Papa John's Restaurant

Assalamualaikum!!!

Dah breakfast ke semua orang pagi ni? Aku tengah kunyah ban coklat Sweetie dan air susu Full Cream nih.. dan lepas ni ada sambungan breakfast, makan nasik lemak pulak. 
Hehe Banyaknya makannn!!!!

Saje nk sajikan entry pembukaan hari Jumaat dgn entry restoran dan gambar makanan :)

Pernah dengar tak nama restoran Papa John? Aku tak penah..tp aritu 1st time tetiba terserempak dgn restoran ni di Jusco Equin. Restoran ini menyediakan hidangan pizza, pasta dan lain-lain. Ala mcm pizza hut jugak la.

Abg ajak cuba makan kt situ..Aku ok jer, apa-apa pon boleh nk bedal.  

Kami order, set for two berharga RM 28.90.

Dalam set ni ada, 2 gelas soft drinks,  1 set breadstick, 1 set potato wedges, dan pizza Original Crust 9" inci - kami pilih topping bernama Chicken Super Papa's .. dalam set ni tidak disertakan mushroom/chicken soup.

Ilustrasi menu dari website Papa John
Ni pulak ilustrasi sebenar dari kamera C3 pink ku..gambar air terlupa plak nk snap..tp sebab mereka hanyalah soft drink so korang sure dapat membayangkan macammana rupa dia :)

Chicken Super Papa's ..full with topping..puas hati kami :)
Breadstick yg mmg macam stick kejung haha! But the taste is OK especially bila cicah ngn cheese yg diberi

Sos ala-ala kuah spageti utk dimakan bersama pizza, dan cheese utk dimakan bersama wedges
Wedges - tak setanding cheesy wedges KFC
Side dishes. 

Kami order sebab risau pizza sampai lambat. Perut dh menyanyi riang sebab paginya cuba breakfast dgn Twiggies Gardenia sahaja. Takut experience sepanjang tahun 2010 di Pizza Hut berulang. Menunggu sampai mengantuk, pizza tak sampai-sampai gak lagi. So kita boleh isi perut yg memang already lapar dgn something yg lain dulu.

Cheese cake - RM6.00 - keras sikit
Mushroom soup memang sedap berkrim - RM4.90

Overall, boleh bagi rating 7.5 out of 10.

Teringin nak try?? Boleh la check outlet Papa John  kt PAPA JOHN's STORE

12 words from u:

AzMaslenda said...

ilustrasi memang selalu nampak cantik & menyelerakan compare dengan realiti. Walaupun gitu, pizza tu nampak full dengan topping.. & sup jugak nampak sedap.

wahida said...

dlm byk2 tu napa saya paling berselera tgk cheese tu? hahaha!!
nampak sgt saya ni hantu cheese!!

saya pun byk kali melalui experience yg x best kat pizza hut...lambat dan service sgt teruk!!
mula2 je saya rasa serik tapi lama2 tu akan kembali jugak ke pizza hut sbb kami amt menggemari pizza dorang...huhu..
anyway, papa john ni boleh try one day nnt...

eija_sweetmama said...

pernah dgr tp x pernah lagi try makan kat sane sbb papa zaquan susah sikit nak try suatu benda yg baru bagi dia..

wah tp nmpk mcm sedap la..
semalam pun kami mkan pizza..tp kat pizza hut la..

Hanis Azla said...

ban sweetie coklat tu breakfast feveret akak masa zaman sekolah tu.. samapai skrg ada kan.. akak tak pernah trylah papa john ni.. ok juga menu dia kan.. nampak best juga..

ieda said...

uishh sedappnya pagi2 tgk pizza .. huhu dah lama x makan pizza nie .. x kesah lah jenis apa huhuhuh

Unknown said...

@AzMask memang puas hati dgn topping pizza ni..

Unknown said...

@wahida betul, walaupon byk kali kecewa dgn servis kt pizza hut ni, kita pon tetap datang jugak at least sekali dlm sebulan :D

Unknown said...

@EiJa ZaQuaN ooo kena pujuk2 dia la, baru boleh try papa john ni

Unknown said...

@Hanis Azla feveret kak ban sweetie ni..haah menu dia nampak menarik .try la someday

Unknown said...

@ieda try la papa john ni. bagi saya tak mengecewakan..service pon cepat..

amirah said...

tak penah cuba.tapi bila lalu je..sedapnyaa bau dia

ftrhd said...

uihh cheese tu yg tak tahan tengok..dah lama tak merasa kek keju.. T_T

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®