KWSP - Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Last few weeks, aku ada amek cuti. Cuti pegi beberapa bank sebab nk uruskan hal yg satu ni lah.

Ok meh nak cerita apa kena buat kalau nk buat pengeluaran mcm tajuk kt atas tu.
Bagi yg belum tahu, pengeluaran mengurang/menyelesaikan baki pinjaman ni boleh dibuat utk sesiapa yg dah beli rumah. Kita boleh keluarkan duit dari akaun 2 kita utk buat bayaran monthly installment dekat bank yang membiayai pinjaman perumahan kita. So dapatlah kita kurangkan sikit komitmen bulanan.

Boleh la duit yg biasanya korang guna utk bayar kt bank tu korang buat shoping ke, makan angin, simpan ke..hihihi ikut korang la nk buat apa pon..duit korang kan??

Sebelum tu, kalau sesapa berminat nak tau, apakah jenis-jenis pengeluaran yg boleh dibuat dgn duit KWSP kita ni, sila tengok kt sini : JENIS-JENIS PENGELUARAN

~waaaaaaaaaaa bestnya orang yang boleh buat Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta~
banyak giler kau duit dia!!!

Back to track.

Syarat terpenting, dalam akaun 2 tu kena ada at least rm500 baru boleh keluarkan ok.

Syarat dan kelayakan memohon utk jenis pengeluaran ini, sila klik;

Senarai dokumen yg diperlukan utk dihantar ke Pejabat KWSP ~boleh hantar by hand atau by post~

  • Borang Permohonan KWSP 9C (AHL) - boleh download di SINI 
  • Salinan Kad Pengenalan Malaysia (MyKad)
  • Surat Pengesahan Baki Pinjaman daripada bank yg membiayai pinjaman perumahan
Dah submit semua dokumen ni, sila lah tunggu beberapa hari utk kelulusan.

Dalam borang Permohonan KWSP 9C ni, actually ada option sama ada nak masukkan duit kt dalam akaun korang, or terus ke akaun pinjaman bank. Aku tick option masuk akaun Maybank aku. Siap dah bagi bank statement dan muka depan akaun lagi. Tapi masa aku submit borang, cik kak customer service tu terus slash option tu, dan inform bahawasanya duit tu akan terus di transfer ke akaun pinjaman bank.

Hukhukhuk, tak merasala aku tengok duit dalam akaun maybank aku beranak jadi banyak sekejap..tp takpa lah, dia masuk direct ke akaun pinjaman pon OK jugak. Takyah la aku susah payah nk transfer bayaran ke bank lagi dah.

Alhamdulillah, urusan dah selesai. Dalam masa tak sampai 15hari, aku dh dimaklumkan oleh pihak bank yang KWSP dah pon hantar check utk bayaran bulanan rumah aku tu.

Sampai ke Januari 2012 nanti, aku boleh relax takyah pikir nak transfer duit dekat bank..jimat RM3 kos Inter-GIRO transfer :)

Untuk maklumat lebih lanjut dan lebih byk situasi berkaitan pengeluaran ni, rajin-rajinlah visit ke website KWSP yer..

Our Cahaya Permai Apartment - currently rented by a family

21 words from u:

nad said...

kami pun dalam proses utk ini jugak...

mrs Fahmi said...

wahhh....good info ni....mmg tak tahu....thanks babe for sharing...pas nih boleh la menapak pi KWSP jugak...:p

pizet said...

penah buat dulu pengeluaran ni masa mula2 beli rumah dulu, lepas2 tu byk pengeluaran pendidikan ja...tp cek slalu lambat proses pastu yuran sangkut...sem depan pakai duit sendiri ja la sebab dah sah jawatan...leh kosongkan akaun kwsp trus

zara zaman said...

dah 3 kali buat pengeluaran perumahan... makin susut $$$ dlm tu...

ieda said...

baguskan .. banyak membantu , tapi tulah sayang duit dah kuar banyak huhuh

Che Yah said...

liza ke yg byr bulan2 duit rumah baru tu?berapa bulanan die ye?

-ibu wafiy & irsyad-

Unknown said...

abes dah duit kwsp wat d/payment umah tahun lepas..huhu

miezaniera said...

duit kami pn dh abis buat renovation umah hehehe

Unknown said...

@Nad @ MamaZakwan lega sikit bila dh dapat duit tu nnt kan?

Unknown said...

@mrs Fahmi harus harus pegi..lgpon akaun 2 KWSP tu mmg dedicated utk rumah tu je selagi tak abes bayar kan..

Unknown said...

@zara zaman takpe susut, at least membantu jugak kot part monthly installment kita tu

Unknown said...

@ieda mmg membantu dikala gaji tak naik-naik nih haha!

Unknown said...

@Nuha-aila haah I yg bayar..monthly dalam rm450 mcm tu la

Unknown said...

@eT takpa, tunggu dia terkumpul utk setahun gitu..nnt boleh la keluarkan lagi utk kurangkan baki pinjaman pulak

Unknown said...

@miezaniera berbaloi2 kalau guna utk renovation

akuzle ayu said...

cahaya permai neh dkt bt 3 ker? tepi federal?

Bandar Putra Permai Resident said...

Hi Momma Lydza, selamat menjadi warga Putra Permai..jom join komuniti online kita kat Forum Komuniti Bandar Putra Permai .

Bandar Putra Permai Resident said...

hi akuziela,

Cahaya Permai nie yang sebelah Giant Seri Kembangan kat link nie

mummy said...

congrats dah ada rumah...kite ni tak tau la bila..hope cepat la prosesnye uhuhuhu

Raihanah Ahmad said...

good info ni. saya pun dalam process nak mohon

Unknown said...

@Raihanah Ahmadbila dh keluarkan, susut sikit la amaun dalam akaun kwsp kita.. :)

tapi tak pe, as long memudahkan urusan kita bayar loan rumah kan

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®