D’ Arab Cafe - Kena datang lagi nih!

Terbawak-bawak ke dalam mimpi aku pagi tadi. Ish Ish Ish!!

Semalam kan aku terberkenan sgt dgn satu menu makanan Arab kt blog Mek Rose. 
Sampai telan-telan ayaq liur tengok.So bila dh macam tu WAJIB lah aku pon cuba pergi dapatkan makanan tu utk disumbat ke dalam tekak aku pulak kan. Kalau tak, dh boleh buat anak dalam perut aku ni pon sama-sama tangkap leleh mengidam.

Nak tengok ape dia yg menggiurkan sangat tu?

Pic credit to Mek Rose


Kebab Daging..Kambing + Lembu (dimakan bersama roti pitta)...Sedap & recommended
So petang semalam roger-roger la Abgku sayang thru YM ajak pi makan kt kedai D'Arab Cafe ni. Dia kata dia biasa makan kt situ.

Apa? Dh biasa?? Tak pernah ajak aku pon!!! Ini tak adil! Maka secara sukarela atau tidak, Abg kena la jugak bawak aku pegi makan kt sana malam tu jugak.

Bila dia dh kata dia penah makan kt situ, aku pon tak la study lanjut pasal lokasi dan sebagainya dengan expectation bahawa dia mmg tau la segalanya. Dah ada experience la katakan.

Malam tu, lepas solat Maghrib kami pon gerak khas la ke Shah Alam.

Masa dalam perjalanan tu, Abg tanya aku, kt mana kedai tu. Laaaa td kata dh tau tempat. Tapi aku jawab jugak la, menurut blog Mek Rose, kedai tu kt Pusat Komersil Seksyen 7, depan gate UiTM. Then Abg bgtau aku, tempat yg dia biasa pegi tu kt belakang Unisel. Hmm aku pon dh confuse. Belasah je la mana yg dia tau. Yang penting aku nk makan kebab tu.

So parking la kami kt parking belakang Unisel. Abg check dulu lokasi D'Arab Cafe. Memang Garmin dia bgtau ada D'Arab Cafe kt area situ. So aku pon assume betul je la kot. Kami pon turun la ke sana. 

To my surprise, apa pasal rupa kedai ni tak secantik kedai mcm Mek Rose pegi? Apa pasal kedai ni macam food court pulak? Tp memang la ada sign board D'Arab Cafe tu. Tak pa lah, duduk aje lah alang-alang dh sampai tu.

Pelayan pon datang hantar menu. Abg order Half Roasted Chicken dan air Babrican (Strawberi). Then dia orderkan Arabic Tea ais utk aku. Aku pulak telek sane telek sini kt menu tu, kenapa takdek pon gambar kebab?


Pic credit here : Bunchit

Abg recommend aku order Royal Arabic, dia kata sedap. Tapi since aku dh mind-set nak makan kebab, aku tak layan pon suggestion dia. Aku nak makan kebab, takmo makan nasik. Then aku tanya dgn waiter tu, pasal kebab. Dia bgtau kebab kt gerai lain tp dia boleh order kan. Aku tak puas hati sebab aku nak tengok gambar dulu. Pelayan tu terpaksa la pi kt gerai kebab tp balik semula ke meja aku dgn jawapan yg bukan aku harapkan. 

"Sorry kak, kebab takdek menu la. Akak kena pegi sane kalau nk tengok"

Aku malas nk peningkan kepala aku dan mereka disekeliling aku, maka aku pon bangun menuju ke gerai kebab. Ushar kt situ, mmg takdek sebarang menu bergambar pon. Aku takdek idea langsung mcm mana nk request makanan kt situ. Haha mcm bongok je rasa.

Tetiba brother yg tengah masak kebab tu bgtau dia boleh bagi kalau aku nak rasa kebab. Free gitu. Hmm aku pon ok je la, bgtau mana meja kami.

Aku kembali ke meja. Abg tanya aku dh order ke belum. Aku jawab belum. 

Dia tak puas hati. 
"Order je la apa-apa cepat. Dah datang jauh-jauh ni"

Uwaaaaaaaaaaa! Sedih hati aku. Rasa nak nangis pon ada. Aku mmg nak makan, tp benda yg aku nak tu takdek!!!

Abg pon bangun pegi kt gerai kebab tu. Ntah ape dia bgtau atau order kt sana. Balik ke meja dia ajak aku makan dulu ayam yg dah terhidang atas meja. Aku dah pasrah dh masa ni. Konon-konon memula takdek mood nak makan, tp sekali rasa ayam tu, mmg sedap. Mood makan sikit-sikit datang. :D

Tak lama, sepinggan kebab pon sampai kt meja. Tp memang exactly TIDAK SAMA la seperti yg aku idamkan tu. Lantak lah, mmg kesimpulannya kami pergi ke cawangan kedai yg salah. Memang takdek kebab mcm Mek Rose makan kt sini. Layan jer apa yg ada atas meja tu. Tak yah merungut ke apa ke. End up kenyang jugak. 

Lepas makan, aku ajak Abg carik jugak kedai yg dekat Pusat Komersil Seksyen 7 tu. Malangnya tak jumpa pon. Garmin Abg ni tetap bagi address dan direction kedai yg sama belakang Unisel tu. Since hari dh semakin malam, aku ajak Abg balik. Lain kali buat research lebih detail dgn Mek Rose senang nk pergi lain kali.

Sebab tu lah tajuk aku D’ Arab Cafe - Kena datang lagi nih!

Aku tak puas hati !! Aku nak makan kebab yg mcm dalam gambar tu jee!! Huh ni penangan makyong mengandung ke penangan aku yg mengada-ngada eh? Kalau korang, tak dpt makan ape yg korang nk..adakah perasaan korang mcm aku ni jugak? Ke aku yg over sudahhh?

Sempat Abg pesan kt aku masa on the way balik rumah,
"Lain kali kalau datang kedai yg kita jarang datang, order la specialty dia. Memang konfom la sedap"

Ye lah Abg, patik yg menurut perintah. 
Tapi kan sebab aku dah aim nak makan menu yg tu, so yg tu jugak lah aku nak!! Hahaha nak protes jugak tu!

Kesimpulan, walaupon tersalah kedai (nama kedai tak salah, cuma salah lokasi dan cawangan je)..makanan kt sini mmg sedap. Half roasted chicken RM12, kebab ayam free, air babrican RM3.50, dan Arabic tea RM2

5 words from u:

mamasue said...

mommalydzar, mamasue rasa,Pusat Komersil tu area Jakel tu la....klu food court tu Komersil apa nya...en.din puuunnnn,org ngandung ni,kena lah nk sama mcm dlm gambar...tp janji mommalydzar kenyang dan yg penting FREE!hehehehe

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

aduyai kawankuuuuu.....bkn pintu depan uitm..pintu belakang la sayang..cube baca elok2 posting sy..uhuhu..

kan sy cakap ade satu lagi kat belakang unisel, n kat pusat komersial seksyen 7 tu baru bukak..n byk menu2 baru n takde kat belakang unisel tu..

takpe2..nnti leh pegi lagi..sy tak ingatla nombor kedai dia..tapi rasanya satu deret ngan ani sup utara..belakang skit kedai dia..bkn end lot mahupun corner lot..ehehe..dia antara kedai2 lain..kaler kuning..D' Arab cafe

kat belakang unisel tu mmgla cam food court. sbb tu sy tak g situ..yela kan nak sambung annibersary katenye..kenela tempat sepesel skit

mek lydzar kene betul2 baca posting mek rose dulu..ni main katak si katak lompat kot baca..wekkekeke...

takpe2...leh mai lagi...sian mak buyung...kang melelh plak air liur anak dah kuor nnti..

ingat tau, pintu belakang uitm, dekat2 ngan jakel. tapi bkn belah jakel. yg sebelah dia lagi tu...if ade ape2 nak tanye nnti tanye kite yep!

lydzar said...

@mamasuebetul la tu mamasue, dh kata tgh peknen mesti la nk yg sebijik yg macam dia idamkan kan..

lydzar said...

@rose --{@ ibuRafiq @}-- hahaha mek rose, sebab excited tengok gambar makanan la tuh. mmg baca posting mek rose sampai abes, cuma tak betul2 register dalam kepala lokasi kedai tu sbb asek ingat nak makan je. lgpon cik abe kata dia penah makan kt D'Arab kan. tu yg ingat dia tau semua nya..hahah

eniwei tq mek rose. malam td pusing2 belah yg ada pasaraya bintang tu, mmg nampak ani sup utara. so next time boleh la jenguk satu2 nama kedai yg area situ..

.::NiK's WiFeY n MoMmY::. said...

alahai sian nyee... teringin bebenar la tu sampai gi carik jugak.. hehehe tak pela.. lps ni gi lagi skali eh.. :)

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®