Breastfeeding : Cara Memanaskan Susu Perahan (EBM)

Jom kita sambung pelajaran kita yg seterusnya okeh! 

Nk kongsi ilmu pasal cara menguruskan ataupon handling susu perahan pulak hari ni.

Cara menguruskan yg dimaksudkan disini  ialah cara utk memanaskan susu perahan sebelum diberikan kepada baby kita.

Enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu boleh musnah akibat kepanasan dan haba yg melampau. Oleh itu susu perahan yang  telah disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengelakkan kehilangan nutrien daripadanya.

1) Cara memanaskan susu perahan yang disimpan dibahagian sejuk (chiller)

 - Lalukan botol/bekas di bawah aliran pili sebentar.



- Kemudian rendamkan bekas/botol didalam mangkuk yg diisi dengan air panas.
- Dalam anggaran 5 minit, sila pastikan suhu susu didalam botol adalah sesuai utk diminum oleh bayi.
- Susu perahan juga boleh dipanaskan dengan menggunakan warmer electric seperti ini;




2) Cara memanaskan susu perahan yang telah beku (dari freezer).

- Seeloknya dilakukan pada waktu malam untuk kegunaan keesokan harinya. 
- Ambil beberapa botol susu perahan beku yang ingin digunakan.
- Letakkan di bahagian bawah peti sejuk utk membolehkan proses pencairan secara perlahan-lahan.
- Botol-botol susu tersebut boleh juga direndamkan didalam air suhu biasa (dalam bekas yg besar) dan diletakkan dibahagian bawah peti ais utk mempercepatkan proses pencairan susu.
- Keesokan harinya, proses pemanasan seperti langkah 1 boleh digunakan sebelum susu perahan diberi kepada baby.

PERINGATAN!!



Tolong jangan;

- Panaskan susu perahan secara terus di atas dapur. 
- Panaskan susu perahan dalam microwave oven.
- Didihkan susu perahan.

Kerana cara-cara diatas akan merosakkan nutrien dalam susu perahan.

Sumber : Momschoice, Public Health

3 words from u:

wahida said...

wah...rajinnya berkongsi tips....

awak dah berapa minggu skang?

EiJa ZaQuaN said...

good info..

haahaha..ade ke yg try panaskan dlm microwave..huhu..
yg penting sape yg ada maid kena ajar maid dia betul2..sbb my bos pernah terkena..maid dia bagi baby dia minum susu sejuk2 tanpa memanaskan dengan cara yg betul..
at last terus kena fired maid tu..huhu

eT said...

mula2 dulu panas atas dapur gak..main belasah je kan..
pastu rendam air suam jek..
ari ada beli warmer....xsabar nk guna..hehe

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®