Jejak ulat gonggok

Tajuk entry dan gambar memang aku copy paste aje dari FB aku :D

Tak pernah ku sangka ulat gonggok pon ada mekanisma mempertahankan diri bila tengok dari gerak gaya lemah longlai dia berjalan membawa badannya yg panjang itu.

Kejadian berlaku di pagi Sabtu.

Sedang aku bersembang-sembang dgn kakak dan abah aku yg masuk ke bilik dipagi hari. Tetiba aku ternampak sekor ulat gonggok tengah berjalan atas kaki Hadif yg tengah tidur di atas hamparan toto kt lantai. ~tu la mama dah paksa tidur pakai seluar, tp dia degil takmo berseluar~

Menjerit la mak dia ni kegelian dan ketakutan bila tengok ada binatang merayap kt kaki anak dia. Dengan pantas abah cekau ulat gonggok tu dan buang keluar tingkap. Sambung gosip lagi dengan kakak :)

Waktu  kakak mandikan semua kanak-kanak yg ada dirumah pada pagi tu ~her kids and my kids except Hilda~, kakak perasan yg tempat si gonggok bergulung sebab terkejut tadi dh bertukar jadi kemerah-merahan. 

Lagi sekali la mak si Hadif ni jadi cuak. Siap mandi terus letakkan minyak a.k.a ubat di tempat yg merah tu. Nasib baik tak nampak si Hadif ni menggaru-garu atau buat muka sakit.

Tapi melalui comment yang Ila bagi kt FB, dia kata kesan tu agak pijar utk beberapa hari.

Tempat kejadian
Sorry, gambar kurang jelas. 

Sejak hari kejadian, mak si Hadif ni mula tak lena tidur malam. Risau sangat if ada lagi gonggok tersesat. Sementara nk menunggu pagi, ntah berapa kali dia terjaga demi memastikan kawasan anak-anak tidur adalah clear. 

Malam semalam, memang ada 4 ekor gonggok masuk bilik dan bersiar-siar. Datang secara bergilir-gilir. Aku tak pasti gonggok yg sama atau yg berlainan. Segera aku amek kertas..usik-usik dulu kasik gonggok bergulung, lepas tu angkut gonggok itu lalu ku buang keluar tingkap.

Nasib baik la waktu malam memang akan berjaga sebab susukan Hilda. 2 in 1 job la setiap malam. Produk tenusu dan juga mak guard utk anak-anakku..


17 words from u:

amirah said...

ish...kena selalu perhatikan la ni..

EiJa ZaQuaN said...

ohh..bahaya jugak rupanye ulat gonggok ni ye..
kalau kat kg mmg byk ulat gonggok ni kan..
cian hadif..nmpk gak tu kesan dia
sbg ibu mestilah kita risau kan..

Hanis Azla said...

tak tahu pula ulat gonggok boleh beri kesan mcm tu.. mmg mama dia kena jd super womanlah malam2 yer..

Ernewaty AR said...

oo skrg bru aku tau knapa mk mertua aku ckp ulat gonggok bhya..lg 1 kalo masuk telinga..hehe

AzMask said...

yang kaler merun tu kan... ooo baru tahu kesan dia kalau kena kat kulit.

maya amir said...

ooo..buleh jadik gitu ek..i tak tau pun.. i ingat tak bahaya ulat gonggok ni..isk..

e.l.i.s.s.m.i.e said...

x pergi klinik ker? ngeri pulak jd mcm tu erkk..

lydzar said...

@amirah mmg pon..tidur tak lena risaukan lawatan cik gonggok tu

lydzar said...

@EiJa ZaQuaN tu la pasal. baru tau ulat gonggok ni pon boleh buat orang luka huhuh bahaya!

lydzar said...

@Hanis Azla haah kak. 2in1 punya keje la malam2 skg ni

lydzar said...

@Ernewaty AR mak mertua ko ada bgtau tak ulat tu boleh tinggalkan bisa mcm ni? aku pon baru tau bila dh terkena kt anak sendiri

lydzar said...

@AzMask haah. yg merun dan bergulung bila kita usik dia tu

lydzar said...

@maya amir samalah. ingatkan ulat ni tak bahaya..

lydzar said...

@e.l.i.s.s.m.i.e tak pegi sbb kesan tu bukan macam luka. cuma letak krim earth mama tu je

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

eh bahaya jugak ye..sian hadif..tak pon sumbat kat pintu or ade tempat2 yg berlubang kat bilik tu ngan kain before tido..so takdela benda merayap masuk..sy selalu buat camtu kat umah mertua sbb selalu katak masukk wooooo lagi ngeri!

Anonymous said...

erm..saya pun kn gak hari tu..kn kat leher plak tu..dah mcm love bite plak..hehehehe..jd bentuk no 3 lagi..pedih la jgak 3,4..skang lebih berhati2 klu nk tido..tkut klu ulat tu dtg wat love lgi..hehehe.

Anonymous said...

Peh mmg dh penah kne nie ha..apa nàk buat r kalau dh kne gigit dengan ulat gonggok?

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®