tak sempat menyaksikan kelahiran kali ni sebab semuanya berlaku terlalu pantas. Dia tak sempat dipanggil oleh nurse walaupon dia memang ada standby diruangan menunggu tu. Dia cuma dipanggil selepas proses mengeluarkan uri baby selesai. Nampak reaksi frust abg. Salah satu faktor adalah sebab doktor tadi attend emergency kes tadi. Doktor tu agak kelamkabut..Tak apalah, yang penting isteri dan anak dan selamat.
Sementara menunggu urusan masuk ke ward, aku dan abg diberikan masa bersama-sama dalam labor room. Abg ikamatkan baby HM dan selepas tu aku terus breastfeed baby..
Jam 11pm, kami ditolak masuk ke ward. Dan bermula lah episod mama and papa of three kami :)
|
Alhamdulillah..lega lepas semua urusan labor selesai.. |