Ni alkesah lunch tengahari Maulidur Rasul :)
At last dapat gak aku keluar membebaskan diri dari kurungan cuti-terperuk-kt-rumah je!!
Plan takmo bawak dedua anakanda so that mama senang la nk bergosip.
Tapi "ada aku kesah" kata Hannah..Nak ikut jugak! Dengar je Syifaa call kata dh nak sampai rumah, terus dia bizibodi tanya sapa yang call. Mama nak pegi mana dan pelbagai jenis soalan lagi. Nampak je aku capai tudung, terus diekori bontot mama ni kemana jua ku pergi. Ke master bedroom ikut, ke bilik 2nd ikut, ke dapur pon diikut. Haih! Memang susah nk lepas.
Syifaa call lagi bagitau dah sampai kt bawah, so aku mintak Abg bawak Hadif masuk bilik. Ajak tengok kereta dari tingkap bilik. DIa ikutkan je, Cepat-cepat aku keluar dan pakaikan Hannah kasut. Kalau tak, kompom la hero yg sorang tu nk ikut jugak.
Actually ni, 2nd visit aku ke Iceroom KD. 1st visit empunya cerita tak masuk blog, sebab takdak gambar. Tertinggal henpon kt rumah, dan bateri kamera dh abish..
Sedap mata memandang keadaan dalam restoran ni. Cozy and green. Kami pilih naik ke tingkat atas by lift. Sbb kt atas ada playground.
Carik meja dan terus study menu. Lama gak la nk memilih apa yg nk dilahapkan. Macam-macam menu ada, terlupa plak nk snap.
Tadaaa..ini dia makanan-makanan yg terpilih. Kami order;
Mix Fruit Snow Ice. Thumbs UP!! |
Presentation yg menarik. Full with mixed fruit. Yang aku ingat ada strawbery, mangga, dan buah durian belanda. Rasa dia mmg sedap!
Next time, kena try snow ice yg lain-lain pulak.
Saksikan perempuan yg dah lama mengidam nk telan snow ice ni. Memang terasa nikmatnya lah!
Syifaa punya menu. Lain dari yg lain .. |
Mee tu rasa agak plain je. Macam mee gaul ngn kicap. Tp bila dah gaul dgn kuah blackpaper dan buat chicken chop tu jadi lauk, rasa dia not bad. Sedap!
Aku punya |
Menu aku ni, lebih kurang macam yg ada jual kt tempat-tempat lain jer. Rasa kuah dia OK especially bila dah campur sgn cili potong/kicap. Aku tak abes makan sbb mee kuning ni agak memuakkan. Kalau dapat kue teow, mesti licin kot.
Sambil makan sambil gossip. Sambil jugak diganggu oleh Hannah yg sekejap-sekejap datang kt meja. Dia mmg tak duduk diam.
Kt ruangan atas Iceroom ni adalah open-space. So takdek aircond. Berpeluh-peluh gak la makyong ni kepanasan sambil menikmati lunch. Tapi takpa, since snow ice dia mmg marveles..next time boleh je datang lagi. Lepak kt bawah je, ada aircond :D
BTW, I enjoy yesterday so much. Sebab sekarang dh jarang sgt dapat hangout dgn kawan-kawan. Maklumla bila berstatus mak orang ni, mmg agak limited lah peluang utk berjimba-ramba dengan kawan-kawan. Nnt anak dah bertambah, peluang mcm ni semakin hampir kepada zero kot. Huhu..
Once dapat chance, mmg rasa seronok sgt..Tapi takpa, aku pon paham letak duduk dan tanggungjawab aku sebagai wife dan mak orang ni. Insya allah peluang utk ME-TIME tu ada, tp dalam bentuk yg lain...
12 words from u:
yela lydzar..rindu time bujang
lepak2
skang mak org dah kene limit eheh
nak g jugak..weekend ni harap dpt makan wuwuwuwu
eskem kat iceroom sume sedap2 kan? mmg rasa heaven sgt...tapi kalau food dia, saya lg prefer secret recepi la...
wah sedapnya tgk mix fruit snow ice tu..yummy2..
eija pernah gak makan kat iceroom ni..tp x order ice cream sbb bw zaquan..takut nnti comot kalau dia makan ice cream.lgpun masa tu dia x pndai sgt makan ice cream..skrg ni bukan main demand lagi dia ngan ice cream..hehee
@rose --{@ ibuRafiq @}-- mmg rindu kan zaman2 bujang..tp takper lah, skg ni hangout ngn suami dan anak2 aje lah..
@wahida betul..rasanya kalau food mmg dekat SR better. tp since kita pon baru2 nk cuba kt Iceroom ni, try ajela menu dia kan..
@EiJa ZaQuaN wiken kang boleh la pegi Iceroom lagi, pekena snow ice!!
mmg bila dah jd mak ni kita kena cari masa utk diri sendiri juga kan.. sesekali hang out dgn kwn2 sekepala mmg rasa best.. akak pun baru sekali makan kat ice room.. tp cuma mkn ais krimnya saja.. menu lain tak try plk..
bila dah berkeluarga kekadang memang tak ade masa nak berjimba..komitmen dah untuk anak2 n suami...
Sumer pon rindu nak bergossip kan? Anyway, where is ecatly Ice Room nie? Nampak macam sedap jer foods dier...:)
@Hanis Azla next time boleh cuba menu lain plak kan..tp rasanya tempat ni kalau jd tempat santai2 sambil gosip dan makan aiskrim, mmg best la kot..
@Zaidah lumrah kaum perempuan macam tu kan kak..tp orang laki, sentiasa ada je masa utk diri sendiri dan kawan2 dia..jeles tau!
@Three Musketeers ermm familiar tak dgn area Kota Damansara? Iceroom located opposite Giant KD je. Nama kawasan shop lot ni The Strand. Memang akan nampak bangunan Iceroom kaler hijau bila kita nk masuk entrance Giant tu..
Post a Comment