Sakit




Kesian kan tengok budak ni. Tengah kesakitan tu..Tengok muka dia..tangan pulak pegang perut. Alahai sakit perut punya kes la ni..Kesiannya..

Sama kes la macam aku jam 3 pagi tadi. Tiba-tiba je diserang sakit perut. 
Serius rasa mcm contraction pon ada. Sekejap dia datang, sekejap dia pegi. Kemudian kembali lagi.
Dah duduk lama kt toilet sampai berpeluh-peluh menitik sambil aku berusaha mengeluarkan apa yang patut tapi akhirnya takdek 'hasil'. Ni yang tambah konpius aku ni. Kenapa dengan perut ku ini? Petanda apa ni?

Keluar masuk toilet berkali-kali. Masih terasa sakit yang amat itu. Berbaring sambil cuba bertenang. Beralih arah ke kanan, tak selesa. Alih ke kiri..tak selesa juga. Dalam hati cuba beristighfar sambil menahan sakit dan kesejukan. Cuba pejamkan mata utk kembali lena, memang tak boleh. 

Sayu hati aku tengok anak-anak yang tengah tidur. Apa yang akan jadi pada mama korang ni. Sakit datang tanpa diundang. Petanda apa ni? Pandang Abg yg sikit pon tak terusik dengan bunyi aku keluar masuk toilet. Hati jadi gundah. Dah la hari ni bakal ditinggalkan. Abg ke Kuantan sampai hari Jumaat. Kalau apa-apa berlaku, mcm mana? Emosi pulak dipagi buta.

Tiba-tiba perut terasa senak dan memulas utk kesekian kalinya. Bergegas aku ke toilet. Akhirnya keluarlah 'hasil' yang sangat melegakan. Rasa sakit umpama contraction tadi beransur hilang. Diganti pula beberapa siri keluar masuk toilet yang melegakan. Hehe! Tak macam tadi, berhempas pulas menahan senak.

Dalam hati aku, risau berjangkit lagi dengan Hadif yang baru mula demam petang semalam. Memang sungguh lemah antibodi aku. Terus nak berjangkit. Alhamdulillah, sepanjang drive ke opis, sakit perut tu tak datang lagi menjengah. Insya allah aku sihat :) 

Cuma kesian dekat anak teruna aku tu, demam pulak. Nak pandai buat apa agaknya lepas baik demam ni. 

Pandai bercakap kot :)

Pic credit : Google

13 words from u:

Atia Adina said...

time mengandung ni...pantang salah makan sikit....terus diserang sakit perut.....

eMMe said...

lydzar...dah okey ke perot mu itu?
Alhamdulillah, kalo dah okey...salah makan ke? ke baby nak besar, hehehe...
ape pun, take care my dear~

Kancilbiru said...

owh nak ber...rupanya..hihihi.. penah jugak perut memulas waktu malam macam ni...ya rabbi, azabnya..bukan pregnant pun..

tapi bila dah ber...legaaaaa....:P

e.l.i.s.s.m.i.e said...

alahai.kesian.jaga diri baik2 yer.dah la hari diorang gi gambang kan.

lydzar said...

@Atia Adina betul, rasanya sebab makan kt gerai yg tak bersih sgt semalam kot

lydzar said...

@eMMe dh ok dah skg ni..makan kt tempat tak hygenic kot..bukan pasal baby hehee

lydzar said...

@Kancilbiru memulas tu rasa tak sanggup je nk hadap kan..mmg serius ingatkan ada pape problem ngn kandungan. seb baik la cuma sebab nk BER ekekekeke

lydzar said...

@e.l.i.s.s.m.i.e hukhukhuk kena tinggal lagi..haah ke gambang hari ni. nak ikut!!

mamasue said...

huiyooo...mamasue tak pernah sekronik itu selama pregnancy kali ni...tp kan, mamasue mcm ada bleeding sket la kali ni mommalydzar, risau gak,tp Dr kata tak ada apa...uri mamasue masih lg kt bwh laaaaarrr...=(

Zaidah said...

alah...ciannyer...salah makan kot...klu preggy silap makan memang boleh sakit perut...

lydzar said...

@mamasue alamak bleeding ke mamasue..lagi cuak kalau jadi mcm tu. uri mamasue kt bawah ke..doa2 masuk 3rd trimester kang dia naik kt atas la ye..

lydzar said...

@Zaidah tu la, makan kan main sedap je masuk ke mulut..lgpon dh kawan2 bawak makan kt sana, kena la jugak makan apa yg ada

Iela Fazielah said...

mmg seksa kalau sakit perut... kena lak waktu preggie ni... hadif amik upah nak cakap la tu kot...

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®