Hari tanpa siaran TV

Aku memang boleh hidup lagi tanpa siaran TV. Tapi tak tau la apa reaksi anak-anak bila bukak TV nnt, tp hanya skrin gelap terpapar. 
Especially Hannah yang asek tanya "hari ni ada cerita Kejora dan Bintang tak mama?" ~berjangkit suka tengok citer sinetron dengan nenek dia~

Alkesahnya pagi tadi, macam biasa lepas solat Subuh..Abg bukak TV nak tengok berita pagi. Sekali takdak gambar keluar. Yang ada error bgtau smart card tak aktif. Pelik lah dia sebab bill tak pernah tertunggak. So baru kejap tadi aku call customer service Astro.

Check punya check, rupanya smart card ni memang telah disekat sebab ada tunggakan bil. Check punya check lagi, smart card tu bukan milik aku. Tapi milik abang ipar aku. Ntah bila zaman yang tertukar pon aku tak tau. Memang pernah dulu, Abg bawak balik smart card aku nk test dekat rumah abang ipar. Masa tu la kot yg tertukar. Rupa dia takdek beza kan..

Hmm nampak gayanya, sama ada terpaksa suruh Abg pi amek smart card aku kt rumah abang ipar ataupon suruh je abang ipar bayar tunggakan bil dia..
 


7 words from u:

zaidah said...

ZAI RASA LEBIH BAIK GIE TUKAR AJE SMART CARD TU...KLU NAK TUNGGU DIA BAYAR TUNGGAKAN..ENTAH DIA NAK BAYAR KER IDAK....

Hanis Azla said...

akak pulak ok aje klu tak tgk tv.. tp anak2 mahu haru juga jadinya.. akak pun rasa better pi ambil kad lydzar tu semula.. sbbnya nak suruh2 org pi bayar ni rasa mcm tak best pula.. walaupun mmg bil dia.. takut lain pula penerimaannya..

amirah said...

huhuhu...camne leh tertukar tu...

MyKhalish Journey said...

heheh..hr nih xtenteram la hati hannah sbb xdpt tgk cite faberet. hehe..

Mek Rose said...

if umah abang ipar dia dekat p ajela tukor..
sian budak2 tu..sementara tu gunala antena tv biasa...ehhehe

AzMaslenda said...

lorr.. macam tu ler pulak. Kena tukor kad ler mcm ni.

ayukhairy said...

tak boleh hidup tanpa tv..hehe..


ambik la kad tu..bak kata zai, entah bila nak bayar kan..

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®