Mary Kay - kelas skin care

Saya nk upload gambar, tp tak bleh pulak nk bluetoothkan, ntah ape problem ntah.

Ok tajuk tu, tetiba je saya terjebak petang Jumaat yang lepas. Salah sorang officemate saya - ajak geng  Loudspeaker saya join kelas tu. Kelas tu start jam 5pm. Ada sorang Beauty Consultant datang bagi demo. Dan ajar pasal skin care sambil bagi guna produk Mary Kay.

Hmm ok kita torai, tp dalam hati saya dah tau dah akak ni nk promote produk dan nk ajak kami join la tu. Takpelah, utk tidak mengecewakan hati officemate saya tu, kami pon duduk la sambil berdemo-demo guna facial wash, toner, masker, moisturizer dan jugak foundation.

Dalam hati saya, PLEASE la cepat habis hehe. Last-last memang saya mintak diri awal sebab jam dah menunjukkan pukul 6.30pm. Masa tu baru abes pakai dan basuh masker. Then pakai toner, moisturizer dan foundation dalam kadar 2 minit je. Kawan-kawan lain tetap sabar menunggu.

Huhu terlewat saya amek anak-anak kt taska hari tu. Kesian HMs..

Dalam nk cepat-cepat tu, sempat jugak la saya take note perihal sapuan guna 3 jari sambil mengurut muka dan kepentingan pakai masker :D

Hari ni dengarnya, akak tu nk datang utk buat kelas mekap pulak. Suka gak saya dengan kelas ni sebab saya ni mmg tak reti la nk bermekap secara betulnya. Selalu main taram je letak apa-apa yg patut. Nampak ala-ala siap tu. kira dah ok dah. Memang takdek teknik langsung lah.

Datang jgn tak datang. Dia nk buat waktu lunch hour. OKEH bagus..so tak mengorbankan waktu petang saya dah.

Contest : Jadi Ahli Shaklee

Saya adalah pengguna vitamin Shaklee sejak setahun yang lalu. Jadi saya memang NAK sangat jadi ahli..lepas ni saya nk jual product Shaklee pulak :)

Untuk contest ni, saya kena cerita pengalaman saya menggunakan produk Shaklee.

Saya mula consume vitamin ini sejak awal tahun 2010. Sejak mula makan pada hari pertama lagi, saya dh jatuh cinta pandang pertama . Sehingga hari ini saya masih bercinta dengan vitamin-vitamin itu.
Jatuh cinta sebab;
  • susu makin pekat dan penuh nutrisi
  • badan masih bertenaga walaupon dh dipenghujung hari
Boleh baca my first testimonial. Cerita lanjut pasal dua sebab diatas.


Jatuh cinta lagi dan lagi bila berpantang anak ketiga dengan set C (set berpantang Shaklee). 
Berpantang sambil melayan kerenah 2 lagi anak tanpa rasa kepenatan 'terlebih sudah' ..Susu badan memang tetap pekat dan anakku tidak meragam tak cukup susu. 

Baru perasan, rambut saya tak berguguran jatuh kebumi macam previous post-delivery..I LIKE..so takyah la saya menyapu lantai hari-hari heheh!


Okeh itu saje cerita saya. Ringkas saja ceritanya tp amat menyenangkan hati saya sejak tahun lepas.


ShakleeTrialPack.com sering muncul di majalah Pa&Ma hasil sokongan pengguna setianya. Selain khidmat sokongan yang begitu memuaskan, kami juga menjanjikan hadiah agar lebih nilai kepada wang anda. Lawati ShakleeTrialPack.com hari ini atau hubungi terus Mommy Lyna (pengasas) di talian 012-2811136.



Nyaris..

Ketaq lutut ni haaaa..tangan pon ketaq jugak..










Its FRIDAY

Pejam celik dah hari Jumaat. Masa pantas sangat berlalu. 

Hari ni jadual saya agak penuh. Sekejap lagi nak keluar pi carikkan souvenier sempena farewell our IT Technician. Dia mula kerja sama date dan hari dengan saya. 4 Januari 2010. Alhamdulillah, dia dapat better offer ditempat lain, so bye-bye PBJV. 

Dia masih muda, elokla mencari dan terus mencari peluang yg lebih baik. 
Hiks cakap macam saya ni dh tua je ekekeke..dh tua pon bukan tak boleh carik better offer kan. Insya allah kalau rezeki, pasti tak ditolak :)

Lepas carik hadiah, lunch time saya nk join kawan-kawan saya pegi Loudspeaker hehehe!!!

Petang nanti, jam 5 jamuan kecil-kecilan sempena farewell. 

Saya dh sempat blogwalking, dah setel pumping juga..
Ok, have a nice day and weekend yer semua..



Ragam anak-anak

Rentetan entry ini

Ramai yang tanya, kenapa dengan Hadif tu. Menangis berair mata sedih sekali. Hihihi. Hiks anak nangis, mama gelak pulak.

Itu la dia ragam dipagi hari didepan pintu taska. Even dah pon almost sebulan dihantar kesana, Hadif masih lagi menangis-nangis tak mau ditinggalkan. Nak ikut mama..nak ikut papa..
Setakat ni, rasanya taska tu takdek problem jaga tak elok, cuma Hadif masih belum dapat terima hakikat mama dia ada kerja, takboleh nak 24jam depan mata dia.


Seminggu dua hari tu, memang terasa la mama ni sedih jugak bila tinggalkan anak kt taska dan anak pulak menangis. Tapi bila dah nak masuk sebulan ni, hati mama dh agak kering tengok anak masih berdrama.

Tiga orang anak, tiga-tiga dengan drama masing-masing huhu.

Hannah berdrama masa nk bangun dan mandi pagi, Hadif berdrama depan pintu taska, Hilda pulak berdrama waktu mama terus nk buat kerja rumah tak belai-belai bagi candu dia dulu di petang hari.

Ohh mama!! Yang penting mama kena tingkatkan tahap kesabaran sebanyak 200%..





Herba Maharani

Dalam pada takdek idea nak cerita apa, saya perahkan jugak otak ni utk datangkan satu cerita .. hehe beria sungguh nk update blog.

Sumber gambar

Herba Maharani. Ada yang tak pernah dengar?? 
Ala ni kira sepupu sepapat herba-herba dan health food utk orang perempuan la. Nak cerita lanjut pasal  herba ni, sila google sendiri ketika anda ada masa free..hahaha tak membantu sungguh saya nih. 

Beberapa minggu yang lalu saya ada order herba maharani dari KancilBiru. Dia kan tokei PB dan Maharani.

Masa saya order tu, saya dh dipenghujung tempoh berpantang. Saya order sebab rasa macam tak lengkap je acara berpantang tanpa makan herba-herba ni. Yang saya amalkan dari mula berpantang cuma set vitamin Shaklee saja. Memang set Shaklee bagus dan serasi dekat saya. Cuma saya tak dpt rasa 'panas' yang sepatutnya orang berpantang tu rasa daripada set Shaklee.

Memang saya ada juga makan herba Phytonatal yang kawan saya Ana bagi tu. Tapi saya selalu skip sebab tak larat nk menahan perasaan senak perut sebelum dapat pegi ke toilet membuang sisa pepejal ~erkk sorry pada sesapa yg tengah makan depan laptop/pc~

Tambah-tambah pulak lagi bila dah balik rumah sendiri, saya kena handle tiga-tiga anak saya sendiri. Mandi, basuh berak-kencing dan sebagainya lah. Bila dh agak BZ, stokin pon dah tak pakai. Pakai time nk tidur je. Sepanjang siang tu, saya memang rasa kaki saya agak sejuk. Even pijak lantai pakai selipar, masih jugak rasa sejuk.

Saya ikut saranan kak KB, makan 10 bijik 2kali sehari. Ni dos minima utk orang yang breastfeed anak. Sebab takmo anak dapat efek panas tu. Alhamdulillah, sejak tu tapak kaki yang konon-konon sejuk dah rasa comfort dan selesa je. Memandangkan cuaca masa seminggu terawal pengambilan Maharani agak mendung, jadi memang saya rasa badan dan kaki saya sangat selesa. Tapi bila cuaca agak panas, memang berpeluh-peluh jugak la baju saya. 

Sejak consume Maharani, saya dh tak perlu menahan perasaan senak macam masa makan Phytonatal. Everthing goes smoothly sahaja. I LIKE!

Hilda pulak nampak macam OK jugak. Tak nampak pon dia punya rimas panas tak selesa. Maknanya mmg tak efek apa-apa kt dia la tu.

Production susu, tak leh nk komen sebab masa dalam pantang hormon masih tinggi. So memang takdek masalah dekat situ.

Habis 1 bola herba tu saya makan, saya teruskan bola kedua. Tapi cuma sempat makan utk sehari (20 biji) then saya pon start kerja. Korang tau kan, cerita opis saya terbakar tu. Opis gelap, lampu and aircond takdak. So saya tak berani nak amek herba ni. Serius hangat berasap je dalam opis. So saya pikir, utk saya selesa tak panas berasap, saya stopkan dulu makan herba Maharani. 

Memandangkan Isnin lepas, opis dah pon pulih seperti sediakala, so saya akan sambung makan herba ni sampai abes. Lepas 2-3minggu nnt saya sambung lagi entry pasal ni ye.

psstt : presentation dan packaging Herba Maharani ni memang cantik. Boleh tengok macam gambar kt atas tu. Kotak merah macam kotak cincin, lepas tu dalam bola putih, then ada lagi bola jernih..lepas tu baru la dapat jumpa herba yang sebenar bijian kecil yang berwarna hitam.

Wordless Wednesday



"Dah dah la menangis tu sayang..
Mama dgn papa kan pegi keje, petang nnt mama amek la abang balik rumah..kakak hannah dgn baby kan ada kt sini juga.."

Hilda Marissa - 2 months

Ini budak dah pon almost 2 bulan setengah..

Ahad lepas kami bawak dia pegi inject imunisasi kt Klinik Dr Azhar.

Berat = 4.5kg ~naik sekilo dari umur 1 bulan~

Panjang, ukur lilit kepala Dr tak check pulak..Hmm ni yg kurengnya bila pegi klinik GP je, tak pegi kt klinik kerajaan sebab kt klinik kerajaan, semua benda tu dia rekodkan..

Tak apalah..

Hilda so far very good girl. 
Tak meragam, jarang menangis, tidur yang nyenyak, suka senyum-senyum bila mama ajak sembang, suka hisap mitten nyotnyot srooott srrotttt bunyi dia..
Ddan yang paling penting tetap comel hehe! Sape lagi nk puji anak kalau bukan mak dia sendiri kan :P

Cik mek molek tersenyum :)

Saya suka tidur

Tidur macam ni lagi saya suka
semua belum mandi!



Tapi kesian jugak kat dia, selepas seminggu pegi taska, dia mula dapat selsema. Kelmarin pon suhu badan agak tinggi. Hmm penyakit biasa anak-anak ke taska, kan? Cuma demam tu tak lama, semalam dh ok dah. Cuma selsema masih bersisa. Maybe jugak sebab sejuk pagi..so dia kerap bersin.

Bab ubat, bila suhu badan tinggi memang mama bagi Hilda ubat demam 1ml..tp bila selsema mama sungguh ragu-ragu nak bagi ubat. Dah 4-5hari selsema mama cuma pernah bagi sekali je ubat selsema tu. Mama cuma takut ada effect tak baik sebab bagi ubat selsema/batuk pada budak terlalu kecik umurnya macam Hilda ni. Dalam buku Wardina tu pon, dia percaya yang selsema boleh baik sendiri walaupon mengambil masa yang lama. 

Apa kata kawan-kawan mama?

pssttt : semalam mama saya ngumpat saya dekat aunty Yun. Mama kata saya paling ngada-ngada sebab bila kena cucuk, saya nangis.. tak macam kakak Hannah & abg Hadif yang lebih tabah..dorang tak nangis. Huhu mama tak tau ke, sakit la bila kena cucuk tu!

Random

1. Saya dh kembali ke workstation saya.. Electric supply dah kembali pulih di level 2. Bye-bye meja di bilik HR yang cuma seminggu saya singgahi dan sekarang saya ber'aktiviti' disurau pula :)

2. Lesson learnt from 'Mama, saya lapar' bernar-benar difahami oleh Hannah. Bukan setakat teori malah praktikalnya sekali. Malam tadi kami bawa anak-anak ke MyMydin yang baru dibuka di Subang Bestari. Hannah betul-betul ambil apa yang diarahkan saja tanpa sedikit pon melencong ke arah rak 'makanan sampah'. Cuma Hadif maybe perlukan lebih tuisyen sebab dia masih insist mahukan gula-gula Mentos :D

3. Modem broadband saya masih belum berganti. Saya dah rindu discussion dan posting di group "Kumpulan Ibu Menyusukan" di Facebook. Kat opis, FB kena block!


Mama..saya lapar by Wardina

Assalamualaikum semua..

Saya mengaku saya tak Monday blues hari ni.. :) 
Ceria je pagi-pagi disebabkan beberapa sebab hehe..

Yang pertama ;
Level 2 dah ada api!!! Bila ada api, boleh la lampu dan aircond dipasang. Tak panas dan gelap lagi yeay!! Alhamdulillah. Saya sempat berpanas dan bergelap selama seminggu saje compare to kawan-kawan saya yang berpanas dan bergelap selama 3 minggu..

Yang kedua;
Saya gembira sebab saya dah dapat manfaat daripada pembelian dan pembacaan buku ini.

~Mama, saya lapar~


Saya beli last Friday di kedai buku di Giant Kota Damansara. Takdek niat nak beli pon sebenarnya. Mula-mula saya masuk ke Lunatots sebab nak carik storage bottle, ingatkan nk carik botol Bumble Bee macam yang Ayu cadangkan tu. Sekali yang ada cuma lah botol MLO. Takmo lah saya beli botol MLO sebab botol tu la yang pecah hari tu..So saya pon keluar dari Lunatots dan pergi ke kedai buku tu. Ila ada kat sana.

Saya pon join la tengok-tengok buku. Terpandang buku Mama, saya lapar ni, terus saya amek. Carik jugak buku colouring dan pensil warna utk anak-anak.. Tak pikir panjang, terus saya ke kaunter dan bayar.

Sabtu, kt rumah baru saya sempat membaca. Isi kandungan buku ni memang menarik. Kena lah dengan situasi saya yang mengalami masalah anak takmau /susah makan ni. 

Bab junkfood - makanan sampah, dah sempat saya educate kan pada Hannah pasal bab junk food. Nampak secara teori dia faham. Seronok mama dia ni. hehe..
Bila saya tanya dia, apa dia makanan sampah, dia akan jawab keropok, gula-gula dgn jajan.
Bila saya tanya dia, apa dia keropok, gula-gula dan jajan, Hannah akan jawab makanan sampah.
Secara praktikal, petang nanti saya nk uji dia.  Nak bawak pegi kedai, dan tengok apa reaksi dia bila berdepan dengan rak yang penuh dgn 'makanan sampah'

Bab memberi anak makan - memang tips nya adalah jangan memaksa anak makan. Bila dipaksa, anak stress mama pon stress. Saya gunakan pendekatan yang sama sebijik macam Wardina tuliss dalam bukunya. Gunakan pendekatan secara memujuk yang lembut. 

Berkesan juga! Kaitkan dengan makan sayur boleh jadi kuat macam Popeye, makan timun boleh buat kulit cantik, makan carrot nanti mata jadi cantik. Alhamdulillah, Hannah paham juga. Bersemangat dia makan sebab nak jadi kuat.

Dan akhir sekali bab breakfast. Kanak-kanak perlu makan breakfast supaya mereka bertenaga utk belajar. Saya cerita kt Hannah, lepas ni dia kena makan breakfast before pegi sekolah. Tapi kena bangun awal dan jangan menangis masa mandi. Pagi tadi dia mintak nk breakfast coco-kruch..Alamak sayang, mama tak beli stok lagi. Saya pujuk dia dan beri dia makan biskut kering kegemaran mama. Hehe!

Alhamdulillah, sebab tu lah saya rasa saya ceria hari ni. Tapi hanya Hannah je la yang paham dan positif dengan apa yang mama ajarkan. Hadif?? Lepas mama ajar, dia pegi bukak peti ais carik gula-gula Haih!!

Breastfeeding - Pumping at office

Ok entry pasal breastfeeding lagi!!

Saya sedang konpius nk buat drawing pakai Visio ni, so saya relax-relax dulu carik mood buat kerja dengan menaip entry..Taip jangan tak taip! Hehe!

Cerita ni berkisar BF journey saya bersama opis yang agak tidak sempurna selepas kejadian kebakaran hari tu. Tanpa lampu, tanpa aircond dan tanpa proper wiring. Saya tak dapat buat 'aktiviti' disurau sebab surau gelap gelita. Apapon saya bersyukur sebab saya dapat work-station yang agak strategik. Agak tersorok dan tanpa staff lelaki yang 9-6 ada didalam bilik ini.

Ini meja baru saya.  Meja paling hujung dan agak terlindung dari penglihatan public.


Nampak tak pashmina atas kerusi saya tu. Itu pon salah satu helper saya. Walaupon dalam keadaan hangat dan panas, saya masih perlu berselimut sebab nk melindungi 'aktiviti' saya daripada kelihatan terlalu public. Lagipon sekali sekala bilik ini akan dikunjungi oleh staf lain yang ada hal nk rujuk/tanya/diskas etc dgn staf HR. Dengan kawan-kawan HR saya pon, dorang tak tau saya sedang buat 'aktiviti' kalau saya tak bgtau..Betapa senyapnya Spectra3..

Saya akan berselimut, memalingkan kerusi menghadap meja, memasang peralatan dan seterusnya berlangsunglah 'aktiviti' selama 20minit. Dan, Tadaaaaaaaaaaa..inilah hasilnya - hasil double pumping.


Sepanjang jam 8am hingga 6pm saya diopis, saya buat 3kali sesi.. 
Sesi pertama - 8.30am, 
Sesi kedua - 11.30am - 12.30pm (diantara waktu ini)
Sesi ketiga - 3pm-4pm (diantara waktu ini)

Selalunya sesi pertama hasil kutipan adalah lebih memberangsangkan berbanding sesi kedua dan ketiga. 

Saya akan tambah lagi satu sesi tandem-pumping bersama Hilda dimalam hari ~directfeed sebelah dan pump sebelah~ Biasanya ketika saya dh bersedia nk tidur ataupon jam 12malam. Sesi directfeeding jam 3pagi dan 6pagi saya dh tak mampu nk pegi dapur amek pam dan buat tandem-pumping.

Dan ini pulak adalah benda-wajib-ada diatas meja saya. My milk booster.

Air masak, air Horlick dan Alfalfa.
Botol air masak saya ni berukuran 750ml saje. Saya cuba pastikan saya akan habiskan air masak ni sebelum tiba waktu lunch. Bila dah habis, lepas lunch saya akan refill dan cuba habiskan sebelum saya melangkah keluar dari opis jam 6petang. Hehe tak cukup pon 2 liter air masak saya minum kt opis. Tapi cadangan 2 liter tu utk seharian kan..Saya tak mampu lah nk minum terlalu banyak air masak .

Tapi takpa, sebab waktu lunch saya suka minum air sirap panas ataupon air limau suam. Sampai rumah pon saya akan minum segelas dua air lagi. Lepas dinner pon minum air lagi. Before tidur minum lagi. So lebih kurang kasik diskaun lah tu, at the end of the day saya rasa saya tetap dapat minum 2liter air setiap hari.

Air horlick pulak saya minum time breakfast. Kalau kt rumah saya campurkan dengan oat, tp selalu rushing time bersiap nk pegi kerja, saya cuma sempat isi 2sudu Horlick saje dalam botol shaker tu. 

Dan Alfalfa pulak, saya akan telan 2 bijik setiap kali lepas pam. Setiap hari saya akan amek sekurang-kurangnya 4biji alfalfa. Dah jadi rutin pon.

Yang kt bawah ni pulak adalah bekas saya letakkan aksesori pam saya. Kt gambar tu adalah Spectra shields dan juga pam Medela Harmony. Saya tetap bawak manual pam for any back up plan. Risau juga dalam keadaan recovery kt opis ni, macam-macam kemungkinan terjadi.


Utk simpanan pulak, saya simpan EBM tu dalam cooler bag MLO saya.  Dalam coolerbag tu saya letakkan ice pack brand Coleman yang berlekuk-lekuk tu. Cantik tersusun je saya simpan botol-botol EBM saya dicelahan lekuk tu. Saya memang akan bawak 6biji botol setiap hari. 

Dan utk efek sejuk berpanjangan, saya letakkan juga thermafreeze ice ni. Thermafreeze ni asalnya agak besar, so saya potong ikut saiz yang boleh saya muatkan sekali dalam coolerbag. Yang tak berapa nk bestnya pasal Thermafreeze ni, dia mudah koyak. Bila dh koyak, gel dalam Thermafreeze ni akan terkeluar sket. Bila dah jadi macam tu, memang jadi mangsa tong sampah jugaklah.

 


Alhamdulillah, setakat ni my BF journey di opis masih berjalan lancar tanpa sebarang dugaan yang menggugat jiwa dan buat kepala otakku stress. hehe semoga berpanjangan la macam ni hendaknya.

Ohh ye, total collection biasanya sekitar 14oz sahaja setiap hari. Alhamdulillah..

Hilda minum hanya 10oz di Taska ~2oz x 5kali~. Selagi supply meet demand I should be happy enough. 

Jangan stress-stress bila tengok orang lain punya collection melambak-lambak. Kalau stress memang susah la nk collect. 
Jangan buat perbandingan melulu antara hasil collection sendiri dengan orang lain yer, tp jangan berhenti berusaha.


Breastfeeding - 2 botol EBM terjatuh

Selamat hari Jumaat semua! Ceria kan hari ni sebab esok dah wiken. Boleh la meluangkan lebih masa bersama keluarga dan buat aktiviti bersama-sama...Memang byk aktiviti tertangguh saya iaitu mengemas rumah hehe! Lost tune jugak la sebab baru mula kerja seminggu. Letih betul bila malam menjelma..

Ok kita back on track yer. Cerita pagi-pagi ni pasal EBM. 

Jatuh dalam bahasa melayu adalah sama dengan drop dalam bahasa inggeris. Tp cerita ni bukan pasal 'drop' a.k.a merudum yang sangat sinonim dalam dunia penyusuan, tp dalam erti kata sebenar jatuh dari tempat tinggi a.k.a drop from my freezer.  Haha beria bagai nk explain bahasa melayu bahasa inggeris. Saya dengan Hannah memang selalu main bahasa melayu-bahasa inggeris macam ni. LOL.

Dah 2 kali tau EBM saya ni terjatuh dari tempat tinggi tu. Maknanya dh 2 botol EBM dan storage bottle saya terkorban. Maklumla bila EBM yang keras tu terjatuh kebawah, maka impak yg kuat juga telah menyebabkan botol saya pecah..Uwaaaa nangis! So total setakat ni dalam 8oz terbazir begitu sahaja.

Saya tak tau kalau ada recovery plan utk menyelamatkan dan EBM tu masih boleh digunakan. 

Yang bulat merah tu la area botol yg terserpih

Secara logiknya saya pikir, bila dia dh jatuh, pecah dan botol telah terserpih, maka kuman pon dah masuk kt bahagian yang 'luka' tu. Kalau saya basuh dulu botol tu, air paip pulak boleh sama-sama meresap dalam EBM yg beku melalui bahagian yang 'luka' tu jugak. Kalau saya nk thaw kan EBM tu, tanpa rendam dalam air dengan meletakkan botol tu dalam cawan besar kemudian letakkan dalam peti ais..boleh pakai lagi ke susu tu? Saya tak berani nak amek risiko Hilda cirit-birit akibat susu tercemar, jadinya saya buang ajelah EBM tu ..sedih sedih..

Mangsa pertama - kusemadikan di dalam sinki
2 insiden ni berlaku masa saya tengah menyelenggara peti ais saya. Nak kedepankan stok bulan Mac dan kebelakangkan stok bulan Mei. Adoi la, gerakkan sket botol/pack yang lain pon gerak sekali sebab saya susun padat-padat. Huhu itu je ruang yang saya ada, so kena susun betul-betul supaya muat. Sekarang ni saya dh mula susun EBM dekat bahagian yang sepatutnya saya simpan lauk-pauk basah. Hmm nampaknya, makin sempit la tempat ayam tu nanti.

Dan selepas 2 insiden ni, saya rasa macam saya perlukan pembantu. Ohhhh deep freezer...

Small Celebration for Hadif

Lokasi : KFC, Giant Kota Damansara

Checking apakah didalam kotak
Blueberry cake with Ultraman Dua (sbb ada 2 ultraman)

Birthday boy dan kakak yang 'wajib' potong kek sama-sama

Happy and peace from birthday boy
Hilda tidur je sepanjang sesi celebration..Good girl


Happy 2nd Birthday HADIF

Hari ni 18hb Mei 2011 adalah hari keputeraan my only son, Muhammad Hadif Mifzal

HAPPY BIRTHDAY SAYANG MAMA!!


Kali ni, mama agak lost sebab tak pikirkan apa-apa pon in advance utk celebrate anakku itu.. Maklumla pikiran konon2 penuh dgn hal ehwal mama beranak tiga. Busy sungguh la kononnnya tu..

Last year sempena 1st birthday, beria berphotoshoot bagai.

Tahun ni, macam takdek apa-apa aje. 

Apepun, mama doakan anak mama yg manis senyumannya ni sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, bijak pandai, jadi anak yang baik takmo nakal-nakal dan sebagainya. Panjang harapan mama ni pada anak dia ehehe!

Malam nnt kita pegi beli kek yer ..


Breastfeeding and working and the challenges

Dah lepas separuh hari bekerja pada hari Isnin walaupon hakikatnya tak la bekerja sangat hehe! Serius cuaca didalam dan diluar opis adalah panas. Berbekalkan sebiji stand fan kami duduk kt dalam bilik HR ni beramai-ramai. Syukurlah pada staff lain yang tak mengalami nasib macam ni. Sauna sungguh!

Jam 5.17pm, saya teruskan sesi pumping yang ke4..hehe sesi ketiga dibuat di meja sendiri. Nasib baik Azrul, satu-satunya staf lelaki HR takdek dalam opis hari ni. On off dia masuk bilik ni sebab dia buat kerja di bawah. So tanpa segan silu la saya bgtau kawan-kawan HR yang saya nk buat 'projek' ni kt tempat saya saje. Dorang ok je, sbb tak mengganggu mereka pon. So berselimutkan sehelai pashmina, saya pon buatla 'projek' saya..Fuuuhhhh memang mencabar..dalam bilik yang panas saya siap berselimut lagi..

Tak sia-sia saya bawak Spectra3 hari ni. Tapi agak sedih sebab 2 kali sesi pumping saya tadi cuma collect 3oz saje. 1st sesi pagi tadi je dapat 5oz. Entah apa yang tak kena. Saya expect bila saya tak menyusu Hilda secara direct, maka saya dapat mengumpul amaun yang lebih banyak. 

Hmm kita tengok je sesi seterusnya dilain hari nanti..Semoga ada pertambahannya. 
Saya perlu konsisten, positif dan teruskan semangat juang saya.. Insya allah saya boleh berjaya



1st day at work

Assalamualaikum ...

I am back! Huhu sangat rindu mengarang ayat disini..Hari ni jugak 1st day back to work. WELCOME BACK LYDZAR!!

Awal sangat saya sampai opis hari ni.. Jam 7.20am dh turun hantar anak-anak ke taska, then saya pon teruskan aje la perjalanan menuju ke opis. Sudahnya jam 8.05am saya dh sampai opis.

Sampai opis, tak ramai lagi. Biasa lah tu sebab office hour start at 9am. So saya pon masuk aje la ke dalam sambil pikir dimanakah bakal menjadi port utk saya melaksanakan misi 'pumping' hari ni. Level 2 area meja saya takdek 'karen'. Saya perhatikan sekeliling lobi dan saya dapati bilik-bilik mesyuarat boleh jadi mangsa saya hehe..So saya pon masuk la meeting room 'Arowana' dan terus memulakan sesi pertama saya.

Alhamdulillah..Hari ni saya bawak Spectra3 dan juga Medela Harmony. Saya sungguh tidak konfiden dgn manual pam sebab dah beberapa kali percubaan saya menggunakan Harmony, saya belum puas hati dengan hasil kutipan sekiranya saya tidak melakukan tandem pumping bersama Hilda.
Sebab tu lah saya carik juga plag yang boleh buatkan saya menggunakan Spectra3.

Jam 9am, macam biasa acara Corporate Day. Kawan-kawan menegur ayat paling best bila kita baru balik dari maternity leave "WAAHHH DH KURUS LAAA" hehehe!!! Hati berbunga weh bila dengar ayat macam tu dari akwan-kawan.

Saya ditempatkan bersama kawan-kawan di HR Department. Kesian sangat sebab tiada berlampu, tanpa aircond hanya berkipas  Panasssss..hangatttt.. Setakat ni masih berehat-rehat tak mula kerja pon

Sekarang dh jam 10.48am, saya perlu pikirkan sesi kedua pulak. Saya pikir sebab tak ramai orang ni, mungkin saya akan pam di tempat baru saya saje ..



Broadband rosak..

Uwaaaaaaaaaaaa!!
Nangis dulu sebab nk bagitau broadband saya dh rosak. Jadinya sebab tu la semalam tak dapat nk update blog. Sekarang ni tengah makan sambil guna Wi-Fi kafe Annur..

Huhu percaya tak, saya saje nk makan kt sini sebab saya nk access ek internet. 

Maybe broadband stick tu yg rosak. Akaun saya takdek masalah sebab saya memang bayar bil saya. Bila saya connect pasa USB laptop, tiada sebarang nyalaan biru dari broadband stick itu..

Saya adalah sgt tensen dgn keadaan ini..hukhukhuk! Korang tau tak berapa harga kalau nk beli replacement broadband modem ni? Mahal tak?

Jadinya kalau saya masih tak update blog sehingga hari Isnin, maknanya mmg saya blom pegi mendapatkan replacement lah tu. Bersambung berblog dari opis aje lahh..

Saya cuma boleh access FB dari henpon C3 saya dgn menggunakan simcard broadband. Itu aje lah pengubat lara saya :P

pssstt : Cik Hilda saya dah pegi sekolah pagi ni. Semoga dia minum susu dan behave well masa ke sekolah.



Malam tadi

Malam tadi saya rasa happy..tetiba tukar ganti nama yg lebih sopan. Hehe since tahun 2010, saya memang dh jarang gunakan kata ganti aku-kau bila berkenalan dgn orang yang baru. Terasa agak matang dan sopan bila guna saya, kan? :) 

Bercakap dengan kenalan lama sudah tentulah aku-kau maklumla kenal sejak zaman remaja..tp sekarang jarang nk dapat bercakap dgn mereka. Jarak dan kebizian masing-masing adalah punca jarang berjumpa. Okeh tersasar!

Malam tadi saya rasa happy. Jadi malam tadi saya tak dapat nk lelapkan mata. Ohh ini memang selalu sangat berlaku ketika hati saya gembira. Saya tak tau nk kaitkan hormon apa yg sedang bekerja yg menyebabkan mata saya tak boleh tidur. Jadi terhasillah entry ini pada jam 1.30pagi. 

Saya taktau nak buat apa. Jadi saya tenung wajah satu persatu anak saya. ~wajah suami pon saya tenung juga hihi~Huhu sungguh comel mereka pada mata saya walaupon semuanya kurus-kurus belaka.

Malam tadi, sambil pujuk mata nk tidur saya sempat kira potongan harga guna calculator di henpon saya, yang Suraya janjikan jika saya bershopping babywearing gajet di Parenthood Expo yang berlangsung di Midvalley. Tapi nampaknya tak kesampaian sebab expo tu dah pon habis malam tadi juga. Su, kalau tiba-tiba saya terpacul depan Lunatots KD..agak-agak Su bagi lagi tak diskaun 15persen tu? hehe..

Sebenarnya yang buat saya tak boleh tidur malam tadi, adalah kerana ;

Ada orang belanja saya makan kt sini.


Macam biasa, dengan anak-anak kecil kami. Tak menjadi halangan utk sesekali makan diluar :) Alhamdulillah, Hannah dan Hadif behave well masa makan.




Hidangan sampai. Macam biasa cuma sempat amek sekeping dua je gambar makanan. 

1/4 Chicken with BBQ sauce

Yang diraikan..Mama ratu hati kami :)
Kiss from Hannah sebagai pembuka jamuan
Sedap sangat muffin ni
Drumstick with rice - Hannah punya
Hadif tak puas hati tengok kakak dapat drumstick. Nasib baik portion mama pon ada drumstick. So kita potong itu drumstick bagi kt Hadif. Baru la adil.

Potong potong

Okeh, drumstick ni utk Abg Hadif

Puas hati.semua orang dpt makan dgn aman :)

Mama..saya punya mana? - jeritan hati Hilda

Jeles Hilda tengok kakak gigit drumstick
Makan dengan gembira. Mari kita ucapkan terima kasih ramai-ramai pada papa yang sudi membelanja. Thanks for the tought too..It is actually that count.

my dear Mr Kamaruddin
okeh, Hilda sudah mintak minuman dia..
OFF!


 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®