I am officially handphoneLESS - Part 2

Eceh tetiba ada episod sambungan la pulak!

Episod ni bukan berkenaan aku dh terjumpa semula henpon yg hilang tu. Atau pon bukan pasal aku dh dapat gantian henpon lain :)

Cuma aku nak story-mory betapa gelabah nya aku petang semalam.

Tengahari tu, aku dpt sms Abg bgtau motor dia rosak lagi. So lepas je isi minyak kt Petronas, macam biasa la aku menuju ke Taska Sue & Ayu yg menjaga my little HMs. Time nk turun dari kereta tu la, aku menggagau carik dimanakan henpon aku. 

Bermula dari situ lah detiknya aku perasan aku dh kehilangan si henpon. Niat aku menggagau carik henpon adalah sebab nak call Abg, bertanyakan lokasi dan situasi. Kalau situasi motor belum OK, boleh la aku terus ke lokasi dia sana utk menjemputnya pulang.

Beria mencari tak kutemui. So aku pon decide amek HMs dulu. Ajak dorang carik sama-sama kt dalam kereta. Beria Hannah tertonggeng2 kt seat belakang carik henpon mama tapi tak ada. 

Dah siap parking, turun dari kereta tetiba timbul pulak idea nak call Abg. So aku ajak la HMs naik kereta semula dan menuju ke public phone. Dah samapi depan public phone, baru la aku teringat yg aku belum menghapal no baru Abg. Dia baru je bertukar dari MAXIS ke CELCOM

Termangu-mangu aku depan public phone pikir no ape nak dail ni..Buat jugak la beberapa percubaan yg akhirnya memang aku fail. Salah no pulak tu. Nak cakap dengan Kamaruddin, tapi yg menjawab adalah Jamaluddin.Hahah!!

GIVE UP! Balik la semula kami ke rumah. Otak masih ligat berfikir, mcm mana la aku nk reach Abg nih. Sampai rumah, aku on laptop dan sign in segala macam mak nenek social networking. 

FB, YM, Gtalk. Carik siapa rakan taulan yg masih online di senja kala yg boleh bagi pertolongan. Sempat bg FB message kt Rosmah mintak tolong hubby dia Epul tolong bagi no pon Abg. 

Alhamdulillah, aku perasan adik aku Halmi yg tinggal kt Kerteh tgh berbutang hijau kt FB. So tegur la dia dan bgtau apekah masalah dan bentuk pertolongan yg aku perlukan. Lega. Adik aku dapat call Abg dan bgtau henpon aku dh hilang. Cik Abg diminta segera pulang sebab isteri sedang berduka lara. Dia nak pinjam telepon sebab nk telepon MAXIS centre nk mintak tolong suspend no telepon. So bila dh dpt call Abg, aku pon LEGA lah. 

Boleh la pegi masak sardin dan sayur bayam goreng dgn hati yg tenang walaupon aku tak tau situasi motor Abg dh OK ke belum.

Hmm kesimpulan, manfaat dari Facebook ni ada jugak positif impaknya pada aku yg menggelabah itu :)


7 words from u:

Kancilbiru said...

tahniah! anda menang RM10..nak duit ke nak topup? handphone tarak mana bleh topup...ekekee...

lydzar said...

@Kancilbiruyeay!! rezeki rezeki setelah kehilangan :)

tq tq niza..

sat lagi ai bg no akaun ok..

mamasue said...

siannya...sudah jatuh di timpa tangga...henfon hilang, no din tak igt,motor din rosak....insyaAllah, ada lah tu rezeki baru dtg...mcm menang contest even rm10, mebi nt dpt la henfon baru skali =)

Zaidah said...

bila berlaku ape2 pada hphone memang gelabah n memang blur tak ingat no...sempat masak lagi tu...

lydzar said...

@mamasue nnt kan jer la mamasue..tp mcm takdek je henpon baru yg free..

lydzar said...

@Zaidahala masak sardin je pon..apa yg ada kt umah aje la :D

Mykhalish said...

adoilaa mmg tragis kejadian nimpa dkau semlm. kalu ila nih, mau dah melalak sdh gaban. tp yg plg xthn, berdy gak msk disaat sdh. hehehe..

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®