Jom sambung cerita raya 2010.
Lambat sambung bukan apa, sebab actually mmg tak banyak gambar pon. Setakat wajah2 kami jugak yg masuk dalam kamera. Berjalan raya ke rumah orang, haram satu gambar pon aku tak snap. Kamera simpan elok je dalam handbag :P
Dipagi raya pertama :
Lovely momma and dotter
Lovely momma and son
Macam biasa bila kamera kt tangan aku, maka lebih byk gambar aku and kids lah. Awal-awal pagi tu, Abg masih di masjid. So lepas siapkan anak-anak mandi, aku pon dh siap bertudung..kita pon berposing la dulu sementara tunggu Abg balik. Lepas posing, aku suap anak-anak makan ketupat.
9am plus, cik abe Kamaruddin ku pulang dari masjid bersama abangnya - Angah. Sampai rumah dorang terus je terjah meja makan. Lapaq la tu. Before ke masjid tak menjamah makanan la tu. Lepas breakfast, Angah terus naik bilik semula nak sambung tidur. Dia meniaga malam kt Downtown Cheras sampai jam 4 pagi. Mengantuk lagi la tuu..
Huh, boring! Patutnya acara salam-salam dulu la, baru naik tidur. Bila aku dh boring tu, aku pon keluar lepak kt porch dan call mak aku..
Telepon mak kt kampung sobs sobs..
Dah abes call mak, masuk rumah balik. Tp duduk tengok tv je. Macam takdek benda nak buat. Akhirnya acara bersalaman pon berlangusng juga. Tp sekadar kami sekeluarga dengan emaknya je. Angah and wifenya sambung bermimpi diatas. Wakilkan anak dorang je join event.
Gambar aku bersalam dgn Abg takdek sapa nk tolong snap. Maklumla macam raya koboi hehe..
One and only sempat snap gambar Hadif with songkok.
Lepas solat Jumaat, dalam jam 3pm kami gerak balik ke Melaka, kampung Abg. Actually dorang ni, dh takdek atok nenek dh kt kampung tu. Tp tetap rajin menziarah pakcik makcik kt kampung. Aku yg masih ada atok dan nenek ni pulak yg tak balik ke kampung beraya. Bertahun-tahun lama dah. Kenapakah? Sebab mak dgn abah tak balik, maka kami pon tak balik lah jugak.
Sampai Melaka dah malam. Beraya 1 buah rumah pak sedara dan terus menuju ke rumah penginapan tempat nk bermalam iaitu kt rumah makcik Abg. Sampai pon dh lewat, so agenda adalah memandikan anak-anak dan terus berehat. Aku biarkan je mak mertua aku dan anak-anaknya bersembang dgn makcik dorang tu.
Siang esoknya lepas Abg balik dari ziarah pusara ayah dia, kami sambung ziarah ke rumah pakcik-makcik dia yg lain. Sepanjang beraya ni, mmg takdek satu gambar pon diambil yer.
Lepas solat Zohor, kami gerak balik ke Chini pulak. Yeay!! Sampai Chini juga dah malam. Biasalah kalau kat rumah mak sendiri, takdek la terus pi mandi dan tidur. Mesti la lepak-lepak dulu ngn mak abah dan adik beradik yg dah ada kt rumah :)
Sepanjang kt Chini pon takdek beraya ke mana sgt. Lebih byk spend masa rehat2 dan lepak2 kt rumah je.
Raya ke3, kami pegi Kuantan. Tujuan nk beli TV..ehehe sempat lg nk shopping time raya tu! Then singgah rumah ex-opismet Abg yg dah pon pencen.
Lunch kt kedai makan tepi sungai Kuantan
Suka Hannah tengok 'kapal api laut'
Terserempak dgn Halmi dan Jaa kt Masjid besar Kuantan. Dorang otw balik Chini dari Kuala Berang :)
Raya ke4, semua adik beradik dah ada berkumpul kt rumah. Jadi kami pon sepakat, pakai balik baju 1st Hari Raya utk tujuan amek gambar beramai-ramai.
Abah dan Mak
Family kakak sulung aku, Noriah dan Yusof
with 2 kids - Nazrul Haqim dan Yasmin Nur Nadhirah
Family ni, takkan tak kenal kot :P
My fourth bro - Fitri dan Adah
Expecting their 1st baby on March 2011
My 5th bro - Halmi dan Jaa
Baru je misscarry isk isk..sabar ye, insyaallah ada rezeki nnt
Actually adik beradik aku ada 6 orang. Tp abang aku tak enterframe plak dalam gambar dgn mak n abah. Gambar adik bongsu aku pon takdak dalam kamera aku. Nnt aku mintak ehsan kakak-adik-ipar aku utk gambar complete 1big family.
Biasalah dh raya ke4, walaupon excited bergambar ramai-ramai..dalam kecoh sane sini tu, acara salam-salam pon dh jadi tak rasmi. Maka mmg kompomlah takdek gambar aku bersalam dgn Abg utk tahun 2010.
Hannah : Amek gambar lg?? taknak lah! Saya dh dpt duit raya dh cukup best...
Hadif : Mama nk susu..adik nk tidur lah. Boringla amek gambar je.
Sepanjang kt Chini, sempat jugak beraya kt rumah member Abg - Sopian yg kawen dgn orang Chini juga. Kira pegi rumah mertua dia la. Dan beraya kt Muadzam rumah Chot, kawan Abg juga. Aku yg duduk Chini, langsung tak beraya memana rumah member aku..Huhu sapa punya kampung ni sebenarnya? Aku ke Abg? hahaha!
Raya ke 6, kami pun pulang ke Klang Valley. Untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
Cerita raya 2010, blum habis lagi kot. Lepas ni, edisi terjahan ke rumah kawan-kawan pulak. Aku berazam nk amek gambar :D