Tembamnya!!

"Uishhhh tembamnya muka sekarang " 
tegur salah sorang opismet berjantina lelaki sekejap tadi..Aku senyum jer :P

Nak buat macammana, KG's pon dah naik berbelas-belas kilo. Mesti la ada efek jugak kt muka selain kt perut, kaki dan sebagainya lagi..

Ai tak kesah..Ai dh tiga kali berhadapan situasi ni.. Kali ni kira ok lagi la compare masa 1st time pregnant dulu. LAGI BESAR, LAGI TEMBAM dan segala-galanya LAGI.. kawan-kawan pon tak percaya itu adalah aku..

Semua gambar kt bawah ni, kandungan plus-minus 36minggu..

1st pregancy - Makan dan makan lagi!! (24 Nov 07)


2nd pregnancy - less tembam kot kali ni (20 April 09)


Latest - 27 Feb 11 - Adik gelakkan mama ke ni?
Eh Eh!! 
Tetiba nampak macam sama tembam je dgn 1st pregnancy dulu. Memang sah la kata-kata opismet ku tadi. 

Tak pon ni efek dan ilusi kamera je kot..lagi satu efek angle gambar ni diambil ..hahaha DENIAL!!

Ehem ehemm ..
aku teringinnya la sangat nak beli something yg boleh mengakibatkan segala lemak aku ni susut dan pupus..Ramai dah orang kata, berkesan. Teringinnya nk mencoba. Tapi harga dia agak MAHAL..hmmmmm..tercapai ke tak wishlist yg satu ni..

agak-agak kalau pakai benda alah tu..dapat balik kot saiz cenggini

Newborn BabyGirl of Shakira and Ali

Semalam, as planned dengan Syifaa', aku mengangkut 2 anakanda ku bergerak ke Shah Alam. Tujuan, nak visit newborn baby girl of my ex-schoolmates..

Nama belum difinalise lagi as at yesterday. Today daddy dia pegi register, so by today la baru tau apa nama sebenar. 

Congratulation to Kyra n Ali for ur second bundle of joy and to kakak Arissa, be good kakak okey. Best la Ali dikelilingi bunga-bunga cantik :)

Seriously lupa nk snap gambar baby semalam..padahal dh siap2 packkan kamera masuk beg susu HMs nih..


pssssttt : rasanya ini last trip aku kesana kumari mengusung anakanda berdua pegi jalan-jalan tanpa cik Abg. Lepas ni, dh ada 3 'handbags', dh agak susah nk bergerak bebas.

Breastfeeding : Atasi Susu Ibu Kurang Di Awal Kelahiran

Kita teruskan dgn pembelajaran pasal breastfeeding yer..

Untuk yg sedang mengandung, tak kiralah anak pertama atau kedua dan seterusnya, boleh take note..

Aku cedok directly dari blog MySuperkids yer.. Atasi Susu Ibu Kurang Di Awal Kelahiran

Saya sering berjumpa ibu-ibu baru yang menyatakan bahawa..
“Dah buat macam2, dah makan macam2, dah berurut.. tapi susu masih kurang”
Bila saya bertanya kembali “Berapa kerap kamu menyusukan bayi? Bagaimana kamu tahu susu ibu yang kamu hasilkan tak cukup?”
Jawapannya “Macamana nak susukan kalau susu tak ada? Dari hari pertama tak keluar apa-apa. Hari ketiga baru ada sedikit. Mana cukup”
Ini adalah kesilapan terbesar seorang ibu yang berhasrat untuk menyusukan anaknya – tidak menimba ilmu penyusuan susu ibu sebelum mula menyusukan anak.
Apabila tidak mendapat ilmu yang sebenarnya, kita lebih senang membuat anggapan.
  • Anggap penyusuan adalah proses semulajadi yang amat mudah.
  • Anggap ibu ‘yang bertuah’ saja boleh menyusukan anaknya, iaitu yang anaknya lahir saja terus susu memancut-mancut macam air paip.
  • Anggap diri tiada susu kerana tiada susu yang mengalir keluar.
  • Anggap tidak boleh menyusukan kerana tiada susu dan bayi dah menangis lapar.
  • Anggap setiap tangisan bayi adalah kerana kelaparan.
Saya tidak salahkan ibu-ibu ini.. mungkin mereka tidak mendapat akses untuk mendapatkan maklumat yang sebenarnya tentang penyusuan.
Malah, biasanya bila kita cari maklumat tentang ‘cara membanyakkan susu’, kebanyakan petua yang diberi lebih kepada pemakanan untuk membanyakkan susu, urutan dan sebagainya; dan hampir tak ada (merujuk kepada petua2 tersebut) yang menyebut tentang:
  • Menyusukan bayi seawal setengah jam pertama kelahiran.
  • Susu awal atau kolostrum adalah susu yang paling berkhasiat dan diperlukan untuk membina antibodi si manja.
  • Kerapkan menyusu bayi untuk mendapatkan stimulasi atau rangsangan yang secukupnya.
  • Banyaknya susu dipengaruhi oleh keperluan bayi, oleh itu ibu perlu kerap menyusukan bayi dan mengepam bagi menghasilkan demand ini.
Secara tak langsung ia membuahkan salahtanggapan terhadap ibu-ibu baru yang kekurangan akses kepada maklumat yang betul (biasanya website2 pejuang susu ibu dan buku2 tentang penyusuan ibu).
  • Mula mengambil makanan penambah susu ibu sejak dari kehamilan dengan harapan dapat menyusukan anak kelak.
  • Menunggu payudara bengkak/rasa ada susu baru nak mula menyusukan bayi.
  • Memulakan episod ‘penyusuan ibu’ dengan mengambil milk booster dan mengurut tapi tidak menyusukan bayi dengan susu ibu.
susu ibu
Bercakap soal rezeki, ya memang benar, setiap orang ada rezeki masing2. Mungkin ada ibu yang rezeki susu anaknya dari ibu yang lain. Mungkin ada juga ibu yang rezeki susu anaknya dari makhluk Allah yang lain… namun sebagaimana kita boleh belajar dan berusaha untuk mendapatkan kecemerlangan semasa di sekolah, atau di universiti, atau di tempat kerja, pasti ada jalan penyelesaian dalam memberikan bayi kita susu ibu, susu yang terbaik.
Walau bagaimanapun, ini adalah cabaran kepada ibu-ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, dan mengakui diri sebagai penggiat susu ibu, untuk menyampaikan pengetahuan tentang penyusuan susu ibu terhadap ibu2 ini. Pandanglah mereka dengan empati, bukan niat mereka untuk ‘salah anggap’ terhadap konsep penyusuan, mungkin kerana penggiat susu ibu tak cukup banyak buat kerja?
Semoga kita mendapat manfaat daripada artikel diatas.

psssstttt : dan bagus jugak kalau kawan-kawan baca sekali komen-komen dalam artikel Mommylyna ni - Atasi Susu Ibu Kurang Di Awal Kelahiran..


Papa John's Restaurant

Assalamualaikum!!!

Dah breakfast ke semua orang pagi ni? Aku tengah kunyah ban coklat Sweetie dan air susu Full Cream nih.. dan lepas ni ada sambungan breakfast, makan nasik lemak pulak. 
Hehe Banyaknya makannn!!!!

Saje nk sajikan entry pembukaan hari Jumaat dgn entry restoran dan gambar makanan :)

Pernah dengar tak nama restoran Papa John? Aku tak penah..tp aritu 1st time tetiba terserempak dgn restoran ni di Jusco Equin. Restoran ini menyediakan hidangan pizza, pasta dan lain-lain. Ala mcm pizza hut jugak la.

Abg ajak cuba makan kt situ..Aku ok jer, apa-apa pon boleh nk bedal.  

Kami order, set for two berharga RM 28.90.

Dalam set ni ada, 2 gelas soft drinks,  1 set breadstick, 1 set potato wedges, dan pizza Original Crust 9" inci - kami pilih topping bernama Chicken Super Papa's .. dalam set ni tidak disertakan mushroom/chicken soup.

Ilustrasi menu dari website Papa John
Ni pulak ilustrasi sebenar dari kamera C3 pink ku..gambar air terlupa plak nk snap..tp sebab mereka hanyalah soft drink so korang sure dapat membayangkan macammana rupa dia :)

Chicken Super Papa's ..full with topping..puas hati kami :)
Breadstick yg mmg macam stick kejung haha! But the taste is OK especially bila cicah ngn cheese yg diberi

Sos ala-ala kuah spageti utk dimakan bersama pizza, dan cheese utk dimakan bersama wedges
Wedges - tak setanding cheesy wedges KFC
Side dishes. 

Kami order sebab risau pizza sampai lambat. Perut dh menyanyi riang sebab paginya cuba breakfast dgn Twiggies Gardenia sahaja. Takut experience sepanjang tahun 2010 di Pizza Hut berulang. Menunggu sampai mengantuk, pizza tak sampai-sampai gak lagi. So kita boleh isi perut yg memang already lapar dgn something yg lain dulu.

Cheese cake - RM6.00 - keras sikit
Mushroom soup memang sedap berkrim - RM4.90

Overall, boleh bagi rating 7.5 out of 10.

Teringin nak try?? Boleh la check outlet Papa John  kt PAPA JOHN's STORE

Sepagi di Hospital Sg Buloh

Sambung cerita lagi

Dari lobi Hosp Sg Buloh
Jam 8++am, gerak dari rumah ke Hospital. Hospital ni memang dekat dgn rumah.

Mengikutkan saranan Doktor cantik bergaya dari Klinik Soraya, kami pon terus la menuju ke Emergency department. Besar tulisan Dewan Bersalin kt depan tu.

Dup dap dup dap jugak jantung aku bergetar. Terasa macam nk serah diri kt Balai Polis je.

Beratur tunggu utk dilayan didepan kaunter. Kt dalam tu, ada ramai ibu-ibu mengandung tengah tunggu turn utk dicheck. Tunggu masa jugak nk menatap wajah anak comel dorang :)

Sampai turn aku, aku cerita tujuan kedatangan aku pada staf hospital dan hulurkan referel letter. Akak tu bawak surat aku bagi kt doktor sekejap, then dia datang balik. Akak tu kata aku kena pergi dekat klinik pakar dan amek date utk appointment dulu. 

Laaaaa....Aku ingat dapat la turn utk berjumpa dgn doktor terus. 

So berjalan la kami menuju ke klinik pakar pulak utk dapatkan date appointment. Letih gak aku berjalan dari bahagian emergency ke klinik pakar. Besar betul la hospital ni.

Date appointment yg diberi adalah Jumaat minggu depan. 4hb 3, 2011..

So takdek apa yg boleh diceritakan pasal baby kt hospital buat masa ni. Datang ke hospital dan dapat MC semata-mata utk ambil date appointment. Tp since dh dapat MC, kita buat-buat cara dpt MC la kan..hihihi..

Sempat gak Abg tunjuk kt aku bangunan baru hospital angkat UiTM ni masa buat U-turn nak balik tu. Semoga Hospital Sg Buloh dan UiTM dapat sama-sama menghasilkan produk tenaga manusia yg berkualiti utk terus berkhidmat pada masyarakat.


Secret Recipe - Lunch

Sementara nk tunggu Abg aritu, aku lunch sorang2 kt Secret Recipe, SACC Mall..

Lunch adalah ditaja oleh si dia kesayangan hamba, walaupon dia tak lunch bersama-sama hihi..
TQ dear!

Tropical Mix Smoothies - sungguh terasa kepisangannya

Blackpaper ciken with rice - gambar ayam tetiba over BLACK plak dah!
Huhu sedap tak?

So apalagi, jom kita pegi lunch sekarang jugak!!!


Check Up @ 36weeks..

Thank you pada komen kawan-kawan yg concern pasal kesihatan aku berikutan entry MC lagi semalam tu.. Terharu i tau :)

Ok pada hari ni, akan diceritakan alkesah yg berlaku..

Sebenarnya semalam aku diarahkan oleh doktor di klinik Soraya utk merujuk pada doktor pakar di Hospital Sg Buloh. So doktor kt klinik Soraya lah yang bagi aku MC utk tujuan ini.

~Flashback~

Petang selasa, macam biasa aku pegi ke Klinik Soraya utk rutin check up 2 minggu sekali. Doktor cantik bergaya di situ masih lagi risau akan berat baby aku, yang menurut pandanganya masih kecil dari yang sepatutnya. As per scan di Klinik Soraya, current baby weight is 2.27kg.

So Doktor cantik bergaya tanpa ragu lagi meminta aku pergi ke Hospital Sg Buloh utk check up lanjutan. Nak suruh doktor di hospital pulak mengesahkan keraguan yg bersarang dihatinya berkenaan kes IUGR ~ boleh baca kt ENTRY INI kalau nk tau kes apakah ..

Dia bagi aku satu refer letter dan mintak aku terus ke Emergency Department - Dewan Bersalin supaya aku boleh berjumpa dengan doktor terus. MC juga diberi beserta satu beg Anmum mengandungi sekotak susu Anmum Stage 1 dan Activity Book for baby :)

~Flashback edisi kedua~

Hari Isnin 21hb 2, 2011..aku pergi jugak check up di Klinik Alpha (my office panel clinic) utk second opinion. Ini kali kedua aku kesini. Sebab aku hanya datang check kt sini bila Doktor kt Klinik Soraya ada bagi komen yang merisaukan.

Doktor Tan buat scan bila aku menyatakan kerisauan doktor di Klinik Soraya. Menurut Doktor Tan, my baby weight is 2.35kg. Dia beranggapan baby aku normal cuma sedikit ringan. Sebab air ketuban cukup, uri berada di tempat sepatutnya, kepala baby pon berada di bawah. Dan baby juga aktif. So kesimpulan yg Doktor Tan bagi adalah baby OK.

Hmmm aku rasa tersepit jugak sekarang ni. Baby OK ke tak sebenarnya...confuse sungguh..

Next entry jap lagi, sepagi di Hospital Sg Buloh..

 

MC lagi

Banyak sungguh siri MC makyong Lydzar dibulan Februari ni..

Papepon, akan diceritakan kemudian, esokla tu..sbb sat lagi nak pegi keluar.. cheers u all!!

Datang sini lagi esok yer...


CONTEST IBU HAMIL CUTE

Sementara masih bergelar IBU HAMIL ni, layak ler aku join contest ini :)



Syarat penyertaan tengok sendiri kt SINI tau!   

Gambar ni masa 6 or 7 bulan kot..



Nama : Norliza (LYDZAR)
Due date : 24 Mac 2011
Jantina bayi yang bakal lahir  : Perempuan


Nak tag : Atid

Azizulhasni Awang - Kemalangan Ngeri

Sekali lalu je aku tengok gazet Buletin Utama semalam. Tp terperasan satu berita yg agak ngeri. Ngeri rasanya bila tengok kaki yg ditembusi serpihan kayu. Adoi! Tetiba ngilu!



Aku bukan lah tau sangat pasal atlit-atlit nih. Disebabkan serpihan kayu ni, buat aku rasa berminat nk google.

Rupanya, mangsa adalah salah seorang pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang. 

Menurut Utusan Malaysia, ketika kemalangan berlaku Azizulhasni berada pada kedudukan baik untuk memotong pelumba Scotland, Chris Hoy yang memenangi perlumbaan akhir keirin Piala Dunia Klasik, kelmarin.
 


Kini beliau sedang terlantar di Hospital Diraja Manchester selepas selamat menjalani pembedahan mengeluarkan serpihan kayu daripada kakinya.

Nak baca lagi cerita pasal Azizulhasni dan kemalangan ini di Utusan Online, boleh g baca kt artikel INI   dan INI

Tak pon jom baca kt blog Thepocketrocketman utk cerita lebih detail..

All Pics credit HERE

Breastfeeding : Cara Memanaskan Susu Perahan (EBM)

Jom kita sambung pelajaran kita yg seterusnya okeh! 

Nk kongsi ilmu pasal cara menguruskan ataupon handling susu perahan pulak hari ni.

Cara menguruskan yg dimaksudkan disini  ialah cara utk memanaskan susu perahan sebelum diberikan kepada baby kita.

Enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu boleh musnah akibat kepanasan dan haba yg melampau. Oleh itu susu perahan yang  telah disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengelakkan kehilangan nutrien daripadanya.

1) Cara memanaskan susu perahan yang disimpan dibahagian sejuk (chiller)

 - Lalukan botol/bekas di bawah aliran pili sebentar.



- Kemudian rendamkan bekas/botol didalam mangkuk yg diisi dengan air panas.
- Dalam anggaran 5 minit, sila pastikan suhu susu didalam botol adalah sesuai utk diminum oleh bayi.
- Susu perahan juga boleh dipanaskan dengan menggunakan warmer electric seperti ini;




2) Cara memanaskan susu perahan yang telah beku (dari freezer).

- Seeloknya dilakukan pada waktu malam untuk kegunaan keesokan harinya. 
- Ambil beberapa botol susu perahan beku yang ingin digunakan.
- Letakkan di bahagian bawah peti sejuk utk membolehkan proses pencairan secara perlahan-lahan.
- Botol-botol susu tersebut boleh juga direndamkan didalam air suhu biasa (dalam bekas yg besar) dan diletakkan dibahagian bawah peti ais utk mempercepatkan proses pencairan susu.
- Keesokan harinya, proses pemanasan seperti langkah 1 boleh digunakan sebelum susu perahan diberi kepada baby.

PERINGATAN!!



Tolong jangan;

- Panaskan susu perahan secara terus di atas dapur. 
- Panaskan susu perahan dalam microwave oven.
- Didihkan susu perahan.

Kerana cara-cara diatas akan merosakkan nutrien dalam susu perahan.

Sumber : Momschoice, Public Health

Breastfeeding - Tempoh Penyimpanan Susu Perahan (EBM)

Memandangkan semakin hampir masanya utk aku MELETUP..aku rasa dah sampai masa aku patut refresh ilmu Breastfeeding semula.

Yerla, dah almost 9 bulan ~middle of this week dah masuk 36weeks weh!!~ meninggalkan arena ini, ada jugak sedikit sebanyak yg aku dah lupa :)

Entry-entry ini mmg bakal berguna buat diri aku sendiri dan pada kawan-kawan yg turut membaca blog ini. Aku akan letakkan link entry dekat sidebar utk memudahkan rujukan aku sendiri. Semoga kita mendapat manfaat bersama-sama.
Marilah kita semua susukan anak kita dengan THE BEST EVER FOOD okeh!

So utk first revision adalah Tempoh Penyimpanan Susu Perahan (EBM) ;



Bersambung..

Hair Cut - Hannah

Tengahari Ahad..
Salah sebuah hair saloon di Subang Perdana..

Mari kita korbankan rambut si anak dara pulak! Rambut yg panjang dibawah paras bahu, terus dipotong pendek. No more tocang-tocang sudah..

Since dah berhari-hari bagitau dia nk potong rambut dia, so Hannah memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang proses korban rambutnya itu.


relax jer
proses bermula
cut cut cut..zasss zass zass
sambil jeling-jeling cermin kt depan


final touch - letak powder utk kurangkan rasa gatal pada leher
tadaaaaaaaa dh siap..peace!
hair cut yg dh seminggu berlalu
comel tak hannah dgn rambut baru?

my sweet darling Hannah - 3yr 2months
RM 10 sahaja utk kanak-kanak.

"Mama, nnt Hannah pegi sekolah, Hannah ketuk-ketuk pintu, lepas tu Hannah bukak kasut, kakak Ati bukak pintu, lepas tu kakak Ati cakap..Cantiknya rambut Hannah..Cikgu Sue pon sama.. cakap Hannah cantik" 

Sambil senyum ceria :)

Panjang huraian dia meng'imagine' reaksi Kakak Ati (pengasuh taska) dan cikgu Sue (owner taska) pasal rambut dia hihihih!!

Sama style macam dulu-dulu..

1 year-old



Friso Mum Gold

Terima sample ini petang semalam. Yup, i love to request for sample skg ni hehe..barang free la katakan..rugi kalau tak mintak.


Friso® Mum Gold is a tasty, nutritious milk supplement for pregnant and breastfeeding women.
It is the only maternal milk formulated with P2 Dual System™, which contains Friso® Synbiotic Agent, a combination of Prebiotic and Probiotic.
What are Prebiotics and Probiotics?
Prebiotics are food for good bacteria and helps them grow. It also increases solubility of calcium, helping your body to absorb it.1fructo-oligosaccharides (FOS).
Common types of prebiotics are long chain
P2 System
Probiotics are good or “friendly” bacteria that keep bad bacteria from growing in the digestive system. They also help relieve constipation2 and may prevent allergic reactions in newborns3. The ones in Friso® Mum Gold are also known as Bifidobacterium lactis.

Friso® Mum Gold
also contains 5 nucleotides, DHA, AA4, SA, and is high in folic acid, iron and calcium.
Just 2 glasses a day can help you meet your special requirements during pregnancy and while breastfeeding.



Sepanjang pregnancy kali ke-3 ni, aku mmg tak minum susu. Kalau ada pon cuma susu Dutch Lady tu saje. Maternal milk memang langsung tak minum. Kali ni, memang tak dapat nk layan susu utk pregnant sebab langsung tak lalu. But I supplement the milk/calcium intake dgn mengambil Ostematrix from Shaklee.

Since dh dapat barang free ni, marilah kasik chance kt tekak aku utk mencuba. 

Letakkan air panas dalam mug, masukkan susu Friso Mum dan kacau. Bau harum semerbak perisa vanila.

Minum sikit. One sip..Ermm terasa lemak berkrimnya susu ni. Minum lagi seteguk dua..hmm rasa mcm dah tak leh masuk je. 

Idea! Letak milo 2-3sudu..kacau. Minum lagi..Boleh la telan sampai separuh mug. Dan sekarang, masih berbaki separuh mug dan dah sejuk pon. Alkompom takkan terminum la tu. Ternyata aku mmg tak leh nk terima susu tepung sekarang ni. 

Serangkap pantun;
Bukan salah susu tak sedap, 
cuma salah tekak ku tak boleh nk hadap.. 

Kalau korang nk request jugak, dipersilakan ke website Friso Mum
Klik saje pada menu Sample Request, isi online form tu dan tungguuuuuu sample sampai ke alamat anda :D

Tak pernah ada gambar Abg pegang perut aku mcm ni.. :P


 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®