Hari ni MC

Ini siaran langsung dari rumah yang dah mula dikerumuni semut.

Semalam lepas check up kt Klinik Soraya, mmg dh rasa tak sedap badan. Tp kugagahi jua utk ke opis. Walaupon takdek apa-apa kerja urgent utk diuruskan. Since last week pon dah memerap dalam rumah dgn 2 hari MC dan disambung pemerapan dalam rumah selama 4 hari di cuti CNY, maka terasa macam tak lalu dah nk memerapkan lagi diri ini umpama ayam perap yg ready utk dipanggang..

Menjelang petang mmg dah tak terlarat dah. Jam 6pm terus balik rumah dan berbaring. Dah sms Abg mintak tolong amek anak-anak kt taska, tp takdek reply. So kt rumah terus la berbaring depan TV sambil-sambil TV tu tengok aku terlelap.

Tersedar jam 7suku, aku call Abg..tak angkat pulak. So aku gagahkan diri bangun dan sarung tudung pegi amek anak-anak kt taska. Mana lah cik Abg sayang aku ni pegi..

Bila anak-anak balik, aku terus baring sekali lagi. Tak hirau dah apa yg dorang kerjakan kt bilik tu. Mama hanyut dah. Then jam 8suku, baru la terjengul batang hidung Abg kt rumah. Malas aku nk bersoal siasat kenapa dia tak reply dan tak angkat call. Tak larat nk pikir semua tu. Then dia melangkah je masuk ke rumah, terus disergah anak-anak dia yg tengah menumpahkan air kt depan pintu bilik.

Owwhh itu ke kerja korang?? Hahaha lantaklah labu. Mama tak kuasa nk amek tau dah..

Jam 9pm, Abg ajak ke klinik. Aku pon bangun utk mandi dan bersiap.

Doktor check-check la macam sepatutnya. Chechk tekak, check dada, check body temperature dan check blood pressure. Dada berkahak, mulut dan lidah kering, tekak merah dan berhingus.

Dia kata dia treat my illness sebagai Acute Bronchitis. Hehe term ni aku mmg selalu dengar kt budak-budak je. Even anakanda yg berdua tu pon memang pernah diserang penyakit ni. So aku pon diberilah beberapa obat-obatan dan jugak MC.

Memang patutla diberi MC sebab ubat-ubat batuk dan selseme ni menyebabkan mengantuk. Kalau mengantuk mmg tak berani la aku nk drive pegi keje dan big possibility lah, ubat-ubat tu terperap je dalam plastik. Membazir jugak pegi klinik kalau tak makan ubat-ubat tu..

Ok sekarang ni, rasa nk tidur semula lah. Walaupon dalam kepala tengah risau tengok barisan semut yg dah datang balik dan berkawad kt lantai terus ke dinding ni..Adoi!!

Get well soon Lydzar..

12 words from u:

EiJa ZaQuaN said...

take a rest..

moga cepat sembuh k..

wANieYZ said...

semoga akak cepat sihat yer..huhuh

.: Ain aka Ibu Qaisara.. :. said...

kesiannye mak buyung ini..
take care ye..just rest je la..
mmg time2 cmni banyak nau penyakit dtg..antibodi dah banyak salur kat baby.. get well soon babe! :)

amirah said...

cepat2 sihat lydzar..jgn risau pasal semut2 tu..

Zaidah said...

banyakkan rehat yer...semoga cepat sembuh...

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

adeh..tu cam asma gak la kan..accute bronchitis..tapi paed rafiq cakap term tu diguna utk budak umur 2 tahun kebawah aje..ngeee...

moga cepat sembuh ya lydzar..rehat puas2..

Iela Fazielah said...

get well soon bykkan berehat n minum air suam ye

lydzar said...

TQ semua wish kawan-kawan..harap2 esok dan seterusnya sihat walafiatlah hendaknya..

MuMMy CHoMell said...

take a gud rest momma lydzar.. get well soon... chaiyok2!!

makdara TERdiva said...

semoga cepat sembuh!
dan jgn lupa mkn ubat..

tang semut berkawad tu biarkan jer..
bagi can..

esok2 baru stat perang..hehehe!

ayu said...

semoga cepat sembuh ye lydzar..banyak2kan berehat ye..

Liza said...

byk kan rehat and take care!

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®