Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula Mama dan Hannah

Ini kisah malam tadi.


VS


Mama sedang dilawati oleh Cikpuan Braxton Hicks. Keras sungguh perut ini. Terduduk la mama kt sofa tu menahan sakit. Hannah pulak pegi bukak baju and seluar dia dan terus tutup pintu. Sesekali dia bukak pintu bilik dan mengintai mama. 

"Hannah! kenapa bukak baju dgn seluar tu?? Tak malu ke?"

"Hannah nk YAK, mama bukakkan la lampu toilet"

OK, bangun lah si mama on kan suis lampu. 

"Hannah yak dulu yer, nnt dh siap panggil mama. Mama basuh kan"

Dah beberapa ketika, mama pon bertanya dari luar if Hannah dh setel atau belum. Diam. Takdek jawapan. So mama pun bukak la pintu toilet. Hmmm dh agak dah, mesti budak ni sambung urusan yg dah setel dengan main air.

"Dah sini, biar mama basuh kakak. Biar mama yg siram tu"

"Ala mama, takyah la. Biarla Hannah buat" 

Akal budak nak main air mintak permission. 

Mintak maaf, mama tak boleh benarkan. Nanti kompom banjir sampai keluar toilet. Bertambah-tambah pulak kerja mama nk lap. Setel proses cuci-cuci, mama tutup lampu dan arahkan Hannah keluar dari toilet. 

Mulanya dia protes, stand still je dalam toilet yg dah gelap. Bila mama tarik tangan dia, baru la dia keluar. Terus muncung bila hajat nk main air tak dipedulikan. Mama amek diaper dan pakaikan. Malas nk melayan permohonan masuk ke toilet nnt. Bila tak pakai diaper, mmg boleh cecah 4-5kali dapat permohonan utk ke toilet. Kalau Cikpuan Braxton Hicks tak datang melawat mama, boleh je mama pantau and monitor. Tp disebabkan kedatangan tetamu tak diundang ni, mood utk melayan anak-anak sungguh kelaut. SAKIT!

Start dari situ, Hannah mula carik pasal. Nangis-nangis..jerit-jerit tak bersebab. Mama yg masih lagi sakit, beredar dari sofa masuk ke bilik utk berbaring. Bila tengok mama tak layan dan berlalu pergi, lagi dia tambah dose jeritan sambil kejar mama yg dah baring kt tilam. 

Tak cukup puas hati, dia pukul tangan mama berkali-kali. Mama diam dan tak layan lagi. Dia tumbuk pulak belakang mama. 

Huh! Tak leh jadi ni..menjadi-jadi pulak dia yer. Mama pulak bagi sedas kt kaki dia. 

Selepas itu adalah silent treatment pada Hannah. Bila mama cakap JANGAN, ada je balasan dan jawapan dia bagi. So better mama diam je..Belum berenti lagi rasa tak puas hati tu, dia keep on menangis dan jerit kt mama.

Mama keluar pulak on kan laptop. Tengah-tengah tengok gambar kt Iceroom hari tu, Hannah datang. Sibuk pulak bertanya ni gambar siapa dan siapa. SILENT TREATMENT is still ON, so mama diam tak menjawab.

"Mama!! cakap la siapa ni??? "

"Ntah"

"Mama, Hannah sepak mama boleh tak? " amboi mengugut pulak dia..

"OK, kalau Hannah sepak mama, malam ni Hannah tidur kt luar gate tu, jangan tidur dekat mama. Boleh?"

"AAAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHHHHhh.." jerit Hannah. Tensen kena ugut la tu.

Terkejut mama dengar dia menjerit. Spontan tangan ni menjentik mulut dia.

"Hannah jangan menjerit kt mama boleh tak? "

Then Hannah nangis dan terus menangis. Mama memang taklarat sungguh nk layan kerenah Hannah malam tadi. So mama masuk ke bilik semula dan berbaring. 

Tak lama kemudian, terdengar bunyi mangga digrill dibuka. Hadif berlari keluar utk menyambut kepulangan papa. Hannah ikut dibelakang. Dan Mama pon keluar jugak.

Mama terus duduk disofa. Masa ni Hannah datang kt mama,

"Mama..nak salam.." sambil hulurkan tangan dia.

OK dah nampak jalan nk berdamai la ni. Mama pun hulurkan tangan. Hannah sambut tangan mama, bersalam dan cium tangan mama. Kemudian dia peluk badan mama. Beberapa minit disitu, dia beralih ke bantal yg memang ada kt lantai. Baring pulak kt situ. Mama biarkan je..

Mama pegi ke bilik tengok papa yg dah terbaring dan memejamkan mata. Sikit pon dia tak bertanya khabar isteri dan anak-anaknya masa masuk ke rumah tadi. Ntah apa pulak yg berlaku kt papa ni. Dia terus memejamkan mata dan tidur. Takpe lah. Biarkan saje.

Mama keluar semula nk ajak anak-anak makan malam. Punya la lama tunggu papa balik dengan makanan yg ditapau. Almost 9.30pm baru sampai. Diluar, rupanya Hannah dh tertidur dekat bantal tadi. Malas nk kejutkan, mama pegi buatkan susu dan angkat Hannah masuk ke bilik, sambil suruh Hannah minum susu. Habis jugak sebotol tu dalam sedar tak sedar dia minum.

So mama proceed dinner dgn Hadif. Sepanjang mama dgn Hannah bergaduh berdua tadi, Hadif cuma perhatikan je dari jauh. Dia atas pagar kot. Tp ada la beberapa percubaan dia cuba pujuk kakak dia masa kakak tengah nangis. Dia cuba peluk kakak, tp kakak tolak badan dia. Lepas tu, terus dia perhatikan dari jauh je.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula Mama dan Hannah..kan???

Habis dinner, gosok baju dan solat Isya, mama ajak Hadif tidur. Cik puan Braxton Hicks masih belum mau pulang dan meninggalkan mama. Sambil menahan sakit mama cuba tidur. Beberapa kali terjaga, masih terasa...Nasib baik la Hadif tak buat perangai juga masa nk tidur. 


12 words from u:

Mek Rose said...

heheheh..mcm2 kan.
tula kan..skang mmg penat melayan anak..kang dah besar2 semuanya..sure sonot

dah dekat la tu eh lydzar
smoga selamat semuanya..amin

eMMe said...

lydzar, hannah! anak ibu yg baik, suke baca citer ni, concentrate tau mE baca...leh timba pengalaman dari lydzar...n jadi pakar rujuk pun yea, leh kan lydzar...

Hanis Azla said...

anak2 ni mmg mcm2 kerenahnya kan lydzar.. sabar tak sabar saja kita nak melayannya.. tp baguslah hannah tahu nak minta maaf sendiri bila tahu dia yg salah kan..

ieda said...

cute jer budak2 skrg kan ..
ada masanya hilang kesabaran kita , tapi keletah mereka lah pengubat jiwa kita ... mana ada ibu yg boleh hidup tanpa anak2 huhuhu

sadiss lak akak bila baca keletah hannah nie ..& xute lahh mama hannah tuu :))

Eray Majid said...

best citer nie, buleh buat rujukan if rayna dah besar nanti.

hehe kelakar tapi penuh pengajaran :D

u'r such the best mom lydzar :D

Unknown said...

@rose --{@ ibuRafiq @}-- macam2..nasib baik bukan hari2 macam ni..

tu la, terasa mcm dh dekat sgt nk deliver baby ni. BH pon dh datang ni..

Unknown said...

@eMMe hahaha pakar rujuk?? tak layak lagi kot saya ni. sekadar share cerita boleh laa kot

Unknown said...

@Hanis Azla haah. sbb kalau dia gaduh ngn adik pon, mmg paksa dedua salam bila dh setel nangis2 tu..so bila gaduh ngn mama, dia tau la nk mintak maaf

Unknown said...

@ieda sekali sekala datang angin si hannah tu, mmg sadis la keadaan umah ni..tensen mama dia nk hadap huhu..

Unknown said...

@eRaY harap2 rayna tak nakal mcm kakak hannah la ye..be good girl tau

amirah said...

kanak2 nk mmbesar mcm2 ragam nya kan..takpe..nnt dh besar dh malu dh

mrs Fahmi said...

tu lar....not easy nak layan anak sambil pregnant ni ek...tak campo penat balik kerja sume tu lagi...tapi takpe....sume tu berbaloi bile tgk muka budak2 time tido....calm and soothing rasenye kan...:-)

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®