2010 Short Trip - Penang

Macam yg aku dh kepochi last week tu kan..kami habiskan tahun 2010 di tempat-tempat seperti tajuk diatas.

Khamis, jam 10 pagi berangkut naik Alza membelah highway PLUS menghala ke utara.

Macam biasa la, mesti terselit, pic loving ala caring mama and her son dalam kereta :)
Jam 1.20pm dah sampai kt Seberang Perai. Abg call kawan dia dan kami lunch sama-sama. Lepas lunch, check in hotel dekat area situ dan Abg terus keluar menyelesaikan urusannya. Kami berehat bertiga dalam bilik je.

6.15petang, baru la Abg balik ke bilik dan ajak kami ikut dia minum petang dengan ex-USMBmate dia. Malam, Abg bgtau plan dia nak bawak kami ke Pesta Pulau Pinang. Dalam hati dh riang sebab belum pernah sampai ke sana lagi. Sekali balik bilik lepas minum petang tu, dia pegi bantai tidur pulak. Letih la tu.

Takper la, bagi chance dia rest. Aku pulak mandi dan solat jamak. Dan terus menunggu bila lah Abg sayang ku ni nak bangun. Actually memang dh hampir give up dah. Memang paham la peel laki sendiri cemana kalau time dia tengah penat tu.

Almost pukul 9 baru dia bangun, mandi dan bersiap. Yeay!! 

Rupanya kami akan keluar jugak! Tp destinasi telah diubah sebab dah lewat ~~Pesta tutup kol 12am ke??~ dan Abg takut  jalan jam nk ke Pesta tu. Pegi fetch kawan Abg, si Radzi ~my ex-Kolej Matrik Melaka classmate~

Destinasi adalah Puncak Mutiara Cafe di Kampung Pelet, Bukit Mertajam. Kena redah celah-celah jalan kampung before sampai sini. 

 
Nice place indeed. Boleh check it out picture gallery cafe ni, sebab kamera Nikon aku tak berupaya amek gambar yg cun melatop diwaktu malam.

 
Mengikut cerita dan hikayat Abg dan Radzi, cafe ni ada ladang ternak sendiri. So kambing, lembu, arnab dan haiwan-haiwan lain dorang kutip dari ladang dorang je lah before masuk kuali :)

My dinner - Chicken Marryland
Hannah : Mushroom Soup
Menu tiada dalam gambar ~masa ni aku dan Hannah dh start makan, so tadek sape lah nk snap gambar dah :D

Abg : set nasi putih dan burung puyuh goreng, 
Radzi : Kambing masala dgn roti.

Sambil makan sambil tension sebab anak-anak aku ni bz bebenor nk pegi tengok ikan kap dalam kolam dekat area tu. Adat la kan, bila dh jadi mak bapak orang ni, kita terpaksa makan laju-laju.


Habis layan hidangan, layan dorang dekat kolam depan pondok tu skejap, then kami pun balik.

Dalam kereta, 2 orang budak kecik ni dah pengsan awal-awal. Maklumla siang tadi, sikit pon  tak tidur. Excited melompat atas katil je. Sampai bilik, lagi  sorang pengsan. Hmm aku je yg tak boleh nk tidur, so layan cerita kt TV saje.

Esok pagi, lepas semua orang siap. Kami check out dan terus bergerak ke Cameron Highland pulak. Tak dek destinasi lain di Penang berjaya dijejaki.

Cerita Cameron kita sambung sat lagi ..


5 words from u:

ayukhairy said...

lydzar, percutian yg simple tapi menarikkkkk...bestnya...mesti enjoy kan..

maslinamansor said...

datang BM tak g tau pun... :)

Atia Adina said...

syok ar dia jalan2.....wekend baru ni...ad duk umah jer...hubby banyak keje nak siapkan...

.::NiK's WiFeY n MoMmY::. said...

best nye jejalan.. this yer lin ke mana pun.. jaga rumah mak ayah lin.. citer la yg kat cameron pulak.. :)

Mek Rose said...

wah makyong.jalan sakan
tol tu lydzar,,kamera kompak kita pon tak mampu nak amek gambor memalam lawa2..semua tak cung..wuwuwuwuu

bagus nye kan.ade ladang ternak sendiriii

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®