Macam-macam Jumaat

Hujan rahmat di pagi Jumaat ni. Syok tengok anak-anak tidur lena. Mama dah tak leh nk tidur lagi lepas subuh, petua murah rezeki dan muka berseri lah katakan. Ahaks! 

Takdek lah, kalau tidur balik..kang terlajak-lajak plak. So baik gunakan masa ni utk update blog.

Cer tengok lukisan kt bawah ni. Cantik menarik tertarik tak?

Haaaaa..ni lah dia karya si manis Hannah. Ada gaya Picasso tak? 
Bila aku tanya apa yang dia lukis, dia kata 'ni orang'.. Ada mata, ada hidung ada mulut. Kepala botak.



Sebenarnya mama nampak macam alien je. Tapi tak boleh cakap kt dia macam tu. Buat masa sekarang, dia tidak boleh menerima kritikan. Kalau tak, mesti dia merajuk. Kekadang geram jugak, tapi takpelah..kecik lagi kot, belum pandai mengawal emosi lagi. Yang dia suka, bila kena puji je la.

Yang anak bujang sorang ni pulak. Kena ikat kaki dan tangan. Kena denda nih. 


Sebab asek mengacau baby Hilda tidur. Orang tengah lena tidur, si abang busy nak cuit-cuit mulut, cuit telinga, tarik rambut. Bila kena tegur dgn mama, dia senyum konon dia lah paling handsome di abad ni walaupon mama dh guna suara paling high pitching. Sambil senyum sambil usik lagi baby tu. 

Mama dah geram, mintak tolong kakak hannah amek towel atau apa-apa yang patut. Mari kita ikat tangan dia yang gatal mengusik dan kaki dia yang gatal memanjat baby cot.

Dah kena ikat pon boleh senyum lagi! Sebab dia tau, mama ikat manja-manja je. 2 minit je dah boleh lepas dah. So setiap kali dia buat perangai, inilah denda dia :)


Our latest edition ni plak, tak tau lagi apa peel bakal dia persembahkan nnt. Dah semakin tombam.
Semenjak dua ni, mama ajar dia tidur menerap. Memang senang tidurkan macam ni. Cepat lena dan nyenyak plak tu. So far, Hilda behave well. Siang tidur dan bangun utk susu. Kakak Hannah naik tension sbb tak dpt main dgn baby. Rules mama, boleh main dgn baby masa baby berjaga je. Baby tidur, dont disturb.

Ceria ~kekadang tensen gak hehe~ dgn ragam anak2 menghiasi hidupku :)
 


15 words from u:

Sharinginfoz said...

apa kata kita buat lelongan untuk karya Hannah

Hanis Azla said...

comel sgt baby hilda tu.. patutlah abh hensem dia suka nak kacau..

Kancilbiru said...

uiii tombam bonar eh....hehehehe..

Kancilbiru said...

uiii tombam bonar eh....hehehehe..

nieda said...

seronok tgk keletah anak2..tgh stress tgk wajah mereka hilang semuanya..

amirah said...

hahaha..kena ikat dgn mama..tula, abg usik hilda lagi..hihihi..bestnya dikelilingi anak2 lydzar..best sgt..waa nak beranak!!

ayukhairy said...

alahai..comeynya anak bujang lydzar kena ikat tu...

sama plak dengan perangai hariz masa kecil2 dulu,suka beno kacau danial...

mmg pun lydzar, ada anak2 kecil ni mmg menggugat kesabaran kan..mcm2 perangai..hehe

AzMaslenda said...

syok hilda tido..

Mek Rose said...

okla tu..at least imaginasi dia tinggi n dh leh lukis cam org besar..even cam alien..ehheh betul kot eh, mmgtakleh kritik. tak reti kontrol emosi

ahahah padan muko kene ikat..

alor tembamnye hilda..geram tgk..:-)

MyKhalish Journey said...

heheheh bak kt my mom. 4anak, 4perangai... gitula kita2 nih gak.. kena la hadap memcm2 hal dorg nih. wpun gewammm tp sayangg.. ekekek..

Eliss said...

alaahai..comel btol kena ikat.nuha tadak sapa nak kacau, dia kacau abah dia tido..ehehehe

ummioked said...

macam tu lah bdak2..kadang2 mmg menguji tahap kesabaran kita...tapi kadang2 tu kalau tak de diorg sunyi je....tu yg kita rindu sebenarnya..comelnya baby..geram tgk...tembamnya!!!!

ftrhd said...

kecik2 dah pandai melukis.. nanti dah besar mesti boleh buat karya yang meletup2..hehe

mekchu said...

alo lo lo.. comel nye lukisan.. anak-anak kamoo mmg sgt comel.. bertuah..

Lizan said...

bestnya baca citer keletah anak2 awak...comel2 lak tu...hilda pun kan main tembam tembun lagi..geram... eh lupa lak..selamat berkenalan, sy baru join the club, boleh la singgah sini lagi.hehe

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®