Jom Santai cafe nk tutup!!

Pic credit : Fira Razali

Sesiapa yg selalu datang ke Dataran Sunway, Kota Damansara maybe tau dan familiar dgn Jom Santai cafe ni. 

Ini lah restoren a.k.a kedai makan tempat kami satu opis selalu lunch. Memang selalu jugak dipenuhi warga PBJV. 

Harga makanan, memang perlu bawak sekurang-kurangnya RM10 utk satu kali lunch. 

Kalau minum air suam, boleh la nk bawak balik baki. Tp kalau nk minum air jus buah-buahan, sila bawak duit lebih. dah la sup kosong rm1/mangkuk, air suam pulak rm0.50/segelas.

Agak mengoyakkan poket ~tempat-tempat lunch kt Dataran Sunway ni memang semua merabakkan poket pon!~  tetapi tetap dimaafkan sebab menu makanan yg disediakan boleh kita bg ibu jari tangan keatas dan portion makanan adalah sgt mengenyangkan. Kira boleh la nk puas hati dan kekenyangan.

Sebab tu la kami selalu lunch kt sini. Walking distance je dari opis. Kalau tempat-tempat lain, nak kena berkereta atau memerlukan kami keluarkan peluh yg lebih. Sampai opis terus rasa lapar semula.

Yang tak bestnya, tadi terdengar bisikan-bisikan halus, rumours kata Jom Santai akan ditutup starts next week. 

Terkojut den!! Alahai nk tutup ke?? 
Masa lunch kt sana tadi, sempat kami bertanya bila akan ditutup secara rasmi.
Jawab si waitress "21 haribulan kak" Alahai..so soon ke???? Minggu depan je tu..

Kemana lah destinasi lunch kami selepas ini. Nak ke foodcourt dihujung sana hari-hari kompom aku dh tak larat nk berjalan jauh-jauh lagi dah. 

Bawak bekal??? Owhh perlu difikirkan nih!


12 words from u:

Kancilbiru said...

kenapa nak tutup? renovate kot...

AzMask said...

kat Kota Damansara byk kedai makan kan.. kat Setapak indah ni foodcourt banyak, tapi yang buka 2 3 kedai jek. Rasanya dah setahun tak makan kat foodcourt. Harga makan kalau tapau nasik jek pun dah cecah RM6.. Terlebih ambik sayur ngan lauk pun dah dekat RM10..

eija_sweetmama said...

skrg ni kat mane2 pun rasanya kalau makan kat luar mmg cekik darah..mahal..

tp iye la perut kena diisi jgk..
nk masak sndiri x sempat..(alasan..hehehe)
nak x nak..beli la jgk walaupun mahal kan..

amirah said...

sokong!bawak bekal..

Unknown said...

@Kancilbiru dengarnya tutup sebab nk pindah ke Seremban pulak

Unknown said...

@AzMask mmg banyak kak, tp nk kena berjalan jauh sket la dari opis..kitorang semua malas nk keluarkan kereta, sbb nnt susah nk dpt parking plak

eMMe said...

lor....susah hati lydzar, takpe, sok me buka warung kat depan kedai tu, heeee~

Unknown said...

@EiJa ZaQuaN sangat betul!!!

Unknown said...

@amirah uwaaaaa! nk masak dinner pon bercinta je skg ni, cemana la nk bawak bekal huhuhuh

Unknown said...

@eMMe ok emme, cadangan diterima!!

ayukhairy said...

lydzar, alahai..nak tutup dah ke...mmm, jawabnya kena cari alternatif lain la kan...mmm, ayu pun setuju gak bawa bekal..haha..tapi, tu la..kena masak awal2 la jawabnya..tapi ada anak2 kecil ni, kena pandai cari masa gak la kan..

Unknown said...

baca tajuk td ingat nk ajak santai kt cafe yg nk tutup..hehe

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®