Naik Motor

Hannah n Hadif mmg cukup suka naik motor. Dulu masa mama dh berada di stage terakhir pregnancy, memang papa yg tolong hantarkan dorang ke taska naik motor.  Suka betul dorang.

Sekarang bila dh ada kt kampung, lagi la bertambah suka dorang naik motor. Kt umah nenek, tadek kereta. So nak kemana-mana memang kena naik motor aje la. Tiap kali nampak nenek sarung tudung, or tengok embah pakai baju complete mesti budak berdua ni alert semacam je.

"Mama, nenek nk pegi mana? " Soalan ni pon mmg cepat je keluar dari mulut Hannah.

Selalunya, nenek atau embah cuma boleh bawak salah seorang saje. Sbb Hannah belum boleh membonceng kt belakang. Takut jatuh. Nasib baik jugak la dorang ada 2 bijik motor. So dapatla dorang berdua naik motor dgn embah or nenek.

Ada juga masa kadang-kadang terpaksa bawak Hannah sorang je. Terpaksa la alihkan perhatian Hadif. Ajak tengok Ultraman kt Youtube ke ajak tengok tv kt bilik nenek ke..

Bila dah kena tinggal, mama pulak la nk kena layan soalan Hadif.

"Nenek?? " "Embah??" "Kakak?" Semuapon dia tanya.

Mama jawab sambil tipu "Dorang semua pegi kerja" ~hahaha kakak pon pegi keje~

"OK" Jawapan yg satu tu je boleh dia terima. Cuba jawab nenek dgn kakak pegi kedai. Kompom meraung budak jantan sorang ni..

Bila dh boring tadek kawan kt rumah, senang sungguh nak ajak dia tidur. Even baru kol 11am pon dia boleh tertidur. Punya la bosan. Hehe! 

Tapi takpa, nenek adil. Pagi dia dh bawak kakak naik motor, petang karang dia akan bawak Hadif pulak naik motor pegi beli goreng pisang. 

Terima kasih nenek dan embah sebab rajin sangat layan cucu-cucu dorang ni :)




7 words from u:

EiJa ZaQuaN said...

hehe..syok la diorg ada nenek yg rajin melayan..

sama la ngan anak eija cukup suka naik motor..sbb dr kecik atok nya/atok2 angkat dia rajin bw dia jln2 naik motor.

Amiizaa2001 said...

lyn embah tu atuk yer?

lydzar said...

@EiJa ZaQuaN dulu papa HM tak galakkan sgt dorang naik motor sebenarnya..sbb dulu pakai skuter Moskito. Skg ni dh tukar motor Lagenda, baru la dia berani bawak his kids naik motor

lydzar said...

@Amiizaa2001 haah..embah tu atok..heehe orang jawa

wahida said...

anak2 saya pun suka naik moto..dorang lg suka naik moto drp naik keta...hehe..

bila saya tanya si abang, napa lagi suka naik moto, dia ckp dpt byk angin...rambut terbang2...agagagaga...

adianiez AIDA said...

baca post ni teringat plak kat husben ku yg gi kursus. if not, dia la yg anta anak2 gi tadika naik motor tiap pagi.....

amirah said...

syoknya depa ada nenek ngan embah layan..lydzar ni orang bagan datoh ek..org jawa ke ni?

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®