Assalamualaikum..
Hari ni masuk hari kedua aku stay at home with kids without Cik Abg. Macam biasa lah kerja dia..Ke sana ke sini ke mari ku mari melaksanakan tugas dan terpaksa meninggalkan anak dan isteri.
Pagi-pagi buta semalam dia dh gerak ke opis, driver menunggu jam 7pagi nak hantar dia ke KLIA. Flight jam 9pg destinasi adalah Sabah negeri dibawah bayu.
Alhamdulillah, sepanjang ketiadaannya, keadaan masih terkawal. Aku pon baru nak belajar adapt dgn life with-three-kids-n-papa always-outstation nih. Lepas ni kena belajar adapt dgn masa kerja dan situasi tadi jugak kan.
Alhamdulillah sekali lagi, Hilda is an easy baby. Bangun pagi jam 7-8pagi..borak-sembang dgn mama, nenen, sembang lagi then lepas mandi jam 9am+ akan ku bottlefeed dia. Dah kenyang dia akan tidur sampai tengahari.
Si kakak dan abang pulak bangun agak lewat. 8am plus, kekadang terlajak jugak sampai ke jam 9am. Bila dorang bangun, mula la mengeluarkan segala jenis toys dari dalam bakul. Siap buat decoration kt lantai dengan meletakkan toys satu persatu, dari hujung pintu bilik mama sampai la pintu entrance rumah. Abes susun toys, mintak fridge magnet pulak. Macam la itu toys dorang hehe.
Lepas Hilda tidur, baru la aku setelkan budak berdua ni pulak. Kasik mandi ~yg ini amek masa lama especially Hadif~ dan prepare simple breakfast. Siap berbaju, kita makan!
Setelkan dorang breakfast, aku terus prepare utk masak lunch merangkap dinner. Anak-anak memasing dgn hal dorang. Sambil tu mmg kompom ada lah adegan tarik menarik, rebut toys macam takdek selambak toys lain, adegan mama marah-jerit sebab geram dorang bergaduh.
Jam 12.30pm, suap dua beradik ni makan. Sambil online tak tinggal :)
Lepas lunch adalah aktiviti bebas. Mama baru nak mandi. Hehe!
Petang keadaan agak relax. Mama punya masa online, pumping, tgk tv or tidur.
Tapi kadang-kadang rasa haru jugak, bila mama tgh breastfeed Hilda, tetiba si Hadif buat 'projek busuk'. Kelam kabut la mama letakkan Hilda dekat dalam babycot, then bawak Hadif pi toilet.
Si Hilda pulak geram dgn Abg yg rebut masa nenen dia, apalagi dia jerit la tak puas hati. Nasib baik mama ada little helper Hannah. Dia la yg tolong amekkan diaper dan towel utk Hadif.
Banyak kali juga dia mintak permission nak pakaikan Hadif diaper. OK la, mama izinkan tp dengan bantuan mama. Takut senget benget, next 'project' kompom jadi haru biru. TQ dear Hannah. Hari ni mama masakkan mihun sup utk Hannah yer.
Hadif jugak adalah yg paling suka mengacau Hilda tidur kt baby cot. Dia nk ajak main sama-sama kot. Masa ni Hannah akan berlari kt mama bagi report setelah tegurannya pada Hadif dipandang sepi. "Mama, adik kacau baby!!! "
Ape lagi, mama yg tengah syok blogwalking ni terhenti la sekejap menjauhkan Hadif dari cot Hilda. Adegan yang ni mmg berulangkali berlaku dalam satu hari. Dari pagi sampai la malam.. Layan je la walaupon mmg geram.
Semoga trio HMs sentiasa menjadi anak-anak yang baik dan mendengar kata mama. Takmo nakal-nakal yer time papa takdek ni. Kang mama stress tukaq jadi Hulk Hogan korang terpaksa masuk dalam 'bilik gelap'
Seronok juga jadi mak beranak tiga ni. Mulut tak henti-henti bercakap ~ke membebel?~ hahaha!
6 words from u:
anak2 ni anugerah.....kalo diorang tak der.....sunyi jer rasa.....walaupun penat layan kerenah diaorang....tapi hati rasa sangat bahagia.....
mama jangan tension2 ya, semoga anak2 dengar kata semasa hubby tak ada...
akk gelak2 bc entry ni..garapan entry yang someiiii..haha..akk dpt bygkan cmne lydzar nye bz..hehe. Takpe yg tu la yg akn kita ingat bl diaorg beso nnt.
sibbaik si comel hilda gud bb kan?? if tak..mmg haru..
sy ni hari2 doa pas ngaji agar anak dlm perut ni tak kuat meragam..jd cam abang dia..aminnnnnn
bestnyaaa..nak anak ramai2 jugak..mesti meriah..kitorng dah decide anak 3 dan ke atas benti kerja..yahooo.. : P..
keh keh keh.. sabar je la.. lin tahu mcmana.. sbb walaupun 2 org ni, tp cam spoloh gak kdg2.. kalau mak sempat tenet lagi tu, kira ok la liza.. time utk diri sndiri.. kekeke kalau mintak time utk shopping karang, pjg pulak kete api kita kan.. so, terapi kat rmh sndiri jela.. hehehe hv fun wif ur kids mom! :)
Post a Comment